Tips dan Panduan Menghantar Resume Melalui Emel Kepada Majikan

Dunia hari ini semuanya di hujung jari di mana semua perkara boleh diakses melalui internet. Internet juga memberi kesan yang besar kepada dunia pekerjaan yang mana pekerjaan boleh diakses serta boleh dimohon melalui internet.

Kebanyakan majikan zaman kini akan meminta calon pekerja yang berminat menghantar resume mereka dahulu melalui emel. Dari resume yang dihantar, mereka akan menapis dan memilih calon pekerja yang sesuai.

Ini bermakna dari proses pertama lagi para calon perlu menunjukkan persepsi yang baik kepada pihak majikan. Sepertimana yang anda tahu, para majikan bukan sahaja pekerja dari sudut kualiti resume, tetapi turut menilainya dari sudut komunikasi secara bertulis.

Ikuti enam langkah berikut sebagai panduan untuk menghantar resume anda kepada melalui e-mel kepada majikan:

1. Gunakan emel profesional untuk memohon kerja

Sebelum anda menghantar emel terlebih dahulu sila pastikan alamat email yang digunakan tidak nampak pelik, terlalu kebudak-budakan atau tidak profesional.

Penggunaan alamat e-mel seperti ini akan memberi persepsi buruk majikan terhadap anda. Majikan juga akan menganggap anda sebagai seorang yang tidak professional. 

Contoh emel yang tidak profesional:  [email protected] atau [email protected]

Untuk kelihatan seperti emel profesional, anda digalakkan menulis alamat e-mel menggunakan nama anda sendiri.  Ia bukan sahaja menunjukkan ciri-ciri profesional, bahkan anda juga nampak lebih berkredibiliti dengan menggunakan nama sebenar. 

Contoh : iiffahnadhiah@gmail.com atau [email protected].

This image has an empty alt attribute; its file name is image-2.png

2. Tulis subjek e-mel dengan jelas dan profesional

Terdapat tiga elemen penting yang perlu anda tekankan semasa menulis subjek e-mel , iaitu: 

  • Perkataan “PERMOHONAN JAWATAN”
  • Jawatan yang dipohon
  • Nama anda

Sebagai contoh: Permohonan Jawatan Sebagai pengurus IT – Iffah Nadiah

3. Sertakan Cover Letter

Terdapat dua cara untuk menulis cover letter dalam e-mel permohonan anda:

  • Terus tulis di bahagian mesej e-mel dan sertakan resume anda. 
  • Sertakan cover letter anda di e-mel dalam bentuk PDF atau Docx. Cover letter itu perlu mengandungi pengenalan ringkas diri anda, nyatakan sebab anda ingin memohon jawatan tersebut, dan beritahu bahawa anda turut menyertakan resume anda di bahagian attachment. 

Jangan lupa untuk namakan fail cover letter dan resume anda. Tulis nama, jenis dokumen, dan jawatan yang dimohon. Sebagai contoh: Muhammad Azim- Guru Ganti- Resume.docx

4. Cara menulis cover letter di e-mel 

Sebenarnya sama sahaja cara menulis cover letter di emel, tetapi menulis di emel lebih ringkas dan pendek dari menulis dalam bentuk pdf. 

Untuk menulis ayat yang lebih ringkas, anda perlu perlu nyatakan 1 atau 2 sahaja isi penting. Setelah itu, muat naik resume dalam bentuk pdf atau docx. Di cover letter, beritahu kepada majikan, bahawa anda ada menyertakan resume anda. 

Berikut adalah contoh menulis surat pengenalan terus di e-mel:

5. Periksa dahulu semua maklumat sebelum menekan butang hantar

Sebelum mengantar e-mel, pastikan anda memeriksa terlebih dahulu ayat yang digunakan untuk mengelakkan sebarang kesalahan ejaan atau kesalahan tatabahasa seperti penggunaan huruf kecil dan huruf besar. Periksa juga adakah anda sudah menepati maklumat yang dikehendaki, bimbang jika majikan ada meminta anda untuk melampirkan borang-borang tertentu. 

Selain itu, pastikan anda menghantar dalam bentuk pdf agar mudah dibaca oleh pihak majikan dan memastikan agar tidak lari format apabila pihak majikan membuka resume anda di komputer riba mereka. 

Jika perlu, anda boleh menghantar e-mel kepada diri sendiri atau rakan anda dahulu dan membacanya dalam posisi seorang majikan. Sebagai langkah berhati-hati sebelum menghantar e-mel yang betul kepada majikan. 

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada pemohon. Pastikan e-mel yang ditulis sempurna dibaca oleh pihak majikan anda. Seorang majikan pasti akan senang untuk mengambil kerja calon pekerja yang menulis emel dan resume yang kemas, tersusun dan nampak profesional.  

Share via
Copy link
Powered by Social Snap