11 Kesalahan Yang Perlu Dielakkan di Linkedln

LinkedIn merupakan platform jaringan profesional terbesar yang digunakan oleh pihak majikan untuk mencari pekerja.

Dengan lebih 300 juta pengguna seluruh dunia dan 50 juta pengguna di seluruh Asia Pasifik, profil LinkedIn bukan sahaja perlu menjadi yang terbaik, namun profil anda juga perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan.

LinkedIn profil adalah impresi pertama pihak majikan terhadap anda, tetapi masih ramai lagi pengguna yang melakukan kesalahan. Apakah kesalahan yang sering dilakukan calon yang jelas boleh dilihat?

1. Tidak menulis penerangan kerja

Anda telah menyenaraikan pekerjaan anda yang terdahulu namun sayangnya anda tidak menulis summary.

Ini merupakan satu kesalahan besar kerana summary adalah ruang keemasan untuk menggamit perhatian pembaca dan menunjukkan kemahiran yang anda miliki.

Jangan sekadar mengulangi isi resume,  tetapi tulis perincian dan beri penekanan terhadap perkara yang ingin difokuskan – perkara penting yang mendorong atau membantu anda menuju sasaran. 

2. Tidak menulis maklumat dengan terperinci

Sebuah profil yang kosong dan tidak bermaklumat tidak akan dapat menembusi pasaran kerja. Oleh itu, senaraikan dahulu apakah skop kerja terdahulu anda dengan terperinci.

Namun bukan semua skop kerja perlu diterangkan dan penting untuk anda merincikan segala pencapaian yang diperolehi. 

Selain itu Linkedln juga menyediakan banyak ruang maklumat untuk dipenuhkan agar profil anda lebih informatif daripada resume. Manfaatkan sepenuhnya bahagian maklumat ini. Selain itu, jangan lupa untuk penuhi profil LinkedIn anda dengan kata kunci untuk memudahkan pihak perekrut menemui profil anda. 

3. Tidak memuat naik gambar

Apabila anda memuat naik gambar dan menggunakan gambar yang profesional, ini akan meningkatkan lagi peluang untuk profil anda dilihat oleh ramai orang.

Ini kerana gambar merupakan penilaian pertama seseorang terhadap anda,  maka pastikan anda memuat naik gambar yang nampak kemas dan profesional. 

Jika perlu, anda boleh laburkan duit untuk menghasilkan gambar yang profesional. Gambar tersebut cukup sekadar menampakkan separuh badan dan diambil berlatarbelakang warna putih atau warna kosong. Selain itu, pastikan juga anda berpakaian kemas dan berketerampilan profesional semasa mengambil gambar. 

4. Terlalu formal 

Linkedln sememangnya medium untuk anda menjalinkan rangkaian profesional, begitu juga dengan kandungan profil Linkedln yang anda hasilkan. Ia juga perlu  kelihatan profesional.

Tetapi menjadi formal tidak bermakna anda perlu menjadi kaku. Masukkan sedikit unsur personaliti agar pembaca dapat rasa mereka sedang berinteraksi dengan manusia. 

5. Tidak mengambil berat penulisan headline

Penulisan di headline yang ditulis biasanya merujuk kepada jawatan pekerjaan anda. Namun begitu, headline boleh diubah mengikut kehendak anda.

Tetapi kami lebih mengesyorkan agar headline ditulis dengan lebih terperinci untuk menunjukkan kepakaran anda. 

Ingat, di halaman profil linkedln, headline anda akan dilihat bersama gambar profil anda, dan kedua-duanya membentuk penilaian pertama pihak perekrut  terhadap anda sebelum mereka berhubung dengan anda. 

6. Tidak menyunting mesej sebelum menghantarnya kepada rangkaian anda

Jangan sekadar menghantar mesej menggunakan skrip biasa iaitu, ‘’saya ingin menambah anda sebagai kenalan” apabila anda ingin menambah seseorang sebagai rangkaian.

Luangkan sedikit masa untuk menulis mesej khas yang tujuannya adalah untuk menjelaskan kepada rangkaian bahawa anda sebenarnya mengenali mereka. Atau ayat mesej yang menjelaskan kenapa anda berminat menjadi rangkaian mereka. Jadi mereka akan rasa selesa untuk berhubung dengan anda, meskipun pada awalnya mereka tidak mengenali anda.  

7. Tidak aktif berhubung dengan rangkaian

Mungkin anda sendiri pun terkejut bahawa ramai sebenarnya orang yang anda kenal di LinkedIn. Cuba anda mulakan untuk berhubung dengan mereka, bukan menanti untuk berhubung dengan mereka apabila anda memerlukan sesuatu. 

Banyakkan perkongsian menarik, agar anda semakin berjaya dan konsisten membina rangkaian anda dengan orang lain.

Selain dapat menambahkan jaringan, menambah kenalan juga memberi peluang kepada anda untuk menambah ilmu dengan rangkaian yang merentas bidang. 

9. Tidak menyunting pautan khusus

Apabila anda mula mula menghasilkan profil linkedln, pautan linkedin terhasil akan secara automatik. Dan kebiasannya pautan automatik ini juga mengandungi kombinasi nama, anda, nombor dan huruf. 

Sebenarnya anda boleh mengubah nama pautan tersebut dan menukar nama pautan kepada nama anda sendiri.

Tujuannya untuk nampak lebih profesional, senang diingati dan orang lain juga boleh membuka pautan anda dengan mudah. 

Anda juga boleh berkongsi pautan tersebut di mana-mana dan mudah dikongsikan dengan bakal majikan atau klien anda. 

8. Menganggap Linkedln seperti resume 

Profil linkedln anda sepatutnya lebih personal, lebih mesra dan kurang formal berbanding resume. Profil LinkedIn juga mempunyai ruang untuk menambah maklumat tambahan.

Benar, Linkedln merupakan satu medium yang bagus untuk mencari kerja tetapi ia tidak bertujuan untuk menggantikan resume anda.

Kebanyakan syarikat masih ingin melihat resume calon pekerja. Oleh sebab itu pastikan profil linkedln diubah suai dengan kandungan berbeza. 

9. Gagal mencipta personal branding atau pengaruh

Ini bukan tentang sasaran audiens anda yang berpotensi untuk mengurangkan nilai pencapaian anda. 

Fikir betul betul apakah matlamat anda ketika membuat profil ini, siapakah yang anda sasarkan atau ingin berhubung? dan apakah yang menarik perhatian audiens anda?

Fikirkan juga bagaimana anda ingin dilihat oleh pengguna lain? Adakah anda ingin mencari kerja atau anda ingin membina rangkaian untuk membina bisnes?

10. Tidak menggunakan kata kunci 

Penggunaan kata kunci yang betul di profil anda sangat penting jika anda ingin ditemui oleh pihak majikan yang langsung tidak mengetahui nama anda. Fikirkan perkataan dan frasa yang penuhkan kata kunci tersebut di profil anda. 

Letakkan di headline, summary, perincian kerja, kemahiran dan sokongan, projek dan mana-mana tempat yang sesuai diletakkan. Pastikan profil anda dioptimumkan sepenuhnya untuk orang yang menjalankan carian dan mengambil kira frasa tersebut. 

11.Tidak meminta rekomendasi 

Rekomendasi sangat penting pada zaman moden kerana ia boleh diibaratkan sebagai rujukan bertulis. Kita boleh meminta rekomendasi dari kenalan kita yang suka dengan hasil kerja kita yang bagus.

Walau bagaimanapun anda lah yang perlu meminta sendiri rekomendasi dari mereka. Hampiri mereka dan minta mereka beri rekomendasi terhadap hasil kerja anda.

Share via
Copy link
Powered by Social Snap