Berapakah Panjang Ideal Penulisan Resume?

Sebuah resume yang baik perlu cukup panjang untuk menghuraikan semua maklumat penting, namun tidak begitu panjang sehingga meneggelamkan keterujaan pembaca yang membaca resume anda nanti.

Untuk menentukan panjang ideal sebuah resume memerlukan penelitian mendalam.

Proses membuat resume sememangnya bukan satu perkara yang mudah. Dilema yang sering berlaku adalah untuk memilih bahasa apa yang patut digunakan, bagaimana cara yang betul untuk menghuraikan pengalaman anda.

Dan yang paling sukar adalah untuk menentukan panjang resume yang lebih ideal. Untuk menentukan panjang resume ideal yang anda perlu tulis memerlukan anda untuk meneliti secara mendalam proses penulisan resume itu sendiri.

Jadi bagaimana untuk menentukan kadar panjang ideal sesebuah resume ? 

Terdapat beberapa pandangan mengenai bagaimana untuk menentukan kadar panjang resume yang masih relevan digunakan sehingga kini. Antara yang sering diamalkan ialah Peraturan Satu Halaman.

1. Peraturan Satu Halaman (One page rule) 

Berdasarkan prinsip One Page Rule, idea ini mengetengahkan bahawa sebuah resume yang baik tidak boleh lebih daripada satu halaman.

Resume satu halaman ini memerlukan anda untuk memilih isi-isi penting sahaja untuk dimuatkan dalam satu halaman resume. 

Peraturan Satu Halaman juga terkait dengan satu peraturan lain iaitu “Peraturan enam saat” (Six second rule) . Apa pula six second rule ini? 

Six second rule adalah tempoh masa yang kebiasaannya digunakan penemuduga untuk mengimbas resume calon adalah seringkas enam saat. Jadi dalam tempoh 6 saat, anda perlu memastikan maklumat anda dapat dibaca dengan cepat dan tepat. 

Meskipun setakat ini tidak ada lagi kajian yang dapat mengesahkan ketepatan peraturan ini, namun secara logiknya ia boleh sahaja berlaku.

Kerana panel penemuduga perlu menilai banyak resume calon yang memohon jawatan, jadi masa yang diperuntukkan untuk mengimbas setiap resume adalah sangat terhad.

Namun anda beberapa situasi yang anda boleh pertimbangkan untuk menulis resume dengan lebih panjang , iaitu : 

  1. Terdapat syarikat yang menggunakan sistem perisian untuk mengimbas maklumat resume dan memilih resume yang mempunyai maklumat yang relevan sahaja. Justeru selagi anda memasukkan kata kunci dan frasa yang sesuai di bahagian deskripsi kerja, anda boleh sahaja menulis resume lebih panjang. 
  1. Permohonan kerja dilakukan secara dalam talian dan calon diminta untuk meletakkan pengalaman kerja yang relevan. Jadi anda boleh menulis lebih panjang kerana diberikan peluang.
  1. Anda tidak menghantar resume tersebut melalui pos kerana dibimbangi dokumen yang dihantar terpisah antara satu sama lain menyebabkan pihak majikan tidak dapat maklumat penuh. Melainkan jika resume tersebut dihantar melalui emel. 

Walaupun ada situasi yang membenarkan calon menghantar resume lebih satu halaman, tidak bermaksud anda harus memanjangkan resume secara berlebihan tanpa ada keperluan.

Para calon digalakkan menulis resume seringkas yang boleh dengan menekankan isi penting yang merangkumi  pengalaman dan kemahiran kerja. Gunakan bullet point untuk menceritakan isi penting.

2. Bergantung jenis industri

Meskipun ada pandangan yang mengesyorkan agar resume ditulis ringkas, namun peraturan ini tidak sesuai untuk semua pemohon kerana ia juga bergantung kepada industri.

Bagi ahli akademik peringkat tinggi misalnya, mereka tidak sesuai membuat resume dengan hanya satu halaman sahaja kerana tidak banyak maklumat dapat dimuatkan dengan hanya satu helaian kertas. 

Mereka lebih sesuai membuat Curriculum Vitae (CV). kerana perlu menyenaraikan senarai penerbitan dengan lengkap untuk membuktikan kelayakan dan bukti pernah menghasilkan karya prolifik.

Anda juga perlu sentiasa memerhatikan resume yang digunakan calon lain dalam industri. Jumlah halaman juga sebenarnya bergnatung kepada jenis jawatan yang dimohon.

Sekiranya anda graduan baru atau hendak memohon jawatan peringkat asas atau entry level, resume satu halaman sudah cukup. Namun, ia berbeza jika anda mempunyai pengalaman selama lima hingga sepuluh tahun.

Bagi calon yang mempunyai banyak pengalaman, dua halaman adalah lebih baik. Sekiranya anda memohon jawatan tahap-C (jawatan peringkat tertinggi) atau anda berada dalam industri khusus, pengalaman kerja anda lebih penting untuk ditekankan daripada panjang resume ketika memohon pekerjaan baru.

Maklumat Tambahan vs Maklumat Penting

Bagaimana pula anda ingin mengenal pasti maklumat yang sesuai diletakkan untuk memohon pekerjaan anda yang seterusnya? Anda yang perlu membuat pilihan dan pertimbangan.

Maklumat tambahan adalah perkara yang tidak memenuhi tujuan sebenar dalam resume. Kecuali jika anda tidak ada pengalaman kerja untuk diletakkan atau jawatan yang anda mohon ini langsung tidak berkaitan dengan pengalaman kerja terdahulu.

Jadi elakkan meletak maklumat ekstrakurikulum dan hobi yang tidak berkaitan. Pihak majikan hanya ingin tahu mengenai kemahiran dan sumbangan yang anda boleh berikan kepada syarikat, jika hobi tersebut tidak bersesuaian, maka tinggalkan!

Selain itu, jangan letak bahagian rujukan di resume. Kebanyakan majikan inginkan maklumat ini secara berasingan, dan kebiasananya setelah anda terpilih ke sesi temuduga kerja.

Anda juga tidak perlu meletakkan maklumat pendidikan sekolah menengah jika  tahap pendidikan anda sekarang melebihi peringkat ijazah.

Bahagian lain yang tidak perlu ditulis adalah objektif. Sebahagian besar panel penemuduga melihat ruangan objektif adalah resume versi lama dan satu perkara yang sia-sia.

Setiap maklumat yang diletakkan di resume, bukan hanya menyatakan pengalaman terdahulu tetapi juga berperanan untuk menceritakan kemampuan anda untuk melakukan pekerjaan yang dimohon. Jadi gantikan objektif dengan summary ringkas dan profesional yang dapat menonjolkan bakat anda.

Berikut pula adalah beberapa perkara yang harus dielakkan:

  • Mengecilkan saiz tulisan sehingga mengorbankan kadar kebolehbacaan (readability) hanya untuk memasukkan banyak maklumat.
  • Mengubah format resume hanya untuk mengecilkan saiz margin atau menambah panjang halaman. 
  • Mengulang-ulang kemahiran kerja yang sama: Sekiranya anda telah menyatakan bahawa anda menggunakan program perisian untuk kerja terdahulu, anda tidak perlu mengulangi lagi.

Kesimpulannya, berapa panjang resume anda harus ditulis? Jawapannya “cukup panjang.” Tidak ada jumlah panjang yang ideal untuk setiap resume. 

Pastikan anda membina resume dengan maklumat lengkap untuk meyakinkan penemuduga mengenai kemampuan tetapi jangan terlalu panjang sehingga terabai maklumat penting yang perlu diberi penekanan.

Bagi anda yang baru memulakan karier kerjaya anda, cukup sekadar satu halaman dahulu. Pastikan jumlah halaman resume anda sama panjang dengan calon lain yang sama bidang dengan anda.

Dengan sedikit penyuntingan, anda dapat membina sebuah resume yang lengkap maklumat untuk dipersembahkan kepada pihak majikan yang berpotensi untuk mengambil anda bekerja.

Share via
Copy link
Powered by Social Snap