Tips Berjaya Temuduga Dalam Talian: Sebelum, Semasa Dan Selepas

Persediaan sebelum temuduga video dalam talian

Tentukan peranti atau perisian yang anda akan gunakan

Jika anda ada mempunyai pelbagai peranti seperti komputer, tablet, telefon pintar dsb, pilihlah mana-mana peranti yang anda selesa dan paling terkini untuk penggunaan teknologi.

Bagi sesetengah orang, mereka lebih selesa menggunakan komputer. Jika anda tiada perisian atau perisian dalam keadaan rosak, pertimbangkan dahulu untuk beli atau pinjam peranti rakan anda. 

Pilih lokasi yang sesuai 

Tempat yang paling ideal dan sesuai untuk anda menjalankan sesi temuduga adalah di bilik yang tertutup yang mana untuk mengelakkan daripada adanya gangguan bunyi.

Selain itu, anda boleh mengawal pencahayaan  dan boleh mengawal kedudukan latar belakang. Anda juga disarankan mengubah suai kedudukan agar pihak penemuduga mudah melihat anda sehingga ke paras pinggang dari dalam kamera. 

Uji dahulu peranti dan teknologi

Uji dan periksa dahulu sambungan Wifi, kamera, pencahayaan, bunyi dan aplikasi video tersebut. Pastikan anda sudah tahu bagaimana ia berfungsu dan guna dahulu sebelum proses temuduga bersama pihak penemuduga dijalankan. 

Berlatih seperti dalam sesi temuduga 

Ini bukan satu kewajipan, tetapi anda disyorkan untuk berlatih dahulu dengan rakan anda, ahli keluarga atau rakan sekerja anda. Supaya anda lehih bersedia dan tidak gementar semasa sesi temuduga dijalankan.

Ada “back-up plan

Sebelum memulakan proses temuduga, pastikan anda ada solusi lain jika berlaku sesuatu yang tidak diduga semasa proses temuduga dijalankan.

Contohnya: Beritahu penemudga lebih awal jika anda sambungan internet mengalami masalah, anda akan bertukar kepada panggilan telefon. 

Buat persediaan lengkap

Jangan langkau bahagian persediaan sebelum temuduga. Buat sedikit kajian mengenai pihak majikan, kemudian cara dan jawapan terbaik untuk respons kepada soalan temuduga yang biasa ditanyakan.

Selain itu, rangka beberapa soalan yang mungkin ditanyakan oleh pihak majikan kepada anda dan tentukan pakaian terbaik untuk sesi temuduga tersebut dan akhir sekali sediakan baju yang sesuai untuk temuduga. 

Persediaan semasa hari temuduga video dalam talian

Periksa sekali lagi peranti yang akan digunakan

Meskipun temuduga dijalankan secara atas talian sahaja, tetapi sesi temuduga ini secara panggilan video tetap merupakan satu sesi temuduga yang mendebarkan, bukan? 

Satu jam sebelum waktu sesi temuduga, pastikan anda buka aplikasi video yang akan digunakan dan periksa adakah ianya berjalan lancar. Periksa jika sambungan Wi-Fi mempunyai masalah atau peranti tiba-tiba rosak untuk digunakan.

Berpakaian kemas dan profesional

Elakkan dari berpakaian terlalu menjolok mata, atau pakaian terlalu santai seperti berbaju tidur, meskipun anda berada di rumah. Pakai pakaian yang kemas dan nampak profesional. 

Untuk lebih selamat, sila selidik dahulu kod pakaian untuk industri yang anda akan ceburi ini. Jika anda tidak pasti untuk memakai pakaian apa, anda boleh sahaja memakai pakaian yang bercirikan bisnes casual.

Kecuali jika profesion kerja anda memerlukan anda berpakaian profesional sepenuhnya, maka anda perlu berpakaian sebegitu. 

Tutup atau hindarkan diri dari sesuatu yang akan menganggu

Sebelum sesi temuduga dimulakan, tutup dahulu aplikasi dan program yang berisiko akan menganggu sesi temuduga tersebut. Selain itu, pastikan telefon anda dalam keadaan mod senyap agar tidak menganggu anda. 15 minit sebelum sesi temuduga dijalankan, buat persiapan terakhir anda. 

Jaga perlakuan non-verbal

Pastikan mata anda sentiasa memandang pihak penemuduga dan senyum pada masa dan waktu yang sesuai. Duduk dalam keadaan postur badan yang tegap. Ambil tahu serba sedikit kepentingan bagaimana bahasa badan sebenarnya mampu mempengaruhi sesi temuduga. 

Pandang tepat ke kamera

Semasa sesi temuduga, pandang tepat ke kamera bukan di skrin peranti atau komputer anda. Agar anda dapat mengawal pandangan mata anda kepadanya. 

Komunikasi 

Jangan diam, cuba untuk respon dan bercakap dalam bahasa yang santai, sebagaimana dalam sesi temuduga yang dilakukan secara berhadapan.

 

Tengok nota (Jika perlu sahaja)

Berbeza dengan temuduga secara berhadpaan, jika perlu anda boleh sahaja melihat nota yang diletakkan di hadapan anda untuk anda melihat isi penting yang perlu dibicarakan di hadapan penemudga, namun jangan terlalu kerap. Jika tidak, ia menampakkan tindakan anda yang agak pelik. 

Tindakan selepas sesi temuga panggilan video 

Tulis nota terima kasih

Seperti mana-mana sesi temuduga, temuduga sceara panggilan video juga sama. Hantar mesej dengan ucapan terima kasih kerana telah sudi meluangkan masa untuk anda. 

Hantar mesej Susulan (Follow-up)

Proses untuk melantik pekerja adalah proses yang panjang dan kadang kala sesi temuduga perlu dilakukan banyak kali, jadi anda perlu bersabar. Tetapi itu tidak bermakna anda perlu berhenti daripada menghantar mesej susulan untuk menyatakan minat anda mengenai kerja tersebut. 

Jika pihak penemuduga memberitahu anda tarikh mereka akan mengumumkan keputusan temuduga, jangan hubungi mereka pada tarikh tersebut. Hubungi mereka jika anda tidak mendapat keputusan temuduga, selepas tarikh tersebut. 

Share via
Copy link
Powered by Social Snap