4 Perkara Wajib Yang Perlu Diletakkan Di Resume Latihan Industri Anda

Latihan industri merupakan perkara yang wajib dillaui oleh setiap graduan untuk graduasi. Namun, sebelum itu anda perlu menyiapkan resume terlebih dahulu untuk memohon syarikat yang anda inginkan.

4 perkara yang perlu ada dalam resume latihan industri anda ialah summary, pengalaman kerja, pendidikan dan kemahiran.

Berikut adalah panduan untuk menulis keempat-empat bahagian penting yang perlu diletakkan di resume latihan industri anda:

1) Bahagian summary

Summary adalah peluang yang tepat untuk anda menonjolkan pengetahuan dan personaliti untuk berjaya dalam latihan industri.

Meskipun resume anda mungkin nampak sama seperti pemohon latihan industri yang lain, namun profil anda adalah kepunyaan anda. 

Ini masanya untuk anda bersikap lebih kreatif dan menunjukkan kepada majikan anda siapa diri anda dan andalah calon yang layak untuk diterima sebagai pelatih latihan industri. 

Antara tips untuk menarik perhatian pihak majikan di bahagian resume adalah:

1. Buat sedikit kajian mengenai kualiti yang perlu ada bagi melayakkan anda mendapat tempat untuk latihan industri dan kerjaya anda. 

Nyatakan pada ayat pertama lagi bahawa anda mempunyai kualiti tersebut. Ini kerana pihak majikan ingin meminimakan risiko apabila menerima pelatih latihan industri, jadi tunjukkan kepada mereka, bahawa anda ada kualiti yang dicari mereka. 

2. Analisis deskripsi pekerjaan latihan industri. Apabila anda sudah faham apa yang dikehendaki majikan, gunakan kriteria tersebut untuk menerangkan kemahiran atau kualiti yang anda pada diri anda menggunakan kata kerja aktif. 

3. Kata kerja aktif menunjukkan apa yang anda pernah capai dan apa anda boleh capai. 

4. Tunjukkan pencapaian anda. Ceritakan mengenai kejayaan yang anda berjaya capai atau masalah yang anda pernah selesaikan. Ini menunjukkan bahawa anda faham kenapa anda memohon kerja tersebut. 

Contoh summary: 

Sebagai pelajar kolej, saya mencari peluang untuk menimba ilmu di Syarikat Megah Holding.

Dengan pengetahuan yang mendalam dalam bidang pemasaran media sosial dan kemahiran komunikasi yang baik, saya yakin saya dapat berkhidmat di syarikat tuan/puan sebagai pelatih industri.

Saya akan berdedikasi, bersungguh-sungguh dan komited untuk menjadi seorang yang pekerja yang mandiri serta ahli pasukan yang baik. 

2) Bahagian pengalaman bekerja

Pengalaman adalah sesuatu yang sangat berharga, lebih dari sekadar pekerjaan yang pernah anda lakukan.

Pihak majikan tahu bahawa anda sebenarnya tidak mempunyai banyak pengalaman, namun apa yang mereka mahu tahu adakah anda seorang yang bertanggungjawab, serius melakasanakan kerja, mempunya kemahiran interpersonal atau teknikal. 

Berikut adalah kategori kerja yang anda boleh senaraikan di resume anda untuk latihan industri:

  • Pengalaman latihan industri yang pernah dilakukan meskipun ia tidak sama dengan bidang yang anda ingin ceburi. Ini menunjukkan bahawa anda seorang yang berdedikasi untuk memperolehi pengalaman kerjaya anda. 
  • Kerja yang pernah dilakukan sama ada menjadi pengasuh, penjual atau pekerja kedai makan. Perincikan mengenai kemahiran anda, tugas yang anda laksanakan, atau masalah yang anda selesaikan. Jika sesuai, kaitkan pengalaman pekerjaan anda dengan kriteria yang dikehendaki untuk latihan industri. 
  • Pengalaman sukarelawan meskipun ia merupakan satu aktiviti wajib yang ditetapkan oleh pihak universiti untuk bergraduasi. Jika anda menggunakan kemahiran yang sesuai dengan kerjaya anda, senaraikannya di resume anda. Kadang-kadang pengalaman sukarelawan sangat berguna meskipun ia langsung tidak berkaitan dengan bidang profesional. 
  • Projek persendirian seperti penulisan blog yang memberi penekanan mengenai penulisan anda, laman web yang dibangunkan oleh anda dan rakan-rakan, projek teater, dan sebagainya. Perkara ini berguna untuk diletakkan di resume latihan industri anda. 

Contoh pengalaman pekerjaan: 

  • Telah meningkatkan produktiviti di tempat kerja dengan memastikan suasana kerja adalah rapi & tersusun
  • Menggunakan perisian program yang maju dan telah menggunakan komunikasi yang efektif dengan rakan sekerja
  • Mematuhi jadual kerja dan mengutamakan tugasan kerja
  • Menggunakan kemahiran pengurusan yang saya miliki untuk menyelesaikan semua operasi kerja di meja hadapan seperti menyambut tetamu dan pendaftaran mengikut masa yang ditetapkan

3) Bahagian pendidikan

Kelas pengajian anda merupakan satu tempat untuk anda menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman.

Di bahagian ini, anda mempunyai peluang untuk menerangkan bagaimana pendidikan menjadikan anda calon yang berkelayakan untuk latihan industri. 

Tetapi ini tidak bermakna anda hanya perlu menyenaraikan nama kolej dan tahun anda bakal graduasi.

Sebaliknya anda perlu menyenaraikan apa yang anda telah pelajari dan telah aplikasikan dalam kehidupan anda. 

Cuba anda perhatikan kursus yang anda telah pelajari atau silibus mengenai kemahiran yang boleh dipelajari dan dipindahkan.

Kemudian, beri penekanan terhadap kata kunci dan projek yang anda selesaikan anda berkait dengan latihan industri yang anda mohon. 

Tahap akademik anda adalah ‘kerjaya semasa’ anda, jadi manfaatkan ia dengan sebaiknya.

Selain itu, analisis deskripsi latihan industri untuk kemahiran dan tekankan kata kunci tersebut dalam resume anda. 

Jika anda ada portfolio, case study, projek yang dilaksanakan semasa di universiti maka anda boleh kongsikannya dalam resume latihan industri anda. Senaraikan juga pencapaian dan anugerah yang pernah dimiliki. 

Berikut adalah contoh bahagian pendidikan yang anda boleh gunakan : 

Cara menulis tahap pendidikan di resume

  • 2012-2016 : Unversiti Sultan Zainal Abidin, Diploma TESL
  • 2016-sekarang : Universiti Teknologi Malaysia, Ijazah Sarjana Muda TESL

4) Bahagian kemahiran

Bahagian ini perlu ditulis berdasarkan tempat latihan industri yang dimohon.

Pertama sekali, tulis semua kemahiran meskipun kemahiran itu tidak relevan. Kerana anda akan brainstorm semula kemahiran yang anda miliki untuk diletakkan di dalam resume.

Selain itu, sesetengah kemahiran memerlukan perincian. Dengan memberitahu pihak majikan bahawa anda boleh berkomunikasi dengan baik sahaja tidak cukup. 

Sebaliknya, berikan contoh bagaimana anda berkomunikasi dan hasil yang diperoleh dari komunikasi tersebut. 

Kebanyakan kemahiran yang memerlukan konteks sosial & profesional adalah dikenali sebagai kemahiran insaniah (soft skill). 

Ia terdiri daripada kemahiran interpersonal seperti seni komunikasi, kemahiran mendengar & kemahiran yang tidak dapat diukur dengan kuantiti namun sangat penting bagi majikan. 

Berdasarkan sebuah kajian pada 2017, pihak majikan mula mencari majikan yang ada kemahiran berikut:

  • Kemahiran memproses maklumat
  • Kerjasama pasukan
  • Perancangan/ Keutamaan
  • Kemahiran membuat keputusan/menyelesaikan masalah
  • Kebolehan berkomunikasi secara lisan 

Contoh kemahiran yang boleh diletakkan di resume:

  • Kerjasama berpasukan
  • Bermotivasi 
  • Mampu berkomunikasi secara lisan & mampu menulis dengan baik
  • Mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris
  • Pandai menggunakan Microsoft Excel
Share via
Copy link
Powered by Social Snap