Begini Rupanya Cara Pihak Majikan Merekrut Pekerja di LinkedIn!

Pernah tak anda terfikir bagaimana pihak perekrut cuba mencari calon pekerja? Apa yang mereka lihat di profil anda sehingga mereka bertindak menghubungi anda ?

Terdapat beberapa cara untuk pihak majikan merekrut anda. Ada yang menggunakan perkhidmatan LinkedIn percuma, dan ada yang menggunakan perkhidmatan LinkedIn berbayar.

Bagi perkhidmatan LinkedIn berbayar, ia jauh lebih memudahkan pihak majikan meskipun pihak majikan tiada kepakaran dalam bidang yang ingin mereka rekrut. 

Jadi persoalannya bagaimana pihak majikan menemui anda? 

Pertama sekali, mereka perlu log masuk dahulu akaun perekrut LinkedIn (akaun yang khas bagi mencari pekerja). Mereka akan menggunakan nama pekerjaan, kemahiran, syarikat dan industri anda.

Katakan pihak majikan mencari pengurus produk, mereka hanya perlu tulis sahaja di bahagian enjin carian dan akan keluar senarai nama calon pekerja yang berkaitan “pengurus produk” .

Profil anda akan keluar di enjin carian pihak majikan jika anda ada menulis pekerjaan anda sebagai “Pengurus produk” atau “Product manager” di profil anda. 

Gambar di bawah pula, anda akan lihat bagaimana pihak majikan cuba mencari calon pekerja berdasarkan maklumat-maklumat spesifik seperti nama pekerjaan, lokasi, kemahiran, syarikat, pendidikan dan kata kunci. 

Cuba anda lihat di bawah apakah yang ditulis oleh pihak majikan untuk mencari seorang pengurus projek ? 

  • Nama Pekerjaan : Project Manager
  • Lokasi : Singapore, Kuala Lumpur, Malaysia, New Delhi
  • Kemahiran : Bussines Strategy, Analytics, Market Entry, Analysis, Corporate Development
  • Syarikat : IBM, Microsoft, Oracle
  • Pendidikan : Asia Pasific Institute of Information Technology, University Malaya

Jadi berdasarkan dari sudut perspektif majikan, apakah yang anda dapat simpulkan? 

Ya, betul.

Apa yang anda perlu lakukan adalah anda perlu mengisi maklumat yang lengkap dan tepat di LinkedIn agar pihak majikan dapat menemui anda. Jika anda tidak menulis maklumat lengkap, profil anda tidak akan keluar di pihak majikan. 

Anda juga perlu sematkan di fikiran bahawa di LinkedIn, anda yang dicari majikan, bukan anda yang mencari majikan! Jadi persembahkan sebaiknya profil LinkedIn anda. 

Selain itu, bagi akaun perekrut LinkedIn juga, ada satu ciri baru iaitu butang spotlight yang akan memudahkan pihak perekrut melihat siapakah yang pernah berhubung dengan pihak syarikat.

Ciri butang spotlight membenarkan perekrut dapat melihat profil calon yang pernah berhubung dengan syarikat.

Untuk lebih lanjut, ciri spotlight  menyebabkan perekrut dapat melihat :

  1. orang yang pernah berinteraksi dengan pihak syarikat
  2. kemudian calon yang pernah berhubung dengan individu yang bekerja di syarikat
  3. Calon yang sebelum ini pernah memohon pekerjaan di syarikat melalui LinkedIn dan banyak lagi paparan yang akan keluar. 

Pihak syarikat lebih gemar berhubung dengan individu calon yang pernah berhubung dengan syarikat. Jadi, jika profil anda antara profil yang teratas keluar melalui enjin carian, tinggi kemungkinan untuk anda dihubungi oleh pihak majikan. 

Berdasarkan gambar ini, 1000 orang calon keluar di enjin carian, 71 calon pernah berhubung dengan pihak syarikat, 230 calon pernah terlibat dengan jenama pihak syarikat dan 27 orang pernah memohon jawatan yang pihak syarikat tawarkan sebelum ini. Dan mereka inilah calon pilihan majikan untuk diambil bekerja. 

Jadi, apa pendapat anda? 

Kami harap anda jelas dan faham bagaimana pihak majikan ingin mencari calon yang memenuhi kriteria yang mereka inginkan berdasarkan dari perspektif majikan atau pihak perekrut.

Kita dapat lihat dengan jelas bagaimana pihak majikan memanfaatkan data yang mereka ada untuk mencari calon pekerja. Jadi, tugas anda hanyalah melengkapkan profil dengan maklumat yang tepat sehingga pihak majikan menemui anda!

Share via
Copy link
Powered by Social Snap