Temuduga Melalui Panggilan Telefon: Ini Panduan Yang Anda Perlu Tahu!

Di Malaysia, ada majikan akan mengendalikan sesi temuduga melalui telefon. Jadi, anda perlu melakukan persediaan temuduga melalui telefon ini sebagaimana sesi temuduga secara berhadapan dengan berlatih kemahiran temuduga, resensi semula soalan yang akan ditanyakan, dan sediakan senarai soalan untuk anda tanyakan pula kepada pihak calon majikan

Biasanya, selepas anda menghantar e-mel atau aplikasi secara dalam talian, anda akan menerima e-mel daripada pihak majikan yang meminta anda untuk mencari masa yang sesuai untuk melakukan sesi temuduga awal. 

Kenapa pihak majikan menjalankan sesi temuduga secara panggilan telefon? 

Kenapa ya? Pihak majikan akan menggunakan sesi temuduga secara panggilan telefon ini untuk menentukan calon manakah yang sesuai dengan kriteria pekerjaan yang dimiliki. Calon yang berjaya dalam sesi ini akan ke temuduga peringkat seterusnya. 

1. Saringan temuduga 

Pihak perekrut dan calon majikan menjadikan sesi panggilan temuduga secara telefon ini sebagai temuduga saringan untuk menentukan calon yang memohon jawatan yang manakah akan dipilih untuk temuduga secara berhadapan dan melalui video. 

2. Temuduga kedua

Temuduga Panggilan telefon ini juga sering digunakan untuk temuduga pusingan kedua oleh pihak majikan, bagi menjimatkan masa temuduga dan mengurangkan senarai permohonan kepada calon yang paling layak sahaja. 

3. Temuduga mencari pekerja jarak jauh

Apabila pihak majikan ingin mencari pekerja yang bekerja secara bebas atau berada jauh dari syarikat (Remote work), biasanya mereka akan memulakan dengan panggilan telefon untuk sesi temuduga pusingan pertama.

Ini akan menjimatkan masa, kerana tidak semua calon yang sesuai untuk ke pusingan seterusnya yang akan dijalankan secara panggilan video. 

Bersedia menjawab soalan temuduga 

Apabila anda dijemput untuk menjalani sesi temuduga secara panggilan telefon, anda perlu membuat persediaan terlabih dahulu mengenai soalan yang biasa ditanya ketika sesi temudga melalui telefon tersebut. Anda juga perlu mencari soalan yang sesuai untuk ditanyakan kepada pihak penemudga. 

Dari sudut pihak majikan, mereka merasakan calon yang aktif bertanya adalah calon yang berminat untuk bekerja dan calon yang tiada soalan adalah calon yang tidak berminat. Soalan yang ditanyakan kepada pihak penemuduga adalah sama penting seperti jawapan anda semasa sesi temuduga.

Apabila anda bertanyakan soalan, ia bukan sahaja menunjukkan anda berminat, bahkan jawapan yang diberikan boleh membantu anda untuk membuat penilaian adakah kerja ini sesuai dengan anda ataupun tidak. 

Mencari kerja adalah proses yang memerlukan banyak kerja, dan ianya hanyalah tindakan yang siapsia jika semasa temudga secara telefon anda sudah tahu bagaimana budaya syarikat dan pernana yang diberikan tidak sesuai dengan personaliti dan bakat anda. 

Antara soalan yang boleh anda tanyakan kepada pihak penemuduga :

  1. Boleh terangkan apa tanggungjawab utama yang perlu dilakukan untuk jawatan ini?
  2. Apakah kriteria calon yang sesuai untuk menyertai syarikat ini?
  3. Jika saya berjaya diambil bekerja, Bagaimana saya perlu berinteraksi dengan tuan dan jabatan tuan? Dan apakah harapan tuan serta kayu ukur kejayaan saya? 
  4. Bagaimana untuk saya tahu respons hasil kerja yang saya lakukan adakah memenuhi jangkaan pihak tuan?
  5. Bagi pendapat tuan, di mana sudut yang paling mencabar bagi jawatan ini?
  6. Kenapa orang terakhir yang menjawat jawatan ini berhenti?
  7. Boleh tuan ceritakan serba sedikit mengenai budaya syarikat di syarikat ini?
  8. Bagaiamna dengan masa bekerja? Adakah pihak tuan lebih gemar jika bekerja lebih  masa? Bagaiman pula jika perlu travel? 
  9. Adakah syarikat ini menawarkan faedah seperti menampung kos kesihatan dan kos pergigian? 
  10. Apakah jenis kadar persaraan yang ditawarkan kepada pekerja?
  11. Adakah pihak syarikat akan memberi peluang latihan kepada pekerja ?
  12. Adakah pihak tuan memerlukan senarai rujukan ? 
  13. Apakah proses seterusnya selepas berkahirnya sesi temuduga ini?
  14. Bilakah tarikh keputusan temuduga akan dimumkan?
  15. Adakah pihak tuan ada soalan untuk ditanyakan kepada saya?

Bagaimana anda boleh membuatkan pihak majikan kagum semasa sesi temuduga secara panggilan telefon?

Adakah anda seorang yang tidak gemar bercakap telefon? Jangan bimbang kerana sebenarnya anda tidak berseorangan. Teknologi yang wujud pada hari ini, menyebabkan panggilan telefon sudah tidak digemari ramai. 

Namun begitu, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk anda menolak peluang keemasan ini, berikut adalah perkara yang anda boleh lakukan untuk berjaya dalam sesi temuduga anda: 

1. Buat latihan, latihan dan latihan

Sila lakukan satu sesi latihan temuduga dengan rakan anda yang akan bertanyakan anda soalan dan kelayakan sama seperti temuduga sebenar.

Jika anda tidak ada orang untuk melakukan latihan bersama-sama, anda boleh sahaja berlatih seorang diri di hadapan cermin dengan menggunakan soalan popular yang sering dinyatakan oleh pihak majikan.

2. Berada di dalam bilik atau ruang tertutup

Tutup panggilan telefon lain, tukarkan mod telefon kepada mod senyap dan mana-mana peralatan elektronik yang mungkin akan menghasilkan bunyi semasa sesi temuduga.

Sila berada dalam bilik tertutup, agar tiada gangguan lain dan anda boleh fokuskan kepada panggilan telefon dengan bakal majikan semata-mata.

3. Pastikan anda ada bahan-bahan rujukan di sebelah

Letakkan resume, cover letter, dan senarai kemahiran atau apa-apa nota tambahan yang berpotensi ditanya dan letakkannya tepat di hadapan anda agar anda dapat merujuknya jika perlu.

4. Beretika dengan betul

Jangan merokok, makan, atau mengunyah gula-gula getah semasa dalam proses temuduga. Senyum, dan jelaskan jawapan anda, walaupun anda perlu bercakap secara perlahan-lahan dan catatkan perkara-perkara penting jika ada.

Perkara yang paling penting sekali adalah, anda membayangkan diri anda sedang ditemuduga secara berhadapan dengan pihak majikan. Hasil anda adalah cerminan kepada usaha yang telah anda lakukan. 

Share via
Copy link
Powered by Social Snap