5 Tips Penting Agar Para Graduan Mudah Dikenali Dan Mendapat Kerja Di Linkedln

Sebaik sahaja tamat graduasi, anda akan memasuki fasa baru dalam kehidupan. Masa depan adalah suatu perkara yang kita belum pasti dan tidak dapat jangka.

Banyak persoalan yang sering timbul adakah selepas tamat graduasi kita akan terus berjaya mendapat kerja?

Atau mungkin terus menganggur sahaja selepas habis bekerja… Namun, apa yang pasti peluang masih terbuka luas seandainya anda bijak menggunakan laman Linkedln ini..

Menurut Linda Lee, Ketua Komunikasi LinkedIn Asia Tenggara dan Asia Utara, “LinkedIn bukan sahaja mempunyai 20 juta pekerjaan termasuk jawatan di peringkat entry-level, bahkan terdapat komuniti yang boleh membantu anda mencari pekerjaan yang tepat bergantung pada kemahiran dan minat anda”.  

 1. Bina satu profil digital yang menggambarkan siapa anda

Abad ke-21 ini adalah zaman yang sangat mengutamakan pengetahuan dan kebolehan digital. Zaman ini memberi kemudahan kepada semua orang untuk aktif dalam talian.  Selain itu, tujuan kita ingin dikenali tidak lain dan tidak bukan untuk membuka mata para majikan terhadap kita. 

Jadi, perkara pertama yang boleh anda lakukan ialah membuat profil di LinkedIn di mana anda perlu berkongsi maklumat penting mengenai diri anda, kemahiran, pengalaman, dan pendidikan anda.

Jika anda berada di satu tempat yang sentiasa dikelilingi oleh banyak  peluang pekerjaan, anda juga boleh menonjol dan pasti dapat menemui pekerjaan yang sesuai untuk anda.

Luangkan sedikit masa untuk mengenal pasti kerjaya yang anda ingin ceburi dan benarkan Linkedln membantu anda mencapai kejayaan tersebut dalam dunia kerjaya ini. 

2. Lihat diri anda melebihi ijazah atau kelayakan anda

Apakah perkara penting dalam hidup? Pendidikan. Apakah perkara yang tidak dapat menentukan laluan kerjaya anda? Juga pendidikan. 

Anda perlu sentiasa sedar apakah perkara yang penting buat anda. Mendapat Ijazah bukan bermaksud ia titik akhir kerjaya anda. Buat perkara yang anda minat dan usaha bersungguh-sungguh. Jika minat anda selari dengan sijil yang anda miliki, maka ia lebih memudahkan anda.  

Jika tidak, ini masanya untuk anda memiliki kemahiran baru. Kelayakan yang anda ada sangat berguna, terutamanya untuk mendapatkan pekerjaan di luar bidang pekerjaan anda.

Antara nasihat Warren Buffett yang terkenal – “Bekerjalah dalam bidang yang anda suka”.

Sekiranya anda berminat untuk belajar lebih banyak perkara, anda boleh kunjungi LinkedIn Learning untuk meneroka kemahiran dan minat baru. 

3. Gunakan sistem carian untuk mencari pekerjaan di LinkedIn

Anda boleh mengkhususkan sesuatu carian mengikut industri, fungsi, dan pengalaman, tetapi bukan itu begitu sahaja. Cari pekerjaan yang sesuai untuk anda dengan menambahkan frasa kata kunci menggunakan kotak carian terbuka. 

Tambahan pula, Notifikasi Pekerjaan Segera dan Sorotan Judul Pekerjaan adalah dua ciri baru yang telah diperkenalkan oleh LinkedIn untuk membantu anda mencari pekerjaan.

Dengan Notifikasi Pekerjaan Segera, anda dapat melihat peluang pekerjaan baru dalam beberapa minit setelah diposkan sehingga anda dapat menjadi orang pertama yang memohon. 

Pastikan notifikasi dalam peranti anda sentiasa diaktifkan agar anda tidak terlepas sebarang notifikasi. Sorotan Judul Pekerjaan pula memberikan gambaran mendalam mengenai tajuk pekerjaan tertentu untuk memudahkan anda melakukan pencarian pekerjaan. 

Setiap bulan, terdapat lebih dari 100 juta permohonan pekerjaan dimuatkan dan ciri-ciri ini ini sangat penting untuk anda sentiasa peka dengan kerja baru. 

4. Berhubung dengan rangkaian yang dapat membantu anda

Rangkaian sangat penting dalam mendapatkan pekerjaan dan LinkedIn telah memudahkan anda untuk membina rangkaian. Usahakan untuk menyertai komuniti LinkedIn anda dan senaraikan kenalan yang sedang bekerja di syarikat yang anda sasarkan. 

Sekiranya ada pekerjaan yang anda mahukan, kenalan profesional ini adalah kunci yang dapat meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. 

Jangan abaikan kepentingan mempunyai rujukan. Ahli profesional di LinkedIn mempunyai peluang empat kali lebih tinggi untuk dihubungi oleh pihak majikan— dan sembilan kali lebih tinggi peluang untuk diambil bekerja — apabila mereka mendapat rekomendasi oleh rangkaian mereka. Oleh itu, jika anda ada peluang, gunakan ia untuk meluaskan rangkaian sosial anda. 

5. Wujudkan persepsi yang baik

J.K. Rowling pernah menyatakan bahawa persepsi yang baik sentiasa memberi keajaiban. Memang ada kebenarannya. 

Antara cara untuk mengambil hati majikan, pastikan anda mengkaji serba sedikit maklumat mengenai syarikat tersebut terutama sebelum menghadiri sesi temuduga. Maklumat dan latar belakang syarikat boleh didapati di LinkedIn atau laman web syarikat. Usaha anda yang sedikit ataupun banyak yang akan menentukan hasilnya. 

LinkedIn ibarat rakan baik anda untuk mencari pekerjaan, jadi manfaatkan platform ini sebaiknya. Fasa seterusnya dalam kehidupan anda setelah tamat pengajian mungkin kelihatan menakutkan pada mulanya, tetapi berikan masa untuk diri sendiri untuk menggali peluang dan ruang yang tersedia di platform ini. 

Semoga usaha anda dalam mencari dan mengejar kerjaya impian anda dipermudahkan. 

Share via
Copy link
Powered by Social Snap