28 Tips Panduan Bina Profil LinkedIn Yang Dapat Menarik Hati Orang Ramai

Jika ditanya apakah ‘alat” yang paling penting untuk calon pekerja, tentu ramai yang akan menjawab resume dan rangkaian (networking). Kedua-dua jawapan di atas tentunya betul. Tetapi bagaimana jika ada platform yang boleh menggabungkan kedua-duanya? 

LinkedIn adalah platform yang menggabungkan resume dan rangkaian. LinkedIn membolehkan anda untuk berkongsi pengalaman kerja, kemahiran, dan kelayakan dengan bakal majikan.

Bahkan anda juga dapat membina jejaring rangkaian sosial dan berinteraksi dengan mereka disamping dapat menjenamakan diri anda sebagai seorang yang profesional.

Meskipun anda tidak begitu aktif mencari kerja di LinkedIn, sebahagian besar majikan menggunakan LinkedIn sebagai medium untuk mencari calon pekerja.

Oleh itu, pastikan profil LinkedIn anda sentiasa memuatkan informasi yang tepat tentang diri anda. Profil LinkedIn yang sentiasa dikemas kini juga memudahkan klien yang berpotensi atau mana-mana ahli profesional untuk menghubungi anda.

Terdapat 3 panduan utama yang akan membantu anda membina profil LinkedIn yang disukai majikan, iaitu :

  1. Tips umum menggunakan profil LinkedIn
  2. Tips untuk pengguna profil Indivudu 
  3. Tips menggunakan profil LinkedIn anda

Tips umum menggunakan profil LinkedIn 

1. Gunakan LinkedIn anda untuk bercerita dan bina jenama peribadi anda

Semasa anda membina profil LinkedIn anda, anda juga sebenarnya sedang membina personal branding untuk diri anda. Siapakah anda dan bagaimana anda mahu dikenali?

Apa yang membezakan anda daripada rakan pekerja dalam industri anda? Sebaik sahaja anda mengenali ciri personal branding anda, anda boleh menyatakannya di profil LinkedIn anda.

2. Kenali sasaran audiens anda – dan apa kata kunci yang bakal menarik perhatian mereka

Semasa anda sedang membina profil, fikirkan siapa yang akan membacanya — ada kemungkinan ahli profesional dan para majikan dalam industri anda. 

Apakah kriteria yang mereka ingin lihat bagi calon pekerja ? Adakah kemahiran teknikal tertentu yang diutamakan? Atau pengalaman serta kualiti tertentu?

Untuk anda kenal pasti jawapan kepada soalan-soalan tersebut, ikuti cara yang sama seperti anda mengubah suai resume fizikal anda untuk memohon pekerjaan.

Perhatikan  deskripsi tugas untuk jenis pekerjaan yang anda ingin mohon, kemudian cari tahu apakah kriteria yang sering diminta majikan. 

Fikirkan maklumat manakah yang sesuai diletakkan berdasarkan pengalaman anda. Gunakan perkataan dan frasa tertentu untuk menggambarkannya.

Sebagai contoh, mungkin banyak syarikat yang anda minati sedang mencari pengaturcara (programmer) yang mahir dalam “JavaScript” atau pakar pemasar digital yang pengalaman melakukan webinar. Jadi sesuaikan pengalaman anda berdasarkan kriteria yang dikehendaki pihak syarikat. 

Sekiranya anda masih tidak pasti, kenal pasti individu yang berjaya mendapat pekerjaan seperti yang anda inginkan, perhatikan kemahiran dan pengalaman yang mereka tekankan pada profil mereka.

3. Kata kunci kerja di sepanjang profil anda

Setelah anda mengetahui kata kunci yang sesuai, masukkan kata kunci tersebut dalam headline (tajuk utama), summary, pengalaman, kemahiran, dan di mana sahaja tempat yang sesuai diletakkan kata kunci di profil anda.

Namun jangan terlalu jelas menampakkan bahawa anda menulis kata kunci tersebut. Seeloknya kata kunci tersebut disertakan sekali dalam tulisan anda yang lain. 

Di samping itu juga, jangan hanya menulis “Kata Kunci” di bahagian “perihal diri anda” anda atau menulis kata kunci sahaja secara rawak. Buat kajian tentang kata kunci yang sepatutnya diletakkan di profil yang sesuai dengan kerja anda. 

4. Lengkapkan profil anda

Algoritma LinkedIn akan lebih mengutamakan pengguna yang melengkapkan profil linkedln mereka. Untuk memastikan profil anda keluar dahulu berdasarkan hasil carian, pastikan  maklumat di profil anda ditulis lengkap.

Perekrut dan majikan juga akan melihat profil anda dahulu untuk memeriksa adakah anda memohon pekerjaan mereka di LinkedIn atau di laman web lain.  “Profil yang kosong dan tidak bermaklumat pasti tidak akan menarik perhatian calon majikan.

Selain itu, setiap bahagian yang ada adalah satu peluang dan ruang untuk menambah lebih banyak kata kunci dan berkongsikan kisah yang menarik. Jangan lepaskan peluang dengan memanfaatkan betul-betul profil linkedln anda.

5. Fokus pada bahagian paling atas halaman profil Linkedln

Kebanyakan perekrut pasti sibuk, begitu juga kebanyakan ahli profesional. Meskipun jika anda telah melengkapkan profil anda dengan lengkap, jangan sangka semua orang akan membaca apa yang kita tulis di laman profil.

Jadi apa yang anda perlu buat? Maka anda perlu cantikkan profil sejak dari awal lagi. Anda perlu cantikkan bahagian kemahiran, pengalaman, dan kualiti terpenting anda dalam profil.

Selain itu,  cover depan linkdln, gambar profil, tajuk utama, ringkasan, dan pengalaman terkini anda juga perlu dilengkapkan. Dan daripada semua bahagian, yang lebih ditekankan audiens adalah gambar profil dan tajuk utama (headline),

Oleh itu, jika anda ada memenangi anugerah atau mempunyai sijil khusus yang menjadikan anda lebih menarik pada calon lain, jangan tunggu untuk letakkan di bahagian “Pencapaian” atau “Lesen & pensijilan”.

Nyatakan maklumat tersebut ke salah satu bahagian paling atas profil anda. Begitu juga dengan kata kunci. Jangan tunggu ruang “Kemahiran”  untuk menyatakan kepakaran anda.

Tips Untuk Pengguna Profil Individu

6. Buat pautan URL sendiri

Apabila anda membuat satu profil, LinkedIn secara automatik akan memberikan anda URL yang terdiri daripada pelbagai nombor-nombor.

Tapi anda sebenarnya boleh dan digalakkan untuk mengubah URL tersebut kepada pautan URL yang lebih profesional. Pastikan agar URL anda mudah diingati kerana pautan URL tersebut anda akan gunakan untuk dikongsikan kepada ramai orang. 

Kebiasaannya, pengguna LinkedIn akan menukarkan Pautan URL kepada nama mereka sendiri. Untuk lebih kreatif anda boleh menambahkan kata kunci sijil anda di profil untuk memudahkan sistem mengesan profil anda seperti  CPA ( Certified Public Accountant). 

7. Tambah Cover Photo di LinkedIn yang menggambarkan diri anda

Ruang kosong di bahagian header (pengepala) adalah keduudkan terletaknya cover photo tersebut. Oleh kerana cover photo merupakan perkara pertama yang dilihat orang semasa meninjau profil, tentu kita ingin memberi persepsi menarik. 

Di bahagian ini, anda boleh letakkan gambar yang bermakna kepada diri anda sendiri seperti landskap pemandangan yang anda gemar atau gambar anda sedang melakukan kerja atau membuat satu banner dengan beberapa tulisan diatasnya. 

Anda boleh tambah pautan URL laman web peribadi, prinsip diri anda, servis yang anda tawarkan atau bahkan kata-kata hikmah yang menarik. Tidak kisah asalkan ia nampak profesional. 

Jika anda ingin mereka sendiri cover photo anda, Laman Web Canva ada menawarkan pelbagai template cover photo yang anda boleh sunting sendiri secara percuma tanpa apa-apa bayaran. Anda juga boleh gunakan stok foto percuma di laman Unsplash untuk dijadikan cover photo. 

8. Gunakan foto profil yang profesional

Sekarang ini, telefon pintar tidak kira android mahupun iPhone mempunyai gambar resolusi yang tinggi untuk memastikan gambar yang ditangkap adalah jelas dan terperinci walaupun gambar anda tidak diambil secara profesional.

Gunakan gambar yang profesional, bukan gambar anda ke majlis perkahwinan atau program tidak formal. Elakkan juga menggunakan gambar yang memerlukan anda untuk crop gambar orang lain. 

Jika anda ingin menangkap gambar baru, pergi ke tempat yang berdinding kosong dan tangkap gambar anda.

Pastikan anda senyum dan ada pencahayaan yang baik seperti sinar cahaya di tepi tingkap dan pandang betul-betul ke arah kamera.

Jika orang yang  melihat profil tidak senang dengan gambar anda, maka akan lebih susah untuk mereka berhubung dengan anda di sebalik skrin. Berdasarkan saranan LinkedIn, wajah anda perlu memenuhi sebanyak 60% di skrin profil. 

9. Pastikan headline (Tajuk utama) yang ditulis menarik perhatian

Headline anda bukan hanya nama pekerjaan anda. Manfaatkan ruang tersebut untuk menulis siapakah anda dengan lebih profesional dalam satu ayat atau frasa.

Semakin spesifik anda menulis, semakin anda dapat menarik perhatian berbanding rakan-rakan pesaing yang lain. 

Selain itu, beri penekanan terhadap kemahiran spesifik yang anda ingin dikenali dan tulis merangkumi karier profesional anda – Siapa anda dan ke mana hala tuju anda? 

Contohnya : NYS – Pensyarah Kimia berlesen, pakar dalam bidang pendidikan, dan 10 tahun pengalaman bekerja di makmal kajian. 

10. Letakkan maklumat pekerjaan semasa, meskipun sedang menganggur

Apabila perekrut membuat carian di LinkedIn, maklumat yang akan keluar di sistem carian adalah maklumat yang anda letakkan di bahagian pekerjaan semasa.

Jadi, jika anda tidak meletakkan pekerjaan, profil anda tidak akan muncul di bahagian sistem carian. Bukankah ia sangat merugikan? 

Meskipun anda tiada pekerjaan, anda boleh letakkan pekerjaan yang anda cari atau sasarkan. Contohnya koordinator atau pengurus media sosial.

Tetapi, tambah beberapa perkataan lagi iaitu (sedang mencari pekerjaan baru) atau perkataan lain yang serupa untuk menunjukkan bahawa bukan anda sedang bekerja di syarikat tersebut, tetapi anda sedang mencari kerja di syarikat tersebut. 

11. Lengkapkan bahagian pendahuluan 

Jangan lupa lengkapkan ruang kecil di bahagian pendahuluan seperti : 

  • Nama yang anda dikenali sebelum ini: Gunakan bahagian ini (jika anda selesa) untuk meletakkan nama anda yang biasa dikenali sebelum ini. Anda juga boleh memilih siapakah yang boleh melihat nama anda di bahagian tetapan. 
  • Sebutan nama : LinkedIn turut memperkenalkan ciri sebutan nama ini di aplikasi telefon pintar. Jika nama anda sukar disebut atau sebutannya panjang dan susah dibaca mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk menggunakan ciri sebutan nama ini. 
  • Industri: Anda hanya boleh pilih satu sahaja industri di LinkedIn, jadi jika anda ada menceburi industri lain, anda boleh letakkanya di bahagian summary. 
  • Maklumat perhubungan: Anda digalakkan untuk meletakkan alamat emel atau nombor telefon agar pihak perekrut mudah untuk menghubungi anda. Namun, anda perlu berhati-hati apabila meletakkan nombor telefon. Bagi platform media sosial lain, anda boleh letakkanya jika ianya profesional dan sesuai dengan kerja yang anda mohon. 

12. Gunakan bahagian summary anda dengan bijak

Summary anda atau di ruang di bahagian ‘perihal’ (about) adalah ruang di mana anda boleh menunjukkan personaliti anda serta berkongsi cerita anda. Ruang tersebut juga tidak perlu rumit. 

Berikut adalah idea untuk menulis summary: 

  • Perkenalkan diri anda. Siapa anda sebagai individu profesional dan apakah yang anda lakukan? apakah nilai yang anda bawa kepada organisasi yang anda sedang bekerja? 
  • Tekankan kemahiran, pengalaman dan pencapaian dalam bentuk perenggan atau bullet point. 
  • Ceritakan diri anda di luar kerja. Ini hanya satu pilihan, anda tidak semestinya melakukannya. Tapi anda boleh sahaja cuba kerana mana tahu ia dapat menarik minat pihak perekrut, bakal majikan dan rangkaian profesional anda. 
  • Suruh pembaca memberi respons seperti meminta mereka untuk berbincang dengan anda mengenai pemasaran pertumbuhan (growth marketing), hubungi anda jika anda peluang pekerjaan atau apa-apa respons yang anda mahukan dari mereka di bahagian LinkedIn profil. 

13. Pamerkan kepakaran atau kerja terbaik anda di bahagian tampilan ‘Feature Section’

Di bawah bahagian perihal (about section) adalah bahagian tampilan (featured section), yang mana membolehkan anda untuk memuatnaik media, pautan dan artikel LinkedIn serta siaran di bahagian atas profil anda.

Perkongsian kerja yang relevan dengan personal branding anda juga peluang yang baik untuk mempamerkan kemahiran anda. 

Jika anda ada portfolio dalam talian, Bahagian tampilan (featured section) adalah ruang yang bagus untuk anda kongsikan portfolio anda dan tinggi potensi kadar keterlihatan (visibility) kepada pihak pembaca. 

14. Sunting pengalaman mengikut kesesuaian

Jika resume anda perlu disesuaikan mengikut jenis pekerjaan yang anda mohon, LinkedIn profil anda juga sama dan perlu disesuaikan mengikut industri anda sedang bekerja atau industri yang anda berminat untuk ceburi atau jawatan pekerjaan yang anda sasarkan. 

Dalam deskripsi anda, elemen pengalaman yang lepas perlu diberi penekanan agar sesuai sesuai dengan jenis pekerjaan yang anda minta.

Anda juga boleh masukkan pengalaman sukarelawan yang relevan atau projek sekolah di Bahagian Pengalaman Kerja (Work experience section) dan Bahagian Pengalaman Sukarelawan (Volunteering section) serta Bahagian Pendidikan (Education section) yang berada di bahagian bawah profil anda. 

15. Manfaatkan Pencapaian Yang Anda

Antara cara lain untuk mendapatkan kepercayaan serta menawan hari perekrut ialah menceritakan pencapaian anda dengan terperinci selain menyenaraikan sahaja tugasan yang anda lakukan sepanjang bekerja.

Setiap point bukan sahaja perlu menekankan apa yang anda lakukan di tempat kerja lama anda, tetapi bagaimana anda melakukannya, apakah hasilnya dan bagaimana ia memberi impak kepada pasukan serta syarikat. 

Dan jika boleh, masukkan kata kunci yang sesuai untuk menunjukkan kemahiran penting yang anda gunakan dan waktu anda menggunakannya. Serta ceritakan pengalaman dan pencapaian anda dalam bentuk angka. 

Nombor akan membantu pihak perekrut melihat skop kerja anda dan pencapaian anda dengan lebih spesifik. 

16. Tambah pautan dan media di bahagian pengalaman pekerjaan anda 

Anda boleh tambah pautan, gambar, video dan fail di bahagian pengalaman kerja.

Manfaatkan bahagian ini dengan: Menghubungkan pautan laman web syarikat, projek yang anda pernah laksanakan, artikel atau laporan yang anda telah terbitkan atau apa-apa perkara yang memudahkan perekrut melihat kerja anda dengan mata mereka sendiri. 

17. Pastikan maklumat di resume dan LinkedIn anda sepadan

Resume dan LinkedIn tidaklah perlu kelihatan sama. Tetapi maklumat penting seperti jawatan yang pernah anda sandang, ijazah, lesen serta sijil perlu serupa.

Begitu juga dengan tarikh. Elakkan tulis sesuatu maklumat yang bertentangan atau tidak sepadan agar pihak majikan tidak menganggap anda seorang yang tidak jujur. 

18. Tambahkan lesen, sijil, projek, pengalaman sukarelawan, pencapaian dan bahasa

Di bawah bahagian pengalaman kerja dan pendidikan (education and work experience section) terdapat ruang tambahan yang membolehkan anda untuk mempamerkan lagi kompetensi diri anda.

Adakah anda mahir bahasa asing? Adakah anda ada memenangi anugerah yang dikenali ramai atau anda ada menulis artikel di bawah pusat penerbitan yang dikenali ramai? 

Maklumat-maklumat ini perlu dilengkapkan di profil anda untuk mempamerkan bahawa anda seorang yang unik serta menambahkan kata kunci. Tapi ingat, jika kemahiran dan pengalaman ini penting untuk mendapatkan pekerjaan baru, mungkin anda perlu meletakkanya di bahagian lebih atas. 

19. Senaraikan kemahiran anda

Senaraikan kemahiran yang anda ada di profil – tetapi jangan menghadkan untuk meletakkannya di bahagian kemahiran (Skills & Endorsement section ) sahaja.

Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, anda juga boleh meletakkannya di bahagian pengalaman, tajuk utama dan bahagian summary kerja jika ia relevan dan kemahiran tersebut boleh dipasarkan.

Satu bonus tambahan untuk anda jika kemahiran anda boleh mendapat rekomendasi daripada rangkaian anda. (Huraian lanjut di bawah)

Di bahagian kemahiran, anda boleh menyenaraikan sehingga 50 kemahiran, tetapi pihak perekrut hanya akan melihat 3 kemahiran yang disenaraikan paling atas.

Jadi pilihlah 3 kemahiran yang paling utama dan penting untuk diletakkan di tiga bahagian tersebut. Anda juga boleh minta rakan atau kenalan rangkaian anda untuk mengesahkan kemahiran anda. 

20. Usahakan mendapat rekomendasi yang kukuh, relevan dan terkini dari rangkaian anda 

Rekomendasi sangat penting kerana ianya dapat meningkatkan kredibiliti anda sebagai pekerja yang profesional.

Anda boleh meminta bantuan orang yang anda bekerja dengan rapat untuk meminta rekomendasi, tapi sebaiknya anda dapat pastikan bahawa rakan anda tersebut menceritakan point penting yang membantu anda membina imej anda di profil. 

Sebaiknya orang yang merekomendasikan anda tahu apakah matlamat perjalanan karier anda yang seterusnya serta apa kemahiran dan pengalaman yang anda ingin beri penekanan.

Selain itu, pastikan rekomendasi tersebut adalah terkini. Untuk lebih tersusun, mungkin anda boleh jadualkan peringatan dari kalendar untuk mengingatkan anda mendapatkan rekomendasi terbaru sekurangnya 2 kali setiap tahun. 

21. Memberi untuk dapat pulangan 

Untuk mendapatkan rekomendasi, disarankan agar anda yang terlebih dahulu perlu memberi rekomendasi kepada rakan anda. Ini kerana rangkaian anda juga pasti akan melakukan perkara yang sama kepada anda jika anda memberi memberi rekomendasi kepada mereka.

Tambahan lagi, ia juga merupakan satu latihan untuk anda lebih bersosial dengan rangkaian anda. 

Panduan menggunakan profil anda

22. Ambil tahu tentang tetapan Profil 

Jika anda sedang mencari kerja, anda boleh ubah tetapan di profil LinkedIn anda agar pihak perekrut tahu bahawa anda sedang mencari kerja. Jika anda bimbang pihak majikan anda sekarang tahu bahawa anda sedang mencari kerja baharu, anda boleh ubah tetapan dengan menyembunyikan info ini kepada sesiapa sahaja yang bekerja satu syarikat dengan anda. Anda juga boleh memilih siapakah yang boleh melihat profil anda. 

23. Hubungkan pautan LinkedIn anda di resume 

Setelah anda bersusah payah membina profil LinkedIn, jangan lupa untuk menyebarkan pautan LinkedIn anda. Anda hanya perlu berkongsi pautan URL anda di resume. Pihak majikan yang berminat dengan anda boleh terus membuka profil anda di komputer dengan segera. 

24. Menjadi pengguna aktif 

Setelah profil anda siap, jangan abaikan profil LinkedIn tersebut kemudia muncul kembali apabila anda ingin memohon kerja baru. Anda perlu menjadi pengguna yang aktif. Itulah tujuan sebenar kenapa akaun profil ini dibina iaitu untuk bersosial dengan jaringan rangkaian anda. 

Apabila seseorang pengguna mula memberi komen, berhubung dengan rangkaian, menulis kandungan di LinkedIn, LinkedIn akan meningkatkan algorithma pengguna aktif tersebut.

Akaun profil anda akan mudah ditemui oleh rangkaian anda, kemudian jumlah pengikut anda akan bertambah dan ramai pengguna akan melihat profil anda. Secara tidak langsung banyak peluang baru yang akan muncul yang berpotensi untuk menarik bakal majikan.

Jadi aktifkan penggunaan LinkedIn untuk membantu anda membina jenama peribadi di kalangan rangkaian anda, dan pelajari lebih banyak lagi mengenai jawatan, industri dan potensi peluang yang anda. 

25. Bina rangkaian  anda

LinkedIn adalah tempat yang paling sesuai untuk berhubung dengan banyak rangkaian atau kenalan. Sebagai permulaan, anda boleh membina jaringan profesional dengan berhubung dengan orang yang anda sudah kenali.

Kemudian, seterusnya cabar diri anda untuk berhubung dengan individu yang anda belum kenal, yang mungkin dapat membantu mengembangkan karier anda pada masa hadapan. 

Di bahagian LinkedIn alumni, mungkin boleh membantu anda mencari kenalan profesional di kolej anda. Atau anda juga boleh minta berhubung dengan dengan rakan-rakan sekerja anda atau rakan-rakan yang menceburi bidang yang anda minati. 

Anda juga boleh mencari rangkaian melalui kata kunci di enjin carian seperti “pemasar produk”, “akauntan”. 

Tidak kira siapa yang anda minta untuk berhubung, pastikan anda menyusun betul-betul ayat di mesej anda. Ambil perhatian akan maklumat mereka di profil, dan spesifikkan apa harapan anda untuk berhubung. 

Setelah anda berjaya berhubung dengan rangkaian anda, sambung semula perbualan anda. Bersedia dengan soalan untuk ditanyakan mengenai apa yang mereka lakukan, syarikat yang mereka bekerja atau mengenai perkembangan baharu dalam bidang anda. Jangan lupa untuk sentiasa berkomentar di siaran masing-masing untuk lebih mesra dan dekat.

26. Jangan sekadar bina rangkaian – Manfaatkan LinkedIn untuk pembelajaran dan perkembangan diri

Ramai orang menganggap LinkedIn hanyalah platform untuk membina rangkaian sahaja, tetapi sebenarnya LinkedIn juga merupakan platform untuk berkongsi maklumat. Pengguna akan berkongsi cerita dalam siaran mereka untuk berdiskusi dengan para profesional.

Jika ada perkembangan terbaru dalam industri anda, anda boleh mempelajari dengan cara yang lebih interaktif berbanding dengan membuat carian Google. Anda juga boleh tahu apa yang difikirkan orang lain dan dapat menyertai diskusi tersebut. 

Antara ciri-ciri baru yang terdapat di LinkedIn ialah anda boleh belajar dan membangunkan kemahiran baru dan melengkapkan kursus secara langsung di profil anda.

Dengan meninjau profil individu yang sedang bekerja dalam industri yang anda ingin ceburi, ia boleh membantu anda untuk memilih kursus yang tepat untuk diambil.

Atau setidaknya ia dapat membantu anda memberikan gambaran ringkas mengenai kemahiran dan pengalaman mereka. 

27. Mulakan membuat siaran (Post)

Setiap orang di LinkedIn boleh menulis siaran bahkan artikel di platform LinkedIn ini, dan penulisan anda yang membantu anda untuk membina reputasi sebagai seorang yang pakar.

Anda boleh menulis mengenai perspektif anda tentang apa yang berlaku di industri anda, perkembangan yang sedang berlaku dan dalam masa yang sama menonjolkan penulisan anda 

Anda juga boleh berkongsikan artikel dari sumber lain yang relevan dari semasa ke semasa. Jika anda merupakan seorang yang baru dalam bidang anda, “anda perlu ada sumbangan” agar pengguna lain akan perasan kewujudan anda. 

Jika anda tidak bersedia lagi untuk menulis siaran atau artikel, mulakan dengan berkomentar dengan rangkaian anda. Pilih pakar yang anda minati, pemimpin atau sesiapa sahaja yang anda ingin belajar daripadanya.

Kemudian, cuba berhubung di siaran mereka. Anda bukan sahaja mendapat rangkaian baru, dalam masa yang sama anda juga mendapat pengetahuan baru. 

28. Sertai kumpulan LinkedIn

Kumpulan LinkedIn adalah antara cara yang baik untuk mencari orang yang berminda profesional dalam pekerjaan atau industri anda.

Anda boleh berdiskusi topik yang relevan dan lebih berhubung antara orang yang sama bidang dengan anda. Selain itu, ahli kumpulan LinkedIn juga membolehkan anda untuk berjumpa dengan ramai rangkaian. 

Share via
Copy link
Powered by Social Snap