Bagaimana Membina Profil LinkedIn Yang Terbaik?

Semakin hari, semakin ramai pengguna LinkedIn yang menggunakan platform ini untuk mencari kerja.

Hal ini kerana setiap pengguna boleh membina profil kerja yang profesional dalam talian secara percuma dan dapat menggunakan profil LinkedIn mereka untuk berhubung dengan rangkaian mereka.

Bahkan banyak syarikat dan majikan menggunakan medium linkedln ini untuk mencari pekerja yang menepati kriteria yang ditetapkan. 

Jadi, akaun profil LinkedIn anda perlu kelihatan bagus untuk menarik hati majikan. Jadi ini bermakna, profil anda perlu mengandungi perincian yang lengkap mengenai pengalaman pekerjaan anda yang lama dan terkini, tahap pendidikan, kemahiran, serta lokasi anda.  

Untuk memanfaatkan LinkedIn sepenuhnya, sangat penting untuk menjadikan profil LinkedIn anda lengkap dan menarik.

Selain itu, profil LinkedIn yang menarik boleh meningkatkan kadar keterlihatan dalam talian (online visibility) dan dalam masa yang sama anda juga berpeluang membina pengaruh melalui personal branding.

Fuh, banyak kan manfaat LinkedIn yang anda boleh nikmati? 

Berikut adalah tips dan panduan bagaimana anda dapat menjadikan profil anda lebih bersinar dan menarik hati majikan : 

1.  Jadikan profil kelihatan komprehensif dan menarik 

Sekiranya anda belum ada lagi profil Linkedln, buat satu profil LinkedIn dahulu. Kemudian lengkapkan profil anda dengan mengisi maklumat yang diperlukan dalam profil. Untuk menjadikan profil anda menarik, segala maklumat yang ditulis perlulah ditulis dengan terperinci. 

Untuk lebih mudah, anggaplah profil LinkedIn anda seperti sebuah resume namun resume yang berada dalam talian. Jadi maklumat yang terdapat di dalam resume, perlu juga diletakkan di dalam profil LinkedIn anda. 

Untuk membina keyakinan dari pihak perekrut atau pembaca lain, anda perlu meletakkan gambar profil LinkedIn. Pastikan gambar tersebut mempamerkan sisi personaliti anda yang “profesional”.

LinkedIn juga bukan tempat yang sesuai untuk anda memuat naik gambar yang tidak perlu seperti gambar haiwan, kartun dan sebagainya. 

Selain itu, jangan lupa jadikan profil anda umum dan tidak dikunci (private)  agar pihak perekrut terutamanya mudah untuk melihat profil anda.

Di samping itu juga, anda juga disyorkan untuk mengubah pautan URL linkedln anda menggunakan nama anda sendiri agar mudah dikongsi dengan pihak majikan atau rangkaian.  

2.  Tonjolkan pengalaman anda di bahagian summary 

Seperti resume fizikal, bahagian ringkasan profil LinkedIn anda adalah ruang yang tepat untuk menonjolkan keunikan dan kelayakan anda yang dapat memenuhi kehendak industri.

Jangan lupa tulis di bahagian tajuk utama (headline), yang berada tepat di bahagian atas halaman sebelah kanan apabila pembaca melihat profil anda. Jika perlu, anda  juga boleh kongsikan sijil atau lesen, kemahiran bahasa asing, dan pencapaian lain anda selama ini.

Ini kerana apabila profil anda nampak lebih meyakinkan, semakin tinggi  profil anda mendapat perhatian dari pihak perekrut.

Pilih satu industri khusus yang anda sedang ceburi atau yang anda berminat untuk ceburi, kerana para majikan akan menggunakan nama industri dalam sistem carian untuk mencari pekerja yang berkelayakan. 

3.  Gunakan resume anda untuk menulis bahagian pengalaman

Secara umumnya, di bahagian pengalaman kerja profil LinkedIn anda adalah sama seperti pengalaman kerja dalam resume fizikal. Semasa melengkapkan profil LinkedIn anda, jangan lupa untuk masukkan pengalaman pekerjaan (semasa dan terdahulu), pendidikan, dan industri.

Di resume fizikal, kita tidak dapat memasukkan semua pekerjaan yang pernah kita lakukan kerana ruang yang terhad, namun di linkedln anda bebas untuk  memasukkan semua pengalaman kerja anda di LinkedIn.

Untuk membina profil LinkedIn dengan cepat, salin sahaja maklumat yang anda tulis di resume fizikal dan masukkan ke dalam profil anda. Dan anda juga perlu pastikan maklumat di resume fizikal anda sepadan dengan maklumat di profil linkedln. 

Setelah lapang, anda boleh kemaskini semula untuk tambah sebanyak mungkin maklumat yang berkaitan di profil LinkedIn anda. Untuk resume, pihak majikan semestinya menghendaki resume yang padat dan lengkap. Begitu juga maklumat di Profil LinkedIn anda juga perlu lengkap dan ruas rangkumannya. 

4. Tonjolkan kemahiran anda

Bahagian kemahiran & sokongan juga merupakan salah satu komponen penting untuk profil anda. Bahagian inilah bahagian yang akan menarik minat rangkaian anda.

Dan sebenarnya, profil anda lebih cenderung mendapat banyak tinjauan dari para pembaca jika anda melengkapkan bahagian kemahiran.

Sama seperti yang anda lakukan di bahagian pengalaman kerja, anda boleh gunakan maklumat kemahiran di resume fizikal untuk menyenaraikan segala kemahiran. Fokus pada kemahiran yang relevan dengan matlamat kerjaya anda.

Selain itu, pendekatan lain yang anda boleh lakukan ialah baca berulang kali deskripsi pekerjaan, atau deskripsi pekerjaan yang anda ingin ceburi. Kemudian letak kata kunci yang sesuai berdasarkan kemahiran dan pengalaman anda.

5.  Luangkan masa untuk minta rekomendasi 

Luangkan masa untuk meminta cadangan rekomendasi dari rangkaian LinkedIn. Bagi bakal majikan, rekomendasi dari rangkaian LinkedIn ibarat referee yang akan meyakinkan lagi para majikan untuk melantik pekerja yang dikehendakinya.

Cara mudah untuk  untuk mendapatkan rekomendasi adalah anda yang perlu memberikan rekomendasi terlebih dahulu kepada rangkaian yang anda pernah bekerjasama sebelum ini. Ini kerana apabila anda memberi rekomendasi, anda membuktikan kelayakan mereka 

Semua orang gembira apabila mereka dapat rekomendasi daripada rangkaian mereka. Dan sebagai balasan, mereka juga akan membalas rekomendasi anda.

Antara cara lain juga adalah dapatkan rekomendasi dari bekas majikan anda (selagi anda masih mempunyai hubungan yang baik dengan mereka), mentor atau profesor universiti anda.

 Elakkan meminta rekomendasi dari pengguna yang tidak mengenali anda meskipu anda mengenali mereka. Tindakan sebegitu bukan langkah yang baik untuk meminta rekomendasi. 

6.  Kongsikan pencapaian anda

Manfaatkan bahagian Pencapaian di LinkedIn untuk menyatakan segala projek yang telah anda lakukan, penerbitan yang telah anda terbitkan, bahasa yang anda mahir, dan kelayakan lain yang telah anda perolehi.

7. Kongsikan pengalaman sukarelawan

Tinjauan LinkedIn melaporkan bahawa pengalaman sukarelawan dapat memberi kelebihan kepada calon pekerja.

41% ahli profesional yang disurvei menyatakan bahawa ketika mereka menilai calon, mereka menganggap pengalaman sukarelawan mempunyai nilai yang tinggi sama seperti pengalaman kerja berbayar.

20% pihak majikan yang disurvei telah melantik pekerja berdasarkan pengalaman kerja sukarelawan calon. 

Sebagai kesimpulan, jangan lupa untuk amalkan 7 tips ini di profil LinkedIn anda.

Share via
Copy link
Powered by Social Snap