5 Kemahiran Yang Lepasan Graduan Perlu Ada Dalam Resume

Selepas tamat belajar, anda sebagai lepasan graduan akan memulakan misi pencarian kerja setelah bertungkus lumus belajar di kolej.

Semasa menulis resume, anda pastinya tahu bahawa pengalaman bekerja adalah sangat penting untuk memohon sesuatu perkerjaan yang baru. 

Sebagai seorang lepasan graduan, anda juga tahu bahawa anda tidak mempunyai pengalaman yang cukup, namun anda tidak perlu khuatir.

Apa yang penting, anda ada kemahiran kerana selain pengalaman, kemahiran juga salah satu aspek yang  dikehendaki oleh majikan. 

Memiliki kemahiran adalah sangat penting, meskipun anda mempunyai kemahiran asas sahaja.

Jadi, sebelum memohon kerja, anda perlu kenal pasti kemahiran yang dikehendaki dan gunakan kemahiran tersebut untuk menambat hati bakal majikan tersebut. 

Berikut adalah kemahiran yang boleh diletakkan di resume

1. Kemahiran teknikal

Kemahiran teknikal merupakan ilmu dan keupayaan yang diperoleh sewaktu tempoh latihan sama ada di sekolah ataupun semasa praktikal. 

Kemahiran ini adalah sangat penting di dalam sesetengah industri seperti industri teknologi maklumat atau rekaan kreatif (creative design) untuk menyiapkan sesuatu tugasan. 

Sesetengah industri amat mengutamakan pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal yang bagus.

Sebagai contoh, kemahiran teknikal untuk alatan perisian (software tools), fungsi peralatan & bahasa pengaturcaraan (programming languages). 

2. Kemahiran berkomunikasi

Hampir kesemua majikan akan memilih pekerja yang cemerlang dalam kemahiran menulis dan kemahiran berkomunikasi secara lisan.

Kemahiran ini penting terutama untuk berkomunikasi secara efektif. Sama ada dengan pihak pengurus atasan, rakan sekerja mahupun klien.

Dengan kemahiran komunikasi, kerja dapat disiapkan dengan pantas dan paling penting, kemahiran ini merupakan kemahiran yang boleh dipelajari. 

3. Boleh bekerja sendiri dan kerja berpasukan

Apabila anda bekerja, pihak majikan mungkin tidak dapat memantau anda dengan kerap kerana sibuk dengan urusan mereka.

Jadi, anda sendiri yang perlu menyesuaikan diri untuk melakukan kerja secara sendirian. 

Dalam masa yang sama, kemahiran bekerja dalam pasukan juga sangat mustahak terutama apabila perlu menyiapkan sesuatu projek bersama sama dengan rakan sepasukan. 

Oleh yang demikian, pihak majikan akan lebih memilih pekerja yang fleksibel iaitu yang mampu bekerja dalam kedua dua situasi di atas. 

Pastikan kemahiran ini ada dalam resume anda.

4. Kemahiran berorganisasi

Kemahiran berorganisasi seperti kemahiran untuk merancang, mendahulukan perkara yang mustahak & mampu mencapai matlamat projek adalah sangat penting untuk dikuasai oleh para pekerja. 

Pekerja yang dapat menyusun jadual secara sistematik & dapat memberi fokus yang sepenuhnya terhadap sesuatu tugas adalah antara kriteria yang dicari oleh seseorang majikan. 

Kemahiran ini amat berguna untuk majikan kerana pekerja yang mempunyai kebolehan berorganisasi ini lebih produktif dan cekap di tempat kerja.

5. Kemahiran kepimpinan

Kemahiran terakhir para graduan boleh letakkan di resume adalah kemahiran kepimpinan.

Kemahiran kepimpinan akan memudahkan pekerja untuk berinteraksi dengan setiap orang di tempat kerja. 

Calon yang mempunyai ciri ini mempunyai pengetahuan dalam bidang sumber manusia,  sabar serta memiliki kecerdasan emosi (emotional intelligence) dalam berinteraksi. 

Majikan akan yakin dengan pekerja yang memiliki kemahiran kepimpinan ini kerana pekerja yang mempunyai kemahiran ini mampu menjaga diri mereka, pekerja-pekerja lain serta syarikat.

Disebabkan itulah, kemahiran kepimpinan ini akan diutamakan terlebih dahulu. 

Jadi, bagi para lepasan graduan, jangan bimbang jika anda tiada pengalaman kerja, kerana kemahiran yang anda ada juga boleh membantu anda mendapatkan kerja yang anda idamkan.

Oleh itu, semasa di universiti selain menuntut ilmu, anda perlu manfaatkan masa yang anda dengan menambah ilmu kemahiran. Admin doakan anda dimudahkan mendapat kerja!

Share via
Copy link
Powered by Social Snap