8 Tips Bagaimana Anda Boleh Manfaatkan LinkedIn Untuk Mendapatkan Kerja Impian Anda

Berdasarkan kajian dari laman web Jobvite, 87% perekrut menggunakan LinkedIn untuk mencari calon yang ideal. Jadi, LinkedIn manfaatkan LinkedIn sepenuhnya untuk mendapat kerja. 

Penuhkan Profil Anda Dengan kata Kunci dan Gunakan Ia Berulang kali

Untuk memastikan pihak majikan menemui profil anda, anda perlulah masukkan perkataan yang sesuai dan tepat. Pastikan juga bukan perkataan terbitan atau sebagainya. 

Untuk memilih kata kunci yang betul juga, cuba anda bayangkan bagaimana pihak perekrut memikirkan kata kunci yang sesuai untuk menemui pekerja yang ideal. 

Contohnya: 

  1. Seorang perekrut ingin mencari seorang pengarah kewangan, perkataan kata kunci yang akan digunakannya ialah GAAP ( generally Accepted Accounting Principles), bajet, saham atau microsoft excel. Pilih kata kunci yang sesuai di iklan deskripsi pekerjaan. 
  1. Seorang perekrut ingin mencari pengurus projek. Jika di profil anda ada perkataan “Pengurusan Projek”, maka pihak perekrut tidak akan dapat menemui anda. 

Setelah anda menulis kata kunci, pastikan kata kunci tersebut ditulis berulang kali agar profil anda adalah yang teratas keluar di bahagian carian.

Akhir sekali, anda perlu pastikan agar perkataan kata kunci tersebut adalah tepat kerana sedikit perubahan perkataan sahaja boleh menyebabkan profil anda tidak ditemui oleh pihak majikan.  

Gunakan kod kawasan yang betul 

Sesetengah majikan menginginkan calon pekerja yang tinggal berdekatan. 

Jika anda ingin mencari kerja di Kuala lumpur tetapi tinggal di Negeri Sembilan, maka pihak majikan tidak akan menemui profil anda.

Anda perlu menukar kod kawasan kepada Kuala Lumpur agar pihak majikan dapat menemui anda. 

Anda juga boleh memilih bagaimana lokasi anda akan keluar kepada pengguna yang melihat profil anda.

Di sini pentingnya anda meletakkan zip kod yang betul. Profil LinkedIn anda akan menunjukkan kawasan tempat tinggal anda, bukan kawasan yang anda hendak bekerja. 

Dapatkan sekurangnya 3 rekomendasi

Anda disyorkan untuk menerima 3 rekomendasi sekurang-kurangnya dari rangkaian yang pernah bekerja untuk anda ataupun anda yang pernah bekerja dengan orang lain.

Rekomendasi dari rangkaian profesional untuk profil anda merupakan satu nilai tambah yang sangat berguna. 

Pilih industri yang betul

Anda hanya boleh memilih satu industri sahaja, jadi pastikan apa yang anda pilih adalah yang paling tepat.

Jika anda ingin mencari pekerjaan pengarah kewangan dalam bidang farmasi, maka industri anda adalah farmasi, bukan kewangan. 

Luaskan rangkaian anda

Mula-mula anda menyertai LinkedIn, anda perlu membuat akaun profil dahulu.

Kemudian untuk langkah kedua, anda akan mula meluaskan rangkaian kenalan anda. 

Untuk meluaskan rangkaian, mulakan berhubung dengan orang yang anda kenali, seperti rakan se-universiti atau rakan-rakan kerja anda.

Kemudian, bina kenalan melalui program dan sebagainya. 

Kemudian, cari kumpulan-kumpulan di LinkedIn yang boleh anda sertai mengikut bidang atau industri anda.

Jika anda seorang kakitangan hospital, cari kumpulan yang membincangkan isu kesihatan dan sebagainya. Jika anda seorang jurutera, cari kumpulan yang mendiskusikan perihal kejuruteraan. 

Selain itu di LinkedIn, ada 3 jenis kategori rangkaian, iaitu : 

  1. Rangkaian tahap 1 – Rangkaian ini adalah kenalan yang anda sudah kenal antara satu sama lain. 
  1. Rangkaian tahap 2 – Rangkaian ini pula adalah rangkaian yang bukan kenalan anda, tetapi anda kenal individu yang menghubungkan anda dengan mereka. 
  1. Rangkaian tahap 3 – Rangkaian tahap ini adalah individu di LinkedIn yang mempunyai hubungan dengan kenalan tahap 2 anda. 

Anda perlu membina ramai kenalan di tahap kedua agar pihak majikan mudah menemui anda.

Jika anda hanya berinteraksi dengan individu di tahap ketiga, bagi pihak perekrut ia tidak memberi apa-apa makna.

Bahkan rangkaian tahap pertama juga tidak sepenting rangkaian tahap kedua. 

Di samping itu juga, juga perlu anda sekurang-kurangnya 200 orang kenalan.

Apabila sudah ada sekurangnya 200 orang, sasarkan kepada 300, kemudian 400 dan tingkatkan lagi angka kenalan anda agar terus bertambah. 

Dengan adanya kenalan-kenalan ini, ia akan membantu anda dalam pelbagai perkara.

Contohnya jika tahu siapakah pihak majikan dan anda ada kenalan tahap kedua, maka anda boleh minta kenalan ini menghantar resume anda kepada pihak majikan. 

Letakkan emel atau nombor telefon (Hanya pilihan)

Kenapa perlu meletakkan nombor telefon? Agar pihak majikan dapat menghubungi anda segera apabila mereka melihat profil anda.

Namun ia juga bergantung atas keselesaan anda, sebab bagi sesetengah individu nombor telefon perkara peribadi yang tidak boleh dikongsi begitu sahaja, 

Jika anda bimbang majikan anda di syarikat sekarang mengetahui bahawa anda sedang mencari kerja baru, di bahagian ringkasan anda boleh nyatakan begini  : 

“Saya berminat untuk berhubung dengan sesiapa sahaja yang ingin berkongsi atau berdiskusi mengenai pasaran saham atau sohor kini (trend) kewangan.

Jika anda berminat boleh hubungi saya di [email protected]” 

7. Jadilah pengguna aktif LinkedIn

Anda perlu kerap membuat hantaran bahkan digalakkan membuat hantaran setiap hari agar lebih kerap berhubung dengan rangkaian profesional anda.

Banyak perkara yang anda boleh kongsi dan tidak semestinya anda hanya perlu mengepos kandungan original sahaja.

Anda boleh sahaja mengepos hantar dari sumber lain tapi pastikan apa yang anda kongsi memberi manfaat dan selari minat rangkaian anda.

Elakkan kandungan negatif dan kontroversi. Pastikan anda sentiasa ebrsikap profesional. 

Sentiasa periksa akaun LinkedIn anda berulang kali

Setelah anda melakukan perkara di atas, akhir sekali anda perlu sentiasa periksa akaun LinkedIn anda mana tahu pihak majikan ada menghantar tawaran pekerjaan kepada anda. 

Pihak majikan sudah berminat dengan anda, namun anda sahaja yang tidak peka kerana jarang memeriksa akaun anda.

Jadi, selepas ini, pastikan anda sentiasa periksa sekurangnya sekali sehari, okay? 

Share via
Copy link
Powered by Social Snap