4 Tips Persediaan Temuduga Yang Dapat Membantu Anda Berjaya Semasa Sesi Temuduga

Sesi temuduga adalah sesi pemilihan calon pekerja setelah pihak majikan melihat resume dan cover letter yang dihantar oleh calon pekerja. Pihak majikan merasakan anda calon yang berpotensi untuk

Sekiranya anda terpilih untuk sesi temuduga, inilah masanya untuk anda menunjukkan mengapa anda layak dipilih sebagai pekerja. Jadi, untuk berjaya dan memenangi hati majikan anda perlu lakukan persediaan sebelum menghadiri sesi temuduga.

Namun apakah persediaan yang perlu anda lakukan untuk menghadapi temuduga? Berikut adalah 4 persediaan yang anda boleh lakukan sebelum temuduga.

1. Persediaan mengenai maklumat pekerjaan dan syarikat – Fahami deskripsi, skop kerja, serta matlamat syarikat.  

Persediaan pertama yang anda perlu lakukan ialah memperdalamkan pengetahuan tentang pekerjaan dan syarikat yang ingin menemuduga anda.

Anda perlu fahami terlebih dahulu segala keterangan mengenai pekerjaan tersebut dan apa matlamat syarikat tersebut, jika ada dinyatakan.

Senaraikan faktor mengapa pekerjaan ini sesuai untuk perjalanan kerjaya anda, seperti apakah kemahiran, pengalaman dan jaringan rangkaian yang anda akan perolehi. 

Dengan menumpukan bagaimana pekerjaan ini dapat membantu anda mencapai matlamat kerjaya anda adalah langkah untuk anda terus excited dengan kerja yang ditawarkan – walaupun mungkin ini bukan kerja idaman anda.

Jika anda ditanyakan soalan kenapa anda ingin mendapatkan pekerjaan ini, pasti mudah untuk anda menjawabnya kerana anda sudah teruja dengan pekerjaan ini.

Selain itu,  fikirkan apakah kriteria yang menjadikan anda calon terbaik untuk pekerjaan ini. Di resume anda, letakkan kriteria dan maklumat yang relevan dengan pekerjaan tersebut.

Tulis contoh bagaimana anda berjaya menyiapkan projek atau bagaimana anda menyelesaikan masalah tertentu berdasarkan pengalaman anda sebelum ini di tempat kerja terdahulu, universiti dan sebagainya yang jelas menunjukkan bahawa anda mempunyai kemahiran yang dicari oleh majikan.

Senaraikan juga pencapaian yang paling membanggakan anda yang boleh dijadikan contoh. Dengan menyenaraikan lebih awal, anda dapat memberi respons pantas tanpa perlu berfikir panjang di hadapan panel semasa sesi temuduga.

2. Kenal pasti punca yang menyebabkan anda gementar untuk hadir sesi temuduga kerja dan sediakan jawapan untuk soalan yang sukar. 

Senaraikan semua perkara dalam resume anda yang menyebabkan anda rasa gementar.

Jika tempoh tidak bekerja yang agak lama menyebabkan anda rasa gugup, maka sediakan jawapan penjelasan mengenai perkara tersebut.

Untuk menjawab soalan seperti ini,  fikirkan apa yang anda telah perolehi sepanjang tempoh tidak bekerja tersebut. 

Mungkin anda ada belajar mengenai kemahiran baru atau anda ada pengalaman menarik sepanjang tempoh anda tidak bekerja.

Jadi, berdasarkan pengalaman yang diperolehi, kongsikan jawapan secara jujur selagi perkara tersebut bermanfaat dan menyumbang kepada pertumbuhan diri (personal growth), Contohnya:

1. Sekiranya anda pergi kembara dalam tempoh waktu tidak bekerja, anda boleh ceritakan apa yang anda pelajari melalui penerokaan budaya baharu, dan bagaimana ia dapat diaplikasikan dalam pekerjaan anda.

Contohnya : Anda bersikap lebih terbuka dan menghormati kepercayaan setiap bangsa dan kaum. 

2. Sekiranya anda menjaga anak atau ibu bapa atau individu yang anda sayangi, ceritakan bagaimana pengalaman itu membentuk anda dan memberi anda perspektif baru.

Untuk menjawab persoalan mengapa anda tidak bekerja dalam jarak waktu yang agak lama,  pastikan jawapan yang akan dinyatakan adalah berdasarkan pengetahuan atau pengalaman yang anda perolehi dalam tempoh tersebut. 

Sekiranya deskripsi tugas tersebut menyebut beberapa perkara yang anda belum tahu, maka sila baca dan kaji perkara tersebut sehingga anda yakin dapat diskusikannya secara mendalam. 

Jika ada kriteria yang diinginkan oleh pihak syarikat yang anda belum ada pengalaman profesional secara langsung, kongsikan bagaimana pengalaman anda sebelum ini di tempat kerja menunjukkan bahawa anda mempunyai kemahiran yang diperlukan.

Sekiranya pekerjaan tersebut memerlukan orang yang berpengalaman menguruskan projek sebelum ini, manakala anda pula tidak pernah berpeluang menjadi pengurus, kaitkan dengan pengalaman anda sebelum ini.

Seperti pengalaman mengetuai projek, membimbing dan melatih rakan sekerja atau menggantikan pihak atasan semasa mereka tiada.  Pengalaman-pengalaman ini yang anda perlu gunakan untuk menunjukkan diri anda kompeten. 

Tetapi, sekiranya setelah mempertimbangkan pengalaman kerja anda dengan teliti, anda rasa masih ada jurang yang anda tidak dapat penuhi, fikirkan sebaiknya, dan berbincanglah dengan pihak majikan bahawa anda boleh belajar perkara tersebut sekiranya anda diberikan peluang. 

3. Berlatih menjawab soalan temuduga

Persediaan seterusnya adalah bersedia dengan soalan-soalan bocor yang sering ditanyakan kepada calon pekerja. 

Untuk memastikan komunikasi anda berjalan dengan lancar, latih diri anda untuk menjawab soalan. Seni komunikasi adalah seni yang sangat penting di mana-mana peringkat kerjaya tidak kira peringkat bawahan mahupun peringkat atasan. 

Nilaikan sendiri cara anda mempersembahkan diri anda. Jika ada perkara yang anda rasa tidak selesa dan perlu diubah, maka inilah masanya. Masih ada ruang untuk anda perbaiki diri sebelum sesi temuduga.

Jika ia melibatkan postur badan, berlatih cara duduk secara tegak. Jika anda perasan bahawa anda mudah untuk teralih perhatian, maka hati-hati dan cari cara untuk mengelakkannya.

Antara alternatif lain, pastikan tangan anda sentiasa berada di atas meja agar anda lebih mudah mengawalnya. 

Bersikap jujur dan jadi diri sendiri. Berdasarkan satu kajian pada 2020, individu yang menjadi diri sendiri dapat melakukan dengan baik semasa sesi temuduga berbanding daripada mereka yang berusaha memenuhi harapan dan keinginan panel penemuduga. 

Ini kerana banyak tenaga mental digunakan apabila seseorang itu cuba untuk menjadi seseorang yang bukan dirinya sendiri, yang akhirnya menyebabkan seseorang semakin gelisah dan boleh merosakkan perspektif panel penemuduga terhadapnya. 

4. Sediakan soalan menarik untuk ditanya

Akhir sekali, senaraikan cadangan soalan yang bernas, dan siap sedia untuk bertanyakan soalan tersebut semasa atau di waktu akhir sesi temuduga anda. Hal ini kerana, para majikan suka melihat calon yang aktif.

Untuk membantu anda dapatkan gambaran yang lebih jelas, bayangkan sesi temuduga anda berjalan dengan lancar dan mudah. Teknik ini bertujuan agar anda anda lebih positif dan yakin diri anda dapat melakukannya. 

Tuntasnya, yakin diri dan lakukan persediaan betul-betul sebelum menghadiri sesi temuduga. 4 persediaan ini perlu betul-betul diambil cakana sehinggalah anda habis sesi temuduga. Kami doakan semoga anda berjaya dalam sesi temuduga yang anda jalani. 

Share via
Copy link
Powered by Social Snap