10 Tips Bagaimana Temuduga Dalam Talian Anda Dapat Berjalan Dengan Lancar

Berikutan fenomena pandemik dan COVID – 19, kebanyakan syarikat kini menggunakan temuduga secara panggilan video untuk melantik pekerja baru.

Bagi situasi calon pula, setiap temuduga kerja pasti mendebarkan, tidak kira dijalankan secara dalam talian mahupun luar talian.

Namun untuk persediaan temuduga yang dijalankan dalam talian, anda perlu buat persiapan yang lebih rapi.

Hal ini kerana boleh jadi semasa sesi temuduga kamera anda boleh menimbulkan masalah, latar suasana yang bingit serta risiko gangguan masalah internet yang mungkin dihadapi. 

Jadi, sebelum sesi temuduga dijalankan anda perlulah buat persediaan rapi agar sesi temuduga anda berjalan dengan lancar:

Sebelum Sesi Temuduga 

Kebiasaanya sesi temuduga akan diberitahu 2 minggu lebih awal atau sekurangnya 3 hari.

Jadi masa yang berbaki sebelum sesi temuduga dijalankan perlulah dimanfaatkan sebaiknya.

Berikut adalah 10 tips sebelum sesi temuduga yang dapat membantu anda :

1. Pastikan sambungan internet laju dan stabil

Tidak kira sehebat manapun persediaan anda untuk menghadapi temuduga, tidak ada gunanya jika sambungan internet anda bermasalah.

Pastikan anda memiliki kelajuan internet yang pantas bagi mengelak perhubungan yang tidak lancar. 

Uji kelajuan internet anda menggunakan laman sesawang seperti ‘Speedtest’. Dan tutup sebarang aplikasi yang menyebabkan kelajuan internet berkurang sebelum sesi temuduga berlangsung.

2. Kenal pasti peranti yang akan digunakan

Adalah lebih baik jika anda dapat melaksanakan temuduga panggilan video di komputer riba dengan menggunakan ‘webcam’. 

Panggilan video menggunakan telefon pula berisiko menggambarkan etika yang kurang profesional jika tidak dilakukan dengan baik. 

Sebaiknya, jika anda menggunakan telefon, pastikan anda juga menggunakan ‘stabilizer’ agar telefon anda tidak mudah bergerak dan proses temuduga dapat dijalankan dengan baik. 

Tips: Gunakan ‘headphones’ semasa membuat panggilan video sewaktu temuduga. Tujuannya agar bunyi audio yang lebih jelas, minimum kesan gema dan bunyi bising dari persekitaran.

3. Berlatih menggunakan peranti yang digunakan 

Temuduga secara jarak jauh ini agak unik sebenarnya kerana hubungan anda dengan bakal majikan dihubungkan melalui teknologi, bukan dengan berkongsi ruang atau berada dalam bilik yang sama.

Jadi, ambil masa untuk mempelajari peralatan yang mampu menambah baik temuduga yang akan digunakan secara dalam talian ini.

Jadi, anda tidak akan rasa kekok apabila berhadapan dengan pihak penemuduga nanti. 

  • Cek jika anda perlu untuk menambah akaun, memuat turun perisian atau aplikasi until servis panggilan video yang anda akan gunakan semasa sesi temuda nanti. 
  • Pastikan anda peka cara mengurus butang audio, inputs / outputs, cara senyap untuk ‘mute’ dan ‘unmute’, juga cara untuk berkongsi paparan skrin.

4. Tetapkan lokasi dan kedudukan untuk menjalani sesi temuduga nanti

Untuk menambat hati para majikan, anda perlulah: 

  • Tentukan bagaimana posisi anda di hadapan kamera. 
  •  Pastikan persekitaran sesuai dan tidak mengalih perhatian
  • Jika menggunakan lebih dari satu komputer, pastikan anda sentiasa berada dalam posisi menghadap kamera yang sesuai.

5. Dapatkan sumber pencahayaan dari sisi hadapan

Untuk kelihatan menarik dalam panggilan video, gunakan sumber pencahayaan yang berada dari sisi hadapan anda. Dan elakkan menggunakan sumber pencahayaan  jika anda berada di tepi tingkap.

Jadi, tanpa penggunaan ‘ring light’ sekalipun, anda masih boleh memanfaatkan sumber cahaya semulajadi.

Atau jika anda tidak berada bersebelahan tingkap, anda boleh gunakan lampu meja yang diletakkan berhadapan anda sebagai alternatif.

Yang penting jangan lupa untuk lakukan praktis panggilan video dengan percahayaan tersebut. 

6. Cari tempat yang sunyi

Jangan lakukan sesi temuduga di kedai kopi! Suasana dan bunyi yang bising akan mengganggu fokus anda. Bahkan berkemungkinan ia juga mengurangkan potensi untuk berjaya dalam sesi temuduga. 

7. Tutup butang notifikasi

Pastikan bunyi notifikasi ditutup sebagai persiapan sesi temuduga. Malah nyahaktifkan bunyi notifikasi dari aplikasi yang lain agar tidak mengganggu sesi interview anda. 

Tutup servis mesej yang menghasilkan notifikasi dan tutup mana-mana laman sesawang yang mungkin mengandungi video ‘auto – play’. Agar kurang risiko anda perlu 

8.  Laraskan posisi anda di hadapan kamera dengan betul

Panggilan video membenarkan anda untuk melihat diri sendiri dan individu lain yang berkomunikasi dengan anda di paparan skrin.

Jadi, sila lakukan eksperimen terlebih dahulu supaya anda dapat menyesuaikan diri menggunakan perisian tersebut. 

9. Uji sekali lagi peranti anda pada hari temuduga

Pada hari temuduga dijalankan, tentu anda tidak mahu peranti anda melakukan sebarang gangguan.

Jadi, selagi ada peluang berlatih, berlatihlah sehingga peranti anda seakan tidak berada di hadapan anda dan di hadapan temuduga.

Anda boleh minta rakan atau ahli keluarga untuk membantu anda berlatih menggunakan panggilan video. 

10. Sediakan  ‘backup plan’

Lakukan ‘test run’ dan praktis pada hari kejadian bagi memastikan segala peralatan berfungsi dengan baik.

Anda juga boleh sediakan alternatif jika peranti anda tidak berfungsi. Contohnya panggilan video akan bertukar kepada panggilan telefon biasa jika

Semasa hari temuduga 

Semasa hari temuduga, anda pasti sudah bersedia dengan mengikut tips di atas. Berikut pula panduan yang perlu anda ikuti pada hari temuduga: 

  • Tengok kamera anda! Ya, meskipun rasa agak tidak selesa tetapi pihak penenmuduga akan merasakan bahawa anda ada membuat eye-contact dan memberi perhatian akan apa yang mereka ucapkan. 
  • Kurangkan sebarang pergerakan yang tidak perlu, seperti menggerakkan kerusi, menaip di papan kekunci dan keluar dari paparan skrin.
  • Catat nota semasa melakukan sesi temuduga adalah sangat digalakkan. Tetapi elakkan menaip maklumat tersebut menggunakan peranti yang sama, kerana tindakan tersebut akan memberi gangguan bunyi dan menunjukkan tindakan biadab di hadapan para penemuduga. 
  • Jika ada gangguan internet, sila jujur! Beritahu kepada penemuduga untuk mengulangi semula apa yang mereka beritahu.  Ia normal sahaja jika panggilan video tersebut mengalami sedikit gangguan. 

Selepas Sesi Temuduga

Anda pasti lega kan selepas tamat sesi temuduga! Selepas tamat sesi temuduga, anda boleh menghantar sebuah ‘emel’ ringkas sebagai pesanan dan menyampaikan penghargaan kepada pihak penemuduga kerana sudi meluangkan masa.

Tindakan ini bukan sahaja memberi imej yang positif, bahkan memberi peluang kepada anda untuk berinteraksi sekali lagi dengan mereka. 

Akhir sekali, sesi temuduga jarak jauh ini sebenarnya sama sahaja dengan sesi temuduga secara berhadapan.

Kedua-duanya memerlukan anda menunjukkan minat yang mendalam terhadap syarikat tersebut dan memberi gambaran nilai yang anda akan berikan kepada mereka. 

Dengan membuat persediaan rapi, temuduga anda pasti akan berjalan lebih lancar. 

Share via
Copy link
Powered by Social Snap