5 Tips Menulis Resume Yang Berkesan

Mempunyai resume adalah tiket utama untuk anda mendapatkan kerja. Bukan itu sahaja, resume juga memainkan peranan penting untuk anda naik pangkat serta mendapat kenaikan gaji. 

Untuk menunjukkan anda lebih menonjol daripada calon lain, resume anda perlu ditulis dengan baik bagi menggambarkan bahawa anda lah orang yang berkelayakan. Kerana  ramai calon yang tidak kurang hebatnya seperti anda.

Jadi, bagaimanakah anda dapat memastikan resume yang anda berjaya mendapat perhatian majikan?

Apakah yang anda perlu lakukan untuk memastikan anda mendapat peluang berjaya ke peringkat seterusnya? 

Jawapannya ringkas sahaja: Anda perlu menulis resume yang berkesan untuk mempromosi kemahiran, pengalaman dan pengalaman lama anda agar bakal pihak majikan sedar akan nilai yang anda akan berikan untuk organisasi mereka. 

Berikut adalah 5 perkara yang anda boleh lakukan untuk menulis resume yang terbaik: 

1. Fokus kepada pencapaian (Bukan tugas sahaja)

Pihak majikan tidak ingin ambil tahu semua tugasan anda. Mereka lebih berminat untuk mengetahui apakah pencapaian dan kejayaan lama anda. 

Jika sebelum ini resume anda hanya menyenaraikan senarai panjang tugasan dan peranan yang anda pernah lakukan, sekarang masa yang sesuai untuk memberi nafas baru terhadap resume anda. 

Resume anda perlu memberi penekanan tentang nilai yang anda pernah berikan kepada bekas organisasi dan organisasi semasa. Pencapaian anda lebih efektif untuk menarik perhatian pembaca sekaligus dapat menyingkirkan pesaing anda. 

Contoh pencapaian yang anda boleh nyatakan : 

  • Cara dan strategi anda untuk meningkatkan jumlah jualan
  • Bagaimana anda berjaya mengurangkan kos dan menjadikan bisnes lebih efisien. 
  • Idea baru, inovasi atau perubahan yang diiplementasi dan memberi hasil positif
  • Anugerah khas, penghargaan (ekstra kurikulum atau sijil)
  • Latihan dan bimbingan pekerja baru 
 2. Gunakan contoh kuantitatif

Antara cara untuk menerangkan pencapaian anda kepada pihak majikana dalah dengan memberikan contoh. Gunakan nombor, angka dan statistik untuk mengukuhkan pernyataan anda. 

3. Masukkan kata kunci yang strategik

Misalnya begini, daripada anda menyatakan anda “berjaya meningkatkan hasil jualan”, anda tambahkan nilai berbentuk angka untuk menjadikan pernyataan anda lebih jelas iaiti “Berjaya meningkatkan hasil jualan sebanyak 25% dalam tempoh 6 bulan”. 

Menggunakan kata kunci yang strategik di resume bukan bertujuan untuk menangkap perhatian pembaca semata-mata, tetapi ia juga bertujuan untuk memastikan resume anda terpilih jika pihak majikan menggunakan sistem perisian untuk menapis resume calon. 

Kebiasaannya kata kunci akan diletakkan di poster pengiklanan kerja yang anda lihat. Untuk mengetahui apakah kata kunci yang sesuai, anda perlu perhatikan kata kunci di poster iklan tersebut, kemudian letakkan perkataan tersebut di resume. 

4. Pastikan profil anda menunjukkan kelayakan anda

Resume yang cemerlang akan menarik perhatian pembaca dalam tempoh 10 saat. Anda perlu menjadikan resume anda memberi impresi yang bagus kepada pembaca apabila sekali pandang mereka melihatnya agar mereka terus teruja dan mereka juga dapat mengesan dengan segera kemahiran dan kelayakan anda. 

5. Buang maklumat yang tidak relevan

Pilih maklumat yang benar-benar relevan sahaja untuk diletakkan di resume untuk menekankan nilai diri anda semasa memohon kerja.

Maklumat yang tidak relevan hanya memakan ruang yang banyak dan menyebabkan pembaca tidak berminat untuk membaca resume anda. 

Selain itu, pastikan juga resume anda disesuaikan mengikut keperluan dan kriteria pekerjan yang dimohon.

Misalnya, jika anda sedang memohon kerja sebagai pengurus projek, pastikan resume anda menekankan kemahiran pengurusan projek. 

Akhir sekali, penulisan resume yang berkesan pasti akan memberi anda banyak manfaat dan kebaikan. Kuasai teknik penulisan resume ini dan anda pasti berjaya!

Share via
Copy link
Powered by Social Snap