10 Strategi Mencari Kerja Menggunakan Platform Linkedln

Ramai pengguna Linkedln tahu pentingnya untuk memuat naik gambar yang profesional di profil Linkedln mereka. Tapi tahukah anda satu fakta jika anda langsung tidak memuat naik sebarang gambar, akaun profil Linkedln anda tidak akan keluar di sistem carian?

Menurut laman Jobvite, LinkedIn adalah aplikasi sosial untuk mencari pekerjaan profesional meskipun anda tidak bertujuan untuk mencari pekerjaan baru. 92% pihak majikan menggunakan media sosial untuk mencari pekerja, dan LinkedIn adalah aplikasi yang sering digunakan pihak majikan. 

Sayangnya masih ramai pengguna yang sedang mencari kerja tidak memaksimumkan penggunaan LinkedIn mencari pekerjaan. Mereka hanya menulis resume di profil dan berharap pihak majikan yang tepat menjumpainya.

Terdapat 10 strategi menggunakan LinkedIn yang boleh diaplikasikan untuk menarik minat pihak calon majikan, iaitu : 

1. Menjadikan diri anda dikenali dengan kisah penceritaan yang hebat dan bermanfaat

Sebenarnya pihak majikan juga sama seperti orang lain — mereka suka memberi respons dengan kisah penceritaan, bukan sekadar senarai fakta yang tersusun di profil linkedln anda. 

Tambahan lagi, kajian menunjukkan bahawa konsep penceritaan juga dapat meningkatkan memori pembaca terhadap anda. Maksudnya di sini, pembaca akan mudah mengenali seseorang berdasarkan ceritanya.  Jadi, dengan bercerita kisah atau pengalaman anda yang mempunyai manfaat dalam siaran LinkedIn dapat memberikan persepsi yang baik kepada pihak majikan. 

Contohnya: Setiap pengalaman kerja yang anda tulis di profil anda, jangan sekadar menulis peranan atau tanggungjawab anda. Kongsikan kisah menarik mengenai kejayaan yang dicapai semasa anda bekerja. 

Paling penting, ceritakan masalah yang berlaku dan bagaimana anda berjaya menyelesaikan masalah tersebut terutamanya apabila anda mempunyai solusi kreatif untuk menghadapi cabaran yang kritikal. Pastikan kisah penceritaan anda ditulis ringkas kerana jika terlalu panjang, pihak majikan yang sibuk tidak akan membacanya

2. Fokus kepada apa yang disasarkan, bukan pencapaian terdahulu

Terdapat sesetengah pekerja profesional apabila mereka berada di pertengahan karier mereka, mereka ingin mencari peluang baru yang lebih baik setelah bertahun-tahun bekerja dalam bidang pekerjaan atau industri yang sama. Namun di profil LinkedIn, mereka masih lagi menceritakan mengenai pencapaian lama mereka. Padahal lebih baik dofokuskan akan hala tuju seterusnya. 

Apa yang anda perlu buat? Cari pekerjaan ideal yang anda inginkan, kemudian bina rangkaian dengan rakan-rakan yang pakar dalam bidang tersebut. Sepanjang bertahun-tahun pengalaman bekerja, pasti anda ada banyak senarai kemahiran yang boleh dilakukan. Namun buang segala kemahiran yang tidak berkaitan dan letakkan kemahiran yang berkaitan dengan pekerjaan baru yang anda ingin ceburi. 

3. Sentiasa kemaskini profil Linkedln anda

Profil LinkedIn anda mestilah sentiasa nampak ‘hidup’ kerana sentiasa dikemas kini untuk terus tampil menarik dan meyakinkan. Profil yang menarik dan meyakinkan akan menarik hari majikan untuk mengambil anda bekerja. 

Antara cara untuk terus menghidupkan profil linkedln anda adalah sentiasa memuat naik perkongsian mengenai topik atau kandungan yang berkaitan dengan bidang anda, sebagaimana anda memuat naik siaran di Facebook. 

Perkongsian kandungan yang lebih panjang dapat menarik perhatian calon majikan. Antara perkongsian yang boleh dikongsikan ialah: nasihat kepemimpinan, pandangan bernas mengenai isu semasa yang menjadi sohor kini (trend) industri – Kepintaran anda menggambarkan bahawa anda adalah seorang yang pakar dalam bidang anda. 

4. Beri penekanan terhadap gambaran visual 

Kini kita berada di zaman milennial di mana Instagram dan Tik tok menjadi medium utama pilihan generasi muda. Kedua-dua aplikasi ini membuktikan masyarakat suka memberi respons terhadap sesuatu yang visual iaitu dalam bentuk gambar dan video. Begitu juga di Profil Linkedln, banyakkan memuat naik sesuatu yang visual agar lebih mudah mendapat respons dari orang ramai. 

Adakah anda pernah memenangi anugerah, atau mendapat sijil dan pengiktirafan terbaik? Jika ada maka anda boleh kongsikan di profil LinkedIn anda berbanding sekadar menulis dalam bentuk teks. 

Anda juga boleh memuat naik slaid pembentangan terbaik anda pernah lakukan di SlideShare (yang dimiliki oleh LinkedIn) dan tambahkan di profil LinkedIn anda.  Sekiranya anda ada menghasilkan video yang menarik, anda juga boleh kongsikan di  profil LinkedIn anda.

5. Pastikan anda mudah dihubungi

Antara kesilapan biasa yang sering dilakukan oleh pengguna LinkedIn adalah mereka tidak menjelaskan bagaimana pengguna lain sama ada bakal klien atau majikan dapat menghubungi mereka melalui emel atau telefon. 

LinkedIn mengehadkan jumlah InMails yang boleh dihantar oleh pengguna berbayarnya, dan sama sekali tidak membenarkan pengguna biasa menghantar InMails. Jadi sangat penting anda melakukan inisiatif sendiri untuk meletakkan alamat emel dan nombor telefon anda di profil, seperti di bahagian summary.

6. Berhubung secara langsung dengan pihak majikan dan perekrut

Antara kelebihan di Linkedln adalah anda boleh terus hubungi atau mendekati secara personal calon majikan anda melalui inMail. Namun, apa yang penting mesej anda kepada calon majikan perlulah dihantar pada masa yang sesuai dan menggunakan bahasa yang sopan. 

Selain itu, pastikan mesej yang dihantar dimulakan dengan pengenalan dan mesej tidak terlihat memaksa. Apa yang kita inginkan adalah para majikan melihat diri kita sebagai orang yang layak diambil kerja.

Cari persamaan yang boleh dikaitkan untuk menjadikan perbualan anda menarik. Selain itu, anda juga boleh memulakan perbualan dengan bercerita kepada panel penemuduga siapa yang anda jumpa semasa sesi temuduga dan berikan pujian terhadap karisma dan profesional mereka. 

Ingat, sekarang bukan masanya untuk anda menceritakan perihal kerja. Kerja tersebut akan datang kemudian, jika anda pandai mengambil hati bakal majikan anda. 

7. Anggap LinkedIn sebagai enjin carian

LinkedIn boleh diibaratkan seperti Google, namun ia lebih memberi fokus terhadap golongan profesional, majikan, syarikat dan kerja. Jadi, manfaatkan enjin carian Linkedln ini untuk mencari bakal majikan. 

Pihak majikan mencari calon pekerja menggunakan kata kunci, jadi sangat penting untuk anda memilih betul-betul kemahiran yang sesuai untuk diletakkan di bahagian Kemahiran & Sokongan. Kerana kata kunci yang relevan ini yang akan majikan gunakan untuk mencari calon pekerja. 

Bahagian Kemahiran & Sokongan ini sering diabaikan pengguna linkedln kerana menganggap ia tidak penting untuk diisi. Antara helah lain yang boleh digunakan agar majikan dapat menemui anda segera ialah meletakkan nama jawatan anda, di bahagian nama anda. Contohnya : Mohammad Aizat, Pereka Grafik

Atau anda juga boleh teroka lebih lanjut mengenai bahagian Pekerjaan yang anda mungkin berminat”

8. Jangan tunjukkan bahawa anda mencari pekerjaan baharu

Sesetengah pakar bersetuju agar pengguna linkedln terutamanya bagi mereka yang sedang bekerja tidak mendedahkan dan menulis di profil mereka bahawa mereka ingin mencari kerja baru. 

Jadi, adalah digalakkan anda tidak menulis perkataan seperti “saya ingin mencari kerja, saya terdesak mencari kerja”. Pihak majikan juga tidak akan menggunakan kata kunci “pemohon kerja, sedang mencari kerja” untuk mencari pekerja baru.

Bahkan mereka sebenarnya mengelakkan untuk menggunakan kata kunci tersebut. Selain itu, ia menunjukkan bahawa anda sangat terdesak untuk emncari pekerja jika anda menulis perkataan sebegitu. 

9. Pastikan media sosial lain turut dikemaskini 

Tahukah anda pihak majikan sebenarnya tidak hanya menggunakan medium Linkedln sahaja untuk mencari pekerja. Menurut kajian yang dijalankan oleh Jobvite, Facebook merupakan media sosial kedua yang digunakan oleh pihak majikan untuk mencari pekerja. (Facebook: 55% , Linkedln:  87%). Boleh jadi jika pihak majikan tidak menemui laman sosial anda selain linkedln, peluang anda untuk mendapat kerja adalah tipis. 

Elakkan menulis menggunakan bahasa carutan, memuat naik gambar yang tidak senonoh, memaki atau menghina orang lain, mengutuk politik negara, menunjukkan emosi yang berlebihan kerana anda sebenarnya sedang diperhatikan pihak majikan. 

10. Muat naik gambar profesional – Agar pihak majikan dapat menemui anda

Gambar bukan sahaja penting, bahkan boleh dikategorikan sebagai sangat PENTING! Jika gambar anda tidak meyakinkan bahkan menimbulkan rasa ragu-ragu majikan terhadap anda. 

Gunakan gambar yang nampak profesional, namun kelihatan mesra untuk didekati. Selain itu, jangan gunakan gambar lama yang mungkin diambil 10 tahun yang lepas. Jika anda dipanggil majikan untuk sesi temuduga, majikan pasti terkejut kerana perbezaan umur dan wajah yang ketara. Ia juga akan menimbulkan rasa pelik dan curiga majikan terhadap anda yang masih menggunakan gambar lama. 

Share via
Copy link
Powered by Social Snap