10 Tips Untuk Berjaya Dalam Setiap Pekerjaan Yang Anda Mohon

Sebelum anda memohon apa-apa kerja, resume adalah perkara pertama yang perlu diambil kira.

Dengan adanya resume, majikan dapat menilai calon pekerja yang memohon pekerjaan manakala bagi calon pekerja pula resume adalah satu peluang yang perlu dimanfaatkan untuk menarik minat calon majikan untuk mengambil anda bekerja. 

Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda gunakan untuk resume anda, tidak kira apa pun jawatan yang anda mohon.

1. Tetapkan resume hanya satu halaman

Pastikan resume anda hanya satu halaman, tidak terlalu pendek dan tidak terlalu ringkas. Ini bermaksud, tidak semua maklumat yang anda perlu letakkan dalam resume anda. Pilih maklumat yang relevan dengan pekerjaan yang dimohon sahaja. 

2. Pastikan ada marjin kosong kiri dan kanan

Resume anda perlu terus menceritakan isi-isi penting untuk mudahkan calon majikan senang membaca resume anda.

Resume anda cukup sekadar menceritakan point-point penting tanpa perlu memanjangkan ayat sehingga meleret-leret. 

Anda juga perlu pastikan ada ruang kosong yang cukup di sebelah kiri dan kanan untuk menjadikan resume anda lebih kemas, tidak serabut dan mudah dibaca. 

Perlu diketahui bahawa majikan mempunyai ratusan resume untuk diteliti,  jika resume anda nampak serabut dan tidak kemas, resume anda ada potensi untuk terus ditolak. Resume yang kemas mempamerkan identiti dan hasil kerja yang kemas. 

3. Buang bahagian Kemahiran dalam resume (Skills section)

Apabila anda meletakkan bahagian kemahiran dalam resume anda, ia menunjukkan anda  kurang pengalaman kerja untuk memenuhkan halaman resume tersebut. 

Abaikan sahaja bahagian kemahiran. Letak pengalaman pekerjaan, pencapaian, projek  anda yang terdahulu dan biarkan sahaja semua maklumat ini yang menjelaskan ‘kemahiran anda’. 

4. Buang bahagian objektif dalam resume (Objective section)

Resume yang anda tulis ini sudah cukup menggambarkan tujuannya iaitu untuk mendapat pekerjaan. Melainkan  jika anda ada tujuan yang unik atau istimewa untuk ditambahkan selain memohon pekerjaan. .

5. Pastikan anda konsisten menggunakan format resume yang dipilih

Format yang anda gunakan mestilah sama sepanjang anda menulis di keseluruhan resume. Setiap Headline (Pengepala) perlu mempunyai saiz, jenis tulisan, dan ketebalan yang sama.

Jarak perkataan dan penggunaan point untuk menulis isi penting juga  harus konsisten. Tujuannya agar pada pandangan pertama sahaja, resume anda kelihatan kemas dan menarik. 

6. Simpan dalam format PDF

Sila simpan dokumen anda dalam bentuk PDF sebelum menghantarnya dalam bentuk e-mel.

Jika calon majikan anda membuka resume anda dalam Format Microsoft Word, formatnya mungkin akan bertukar dan memeningkan majikan anda.

Jadi, pastikan anda simpan dahulu mengikut format pdf agar calon majikan mudah membaca resume anda.

7. Huraikan pencapaian anda dalam bentuk angka

Apabila menulis huraian mengenai pengalaman jawatan anda, jangan hanya menyenaraikan skop atau tugas kerja anda sahaja. Kerana apa yang anda nyatakan, boleh sahaja dicari melalui carian Google. 

Sebaliknya, letakkan kejayaan yang anda telah capai semasa anda bekerja. Majikan suka melihat pencapaian yang dinyatakan dalam bentuk angka. 

8. Ubah suai resume mengikut jawatan / pekerjaan yang dimohon

Luangkan masa untuk menyunting resume anda untuk setiap pekerjaan yang anda mohon.  Langkah yang mungkin nampak tidak penting inilah yang menjadikan anda berbeza semasa proses temuduga. Faktor ini faktor penentu antara anda dan calon lain.

Sertakan kata kunci berdasarkan deskripsi pekerjaan yang anda mohon dalam resume. Gunakan kata kunci yang sesuai yang akan membantu sistem secara automatik untuk memilih resume anda daripada yang calon lain.

9. Jangan menipu

Jangan sesekali menipu maklumat dalam resume meskipun anda tahu resume anda tidak akan meyakinkan pihak majikan. Pihak majikan akan meneliti dahulu resume sebelum memilih calon pekerja untuk proses temu duga.

Semasa sesi temuduga, anda akan ditanya mengenai maklumat-maklumat yang anda sampaikan. Jika anda diketahui telah menipu, anda telah mencemarkan imej buruk nama anda sendiri. 

10. Tunjukkan bakat dan kemampuan anda

Sekiranya anda rasa pengalaman kerja anda masih sedikit dan kurang, tidak ada masalah jika anda ingin meletakkan pekerjaan/pencapaian yang tidak berkaitan dengan jawatan yang dimohon. 

Katakan anda memohon dalam jawatan dalam bidang pemasaran. Anda meletakkan pengalaman kesukarelawanan anda di resume padahal ia tiada kaitan dengan bidang pemasaran.

Meskipun pengalaman anda tidak sepenuhnya relevan untuk jawatan tersebut, pengalaman ini menunjukkan bahawa anda gemar menolong orang lain dan aktif bergaul.

Ciri pekerja begini sangat digemari oleh pihak majikan. Dengan pengalaman sebeginilah, anda boleh menjual potensi diri anda bahawa anda seorang yang cepat belajar dan mampu mempelajari perkara baharu. 

Akhir sekali, jangan putus asa. Mencari kerja sememangnya satu perkara yang memenatkan terutama anda baru sahaja tamat bergraduasi . Tetapi, jika anda mengikut tips ini, insya Allah anda akan berpeluang mendapat kerja yang lebih baik. 

Share via
Copy link
Powered by Social Snap