9 Tips Untuk Kuasai Sesi Temuduga Secara Dalam Talian

Senario hari ini menyaksikan temuduga secara dalam talian bukanlah sesuatu yang pelik bahkan semakin lama ia semakin diterima oleh pihak majikan. 

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh organisasi firma Korn Ferry, kini hampir 75 peratus pihak majikan menjalankan temuduga sepenuhnya secara panggilan video untuk memilih calon. 

Manakala 50% pihak majikan menjalankan proses temuduga secara panggilan maya atau secara panggilan video peratus untuk menapis pekerja-pekerja yang benar – benar berpotensi di samping turut dapat mengurangkan kos perbelanjaan.

Bagi bakal pencari kerja yang perlu menggunakan medium seperti Skype, Zoom atau Google Hangouts ia sedikit sebanyak agak mendebarkan.

Berikut merupakan sembilan teknik untuk mengurangkan tekanan dan  berjaya dalam sesi temuduga secara dalam talian. 

1. Periksa peralatan teknologi anda

Sebaik sahaja anda bersetuju untuk menjalankan temuduga secara panggilan video, segera periksa peralatan teknologi yang anda akan gunakan seperti komputer riba dsb.

Uji dan periksa tahap kelajuan dan sambungan internet anda dan pastikan adakah kamera dan mikrofon berfungsi dengan baik. 

Sekiranya paparan kualiti gambar tidak memuaskan atau lantunan suara agak bergema, anda boleh cuba menggunakan mini webcam dan mikrofon.

Sebab itu anda digalakkan bersedia lebih awal, kerana jika ada masalah anda boleh menyelesaikannya dengan segera. 

Pada hari temuduga, uji sekali lagi peralatan teknologi yang akan digunakan dan sambungan internet buat kali terakhir.

Pencahayaan yang cukup serta bunyi audio yang baik boleh mendorong pihak majikan untuk mengambil anda bekerja. 

2. Pilih lokasi yang sesuai yang minimum gangguan

Selain menguji peralatan teknologi anda, pilih juga lokasi yang sesuai untuk sesi temuduga yang akan dijalankan.

Jika boleh cari lokasi yang dapat memberi kesan pencahayaan yang optimum, seperti yang berdekatan dengan tingkap dan dinding kosong untuk meminimumkan gangguan luar. 

Jika anda memilih ruang tamu atau pejabat di rumah anda, pastikan suasana di sekeliling kemas dan teratur bagi meyakinkan pihak majikan.

Tidak mungkin pihak majikan akan yakin dan tertarik jika melihat suasana ruang anda berselerak. 

Dan akhir sekali, atasi semua gangguan yang berpotensi menganggu fokus anda semasa temuduga. Tutup TV, pastikan telefon dalam mod senyap dan tutup tingkap berdekatan yang mungkin menghasilkan gangguan bunyi. 

3. Duduk dalam keadaan bersedia

Meskipun anda berada di hadapan komputer, namun ia tidak bermakna anda dibenarkan untuk mencari jawapan dari internet.

Sangat penting untuk memberi persepsi kepada pihak majikan bahawa anda sedang fokus dan sentiasa bersedia untuk menjawab soalan daripada pihak penemuduga tanpa sebarang bantuan internet. 

Jadi, sebelum temuduga dijalankan, lakukan kaji selidik terlebih dahulu dan catat nota sebagai rujukan. Cetak dan sediakan salinan resume anda. Sebaiknya sentiasa bersedia dengan jawapan bagi soalan umum seperti:

  • Kenapa anda berminat dengan jawatan kerja yang ditawarkan?
  • Apa pengetahuan anda mengenai syarikat kami?
  • Apakah kelemahan terbesar anda?
  • Apakah pencapaian profesional terbesar yang pernah anda lakukan?
  • Ceritakan pengalaman dalam menghadapi krisis di tempat kerja dan cara menghadapinya?
  • Apa yang anda cari untuk jawatan baru ini?
  • Mengapa anda berhenti kerja ?

Elakkan menghafal setiap jawapan agar kelihatan terlalu mengikut skrip sebaliknya catat idea jawapan anda di sticky notes dan tampalkan di komputer anda. 

Majikan juga suka akan calon yang bertanyakan soalan. Jadi anda boleh bersedia dengan persoalan untuk ditanya kepada pihak majikan jika anda diminta oleh pihak penemuduga. Antara bentuk soalan yang boleh ditanya ialah:

  • Apakah rutin seharian bagi calon yang menyandang jawatan ini?
  • Apakah matlamat syarikat pada masa sekarang?
  • Apakah ciri yang sesuai untuk jawatan ini?
  • Adakah saya akan diberikan latihan?
  • Apakah langkah seterusnya dalam proses pemilihan calon?

4. Berlatih, jangan hafal

Elakkan dari menghafal nota atau skrip sama ada untuk menjawab soalan, bertanyakan soalan atau untuk memberi pembentangan.

Kebiasaannya orang yang menghafal nampak begitu tidak bersedia dan mudah untuk pihak majikan mengesan calon seperti ini. 

Sebaiknya lakukan sesi latihan dan praktis bersama rakan atau ahli keluarga. Latihan akan membentuk personaliti dan keyakinan anda kerana anda lebih bersedia.

Langkah ini memberi ruang kepada anda untuk melakukan dan memperbaiki kesilapan agar anda lebih bersedia ke arah situasi temuduga yang realiti.

Tidak perlu kemukakan jawapan yang panjang lebar jika tidak diperlukan. Sentiasa mengemukakan jawapan yang jelas dan ringkas semasa sesi temuduga.

5. Pantau bahasa tubuh anda

Cara utama dalam menampilkan keyakinan diri adalah dengan duduk secara tegak, senyum secara berhemah dan kamera pada tahap mata.

Kajian menyatakan majikan lebih mengingati apa yang anda bincangkan jika berlaku perhubungan mata (eye contact). Oleh itu, anda perlu fokus kepada kamera ketika berinteraksi.

6. Gaya pemakaian yang sesuai

Walaupun anda berada dalam bilik, jangan tunjukkan imej anda berpakaian santai seperti sedang berada dalam bilik. Bahkan anda perlu gayakan pemakaian sebagaimana untuk sesi temuduga secara fizikal. 

Bagi lelaki, anda boleh berpakaian seperti blazer, kemeja atau t shirt berkolar manakala perempuan pula boleh memakai baju kurung, blouse dan skirt. 

Pakaian yang profesional menggambarkan keseriusan anda serta menunjukkan keperibadian yang menarik.

Berdasarkan sebuah kajian bagi yang memakai pakaian formal, “pakaian secara formal dapat memberi persepsi atau imej sebagai individu yang kompeten, berwibawa dan boleh dipercayai”.

7. Cipta hubungan baik dengan pihak penemuduga

Pihak penemuduga biasanya akan menemuduga ramai calon sekaligus dan ia sememangnya meletihkan.

Boleh jadi anda lah orang terakhir untuk ditemuduga pada hari tersebut. Jadi, jangan takut untuk berkongsikan minat anda dengan pihak penemudugaa, dalam masa yang sama mereka juga boleh menghela nafas lega sejenak. 

Ini lah pentingnya untuk mencipta perhubungan agar penemuduga dapat menarik nafas lega dan berehat daripada soalan rutin yang dilontarkan.

Anda  mahu penemuduga mengingati cerita yang anda kongsi dan kelihatan menonjol  daripada calon- calon yang lain.

8. Jadi diri sendiri

Tugas pihak penemuduga adalah untuk memastikan adakah calon yang dipilih sesuai dengan budaya kerja syarikat.

Dan agak mencabar sebenarnya untuk memilih calon yang sesuai kerana apabila temuduga secara maya diadakan, kerana tidak berlakunya hubungan secara fizikal. 

Pihak penemuduga juga sukar untuk melihat kesungguhan anda melalui skrin,  jadi anda perlu lebih menonjolkan ekspresi anda ketika menjawab soalan. Dan pastikan agar anda terpilih bagi sesi temuduga kali kedua. 

9. Hantar emel follow-up segera

Dalam tempoh 24 jam, hantar emel sebagai ucapan terima kasih dan kata penghargaan kepada pihak penemuduga yang menemubual anda. 

Langkah ini bukan sahaja menunjukkan bahawa anda seorang yang menghargai peluang, tetapi dalam masa yang sama memberi peluang kepada anda untuk menonjolkan diri dan menyatakan point point penting yang anda mungkin terlupa untuk diucapkan kepada pihak penemuduga. 

Jika anda ada cadangan, anda juga boleh emelkan kepada pihak syarikat. Pastikan kandungan emel ringkas agar emel anda tidak berakhir di tong sampah. 

Akhir sekali, persediaan adalah kunci kejayaan

Kunci kepada kejayaan dalam sesi temuduga dalam talian adalah persiapan yang rapi.

Jangan lupa pastikan peralatan komunikasi dan teknologi berfungsi dengan baik, berada dalam posisi yang sesuai di hadapan kamera dan bersedia untuk menjawab pelbagai bentuk soalan yang bakal dikemukakan daripada bakal majikan.

Share via
Copy link
Powered by Social Snap