Setiap orang pasti ingin mempunyai ‘resume’ yang paling bagus, versatil serta tidak mahu resume mereka nampak tidak tersusun, ketinggalan zaman & sukar untuk dibaca.
Jadi, bagaimana ‘resume’ tersebut perlu dikendalikan bagi mengelakkan perkara perkara di atas dari terjadi?
Lihat panduan yang disediakan di bawah yang mampu menjadikan ‘resume’ anda lebih menonjol berbanding yang lain.
1. Pastikan resume anda ringkas & sederhana
‘Layout’ yang sederhana & kemas adalah paling diutamakan.
Gunakan ‘headings’ yang jelas dan tonjolkan tulisan dengan menghitamkan tulisan, menggunakan huruf besar & warna yang berlainan.
Pasti kan juga terdapat banyak ruangan kosong yang wujud di resume anda serta elakkan resume anda kelihatan agak berlebihan dengan huruf dan sebagainya.
Selain itu, resume anda tidak meletakkan grafik, carta pai dan ilustrasi yang tidak profesional serta tidak selari dengan perisian resume yang digunakan.
2. Tulis ‘summary’ berbanding objektif
Summary akan memberikan maklumat mengenai nilai kepentingan yang boleh diberikan kepada syarikat itu.
3. Serlahkan kemahiran utama
Kemahiran yang anda tulis perlu selari dengan keperluan kemahiran bidang tugas tersebut yang telah disenaraikan oleh syarikat.
Jika anda tidak pasti apakah kemahiran tersebut anda boleh periksa deskripsi pekerjaan untuk melihat kemahiran, program dan kata kunci yang dinyatakan.
Jika di deskripsi pekerjaan ada menyebutkan mengenai kriteria yang disebutkan, kriteria tersebut perlu ada dalam resume anda.
4. Senaraikan pengalaman kerja yang paling terbaru
Perekrut lebih mengutamakan format resume jenis kronologikal, di mana anda perlu meletakkan pekerjaan atau jawatan terbaru di senarai paling atas.
5. Huraikan penerangan kerja secara terperinci
Anda perlu menerangkan pencapaian dan sikap yang perlu anda miliki untuk sesuatu jawatan dengan menggunakan ‘bullet points’ dan tidak dalam perenggan secara sekaligus.
Kerana jika ditulis secara perenggan, ia akan kelihatan padat & sukar dibaca. Mulakan setiap ‘bullet points’ dengan kata kerja yang jelas
6. Ceritakan pengalaman sukalerawan atau yang berkaitan dengannya
Anda dapat memberi tanggapan kepada penemuduga tentang peribadi anda yang lebih murni & peribadi anda yang lebih unik dan berbeza berbanding calon yang lain.
Tambahan lagi, pengalaman yang anda perolehi ketika menyertai program sukalerawan juga dapat menyerlahkan lagi diri anda serta kemahiran baru yang mungkin anda tidak pernah pelajari sebelum ini.
7. Gunakan fakta berbentuk angka
Gunakan fakta berbentuk angka (jika ada) untuk memperincikan pencapaian anda supaya kejayaan anda dapat digambarkan lebih jelas oleh majikan.
Atau anda juga boleh menceritakan tentang kekerapan anda melaksanakan tugas yang diberikan, atau berapa ramai yang telah menggunakan produk anda.