10 Kesalahan Semasa Memohon Kerja Yang Anda Mungkin Pernah Lakukan

Mencari kerja bukan satu perkara yang mudah dan ada kalanya memang memenatkan. Sebenarnya proses mencari kerja ini boleh diibaratkan seperti kita bermain catur.

Untuk memenangi perlawanan catur para pemain perlu menyusun strategi, berfikir, ada perancangan rapi dan yang paling utama perlu ada keyakinan yang tinggi! 

Begitu juga dengan memohon kerja! Jika taktik lama anda untuk memohon kerja hanyalah dengan menghantar resume yang sama kepada semua syarikat, maka sebaiknya anda tukar cara tersebut.

Di bawah adalah 10 kesalahan yang mungkin anda pernah lakukan secara tidak sedar untuk memohon kerja : 

  1. Memberi resume yang sama kepada setiap syarikat yang anda mohon

Sebagaimana yang telah dinyatakan pada awal-awal tadi, jika anda melakukan taktik ini, anda kena ubah segera tau! Kenapa ?

Kerana setiap syarikat yang anda mohon ada kriteria dan kemahiran yang diperlukan. Jadi, jika anda hantar resume kepada syarikat A, boleh jadi ianya tidak sesuai kepada syarikat B,C, D dan E. 

“Jadi saya perlu sunting resume kepada setiap syarikat yang saya hantar lah min? Alaaa lecehlah”

Betul. Anda disarankan untuk menyunting resume dahulu mengikut keperluan yang syarikat inginkan. Agak sedikit leceh, tetapi berbaloi. Bayangkan anda memohon 10 kerja tetapi tiada hasil, berbanding memohon 5 kerja tetapi semua resume mendapat respon daripada pihak syarikat. Ingat! Memohon kerja bukan sekadar kuantiti, tetapi kualiti. 

Katakan syarikat A ingin mencari kriteria pekerja yang bersikap teliti. Maka di resume anda, anda perlu tekankan bahawa anda adalah seorang yang cekap dan teliti.

Tunjukkan bukti kerja anda sebelum ini yang menunjukkan anda seorang yang teliti. Sunting agar resume anda kelihatan “spesifik” yang mugkin yang dapat memenuhi kriteria yang syarikat A inginkan. 

Sebelum hantar, sekali lagi pastikan anda periksa berulang kali adakah maklumat yang anda telah tulis. Jika anda memberikan resume yang maklumatnya umum, ia menunjukkan and atidak serius memohon di syarikat mereka. 

  1. Menyerahkan resume yang tidak profesional 

Jika pihak syarikat meminta anda untuk menghantar resume, jangan bagi mereka resume yang menceritakan tentang kisah hidup anda sepanjang 3 halaman. Errr…. jangan begitu ya..

Pastikan resume anda berobjektif, tepat, relevan dan jujur. Elakkan memasukkan maklumat bersifat terlalu peribadi seperti agama, status perkahwinan, bangsa dan sebagainya.

Maklumat ini tidak akan menyumbangkan anda mendapat kerja bahkan berisiko jika ditakdirkan calon majikan anda seorang yang mengamalkan rasisme. 

Ingat bahawa resume anda adalah penilaian terhadap kemahiran kerja anda, bukan sejarah peribadi. Jika anda belum mempunyai resume, cek artikel kami di sini.

  1. Mohon sahaja mana-mana kerja 

Jangan mohon kerja secara sembarangan atau mana-mana iklan kerja yang anda temui, tindakan tersebut hanya akan bazirkan banyak masa dan tenaga anda sahaja.

Jika anda masih baru untuk mencari kerja, cuba cari pekerjaan berdasarkan apa yang anda suka dan berdasarkan minat anda. Fokus apa yang anda sasarkan, agar anda akan dapat hasil yang berkualiti. 

Manfaatkan laman web mencari kerja seperti JobStreet. Laman web seperti ini akan membantu untuk menapis dan memaparkan kerja yang sesuai kepada anda berdasarkan pilihan tapisan yang anda telah pilih. 

  1. Lebih reaktif berbanding proaktif

Mencari kerja tanpa ada perancangan hanya akan menganggu fokus anda. Anda perlu lebih sistematik untuk mencari kerja.

Senaraikan nama syarikat yang anda dimohon, dan luangkan masa untuk menyelidik syarikat tersebut.

Contohnya, tetapkan matlamat iaitu untuk hadir 4 sesi temuduga dalam sebulan. Jika matlamat anda tidak menjadi, susun semula perancangan agar lebih mudah dilaksanakan. 

  1. Merahsiakan proses anda mencari kerja 

Jika perlu, anda boleh sahaja hampiri kenalan anda untuk meminta bantuan mereka. Biarkan mereka tahu bahawa anda sedang mencari kerja. Minta rekomendasi mereka.

Tidak perlu malu kerana setiap orang, mengalami fasa yang sama. Selain itu, anda juga belum tahu betapa luasnya rangkaian sosial anda. Belum cuba belum tahu…. 

  1. Tidak realistik

Sila selidik dahulu berapakah nilai gaji yang anda perlu daapatkan berdasarkan tahap kerja anda. Selain itu, ambil tahu apakah faedah bersesuai yang anda akan dapat dengan jawatan yang anda mohon.

Apabila anda tahu berapa standard nilai gaji dalam industri anda, ia akan membuatkan anda lebih berjaga-jaga untuk meminta gaji yang lebih tinggi dan faedah bagi orang yang sudah berada alam dalam industri seperti anda. 

  1. Tidak membuat persediaan untuk sesi temuduga

Sematkan dalam fikiran bahawa setiap sesi temu duga kerja adalah pintu utama sebelum anda memperolehi kerja yang diinginkan. Selain resume, pihak majikan juga akan menggunakan proses temu duga ini untuk menentukan calon yang layak mendapat jawatan.

Jadi berlatih dan buatlah persediaan dengan baik sebelum sesi temuduga. Untuk lebih bersedia, anda boleh berlatih dengan kawan.

Jika temuduga dilakukan secara dalam talian disebabkan pandemik covid-19, pastikan anda muat naik terlebih dahulu perisian atau aplikasi yang akan digunakan.

Pastikan juga komputer anda sudah dicas sepenuhnya dan ada line wifi yang stabil bagi mengelakkan gangguan tertutup semasa temuduga dalam talian dijalankan.

Ini saatnya untuk anda meninggalkan persepsi yang baik kepada pihak majikan.

  1. Mengabaikan profil dalam talian

Pernah tak anda mencari perihal bakal majikan di enjin carian Google? Mereka juga mungkin akan melakukan perkara yang sama. Jadi, pastikan anda tidak memuat naik dan membuang semua gambar di mana-mana sosial media yang menunjukkan sisi buruk anda.

Contohnya : Gambar anda sedang mabuk.

Ini tidak bermaksud anda perlu sepenuhnya membersihkan sosial media anda, namun apa yang anda perlu buat adalah pastikan bahawa pihak bakal majikan melihat anda sebagai calon yang layak.

  1. Menggunakan e-mel tidak profesional

Pihak majikan tidak rasa ianya comel dan menghiburkan apabila mereka menemui emel seperti ini [email protected] menghantar resume.

Bahkan mereka rasa ianya satu tindakan yang tidak profesional. Secara tidak langsung, tindakan anda sudah menjejaskan persepsi pertama majikan terhadap anda!

Apabila anda ingin memohon kerja, cipta satu alamat e-mel yang kelihatan profesional dan sebaiknya menggunakan nama anda sendiri dalam emel tersebut.

Contohnya: [email protected]. Penggunaan emel yang menggunakan nama anda sendiri turut memudahkan majikan untuk mengingati dan mengesan e-mel anda. 

  1. Rasa rendah diri dan terus kekal sebegitu

Normal sebenarnya jika anda rasa geram ketika anda tidak berjaya mendapat kerja yang anda mahukan, tapi jangan biarkan perkara ini membebankan anda dalam tempoh yang lama.

Seperti yang kita tahu, ada banyak perkara berlaku di luar kawalan kita, dan ia bergantung kepada kita sendiri bagaimana untuk bertindak balas dengan situasi tersebut. 

Apabila anda menerima alamat emel menyatakan anda ditolak, biarkan sahaja diri anda rasa kecewa untuk Sementara waktu. Sehingga pada satu tahap anda sendiri akan merelakan keputusan itu dan cuba lagi yang terbaik pada waktu akan datang. 

Mencari kerja sebenarnya adalah proses membentuk diri menjadi seorang yang berdedikasi, berkeyakinan dan bersikap profesional. Anda mungkin jatuh sekali, tapi pelru bangkit berkali-kali untuk meraih mimpi anda. 

Kesimpulannya, tanya diri sendiri adakah anda pernah melakukan kesalahan seperti ini semasa memohon kerja? Jika ya, maka anda perlu buat perubahan baru dan pastikan 10 kesalahan seperti yang dinyatakan di atas tidak berulang lagi. 

Share via
Copy link
Powered by Social Snap