3 Tips dan Trick Bina LinkedIn Profil Yang Meyakinkan

LinkedIn merupakan satu aplikasi profesional mudah alih yang kini mendapat perhatian pengguna. Di LinkedIn anda boleh membina rangkaian, mencari prospek sehinggalah anda boleh mendapatkan kerja.

Ada pengguna LinkedIn yang berjaya memanfaatkan sepenuhnya medium LinkedIn ini, dan ada yang tidak berjaya.

Apakah rahsia yang mereka tahu tetapi anda tidak tahu? Jom kita selongkar tips dan trick untuk menjadikan profil anda lebih meyakinkan!

Kemaskini bahagian penting di profil LinkedIn anda

  1. Headline

Pertama sekali anda perlu uruskan tajuk utama (headline) terlebih dahulu. Anggap headline LinkedIn anda sebagai ayat ringkas persembahan diri anda atau online pitching.

Jadi ayat headline anda perlu ditulis dengan menarik agar sekali pandang sahaja sudah dapat menarik golongan pembaca. 

Ramai golongan profesional berpendapat bahawa headline merupakan perkara utama yang perlu diberikan penekanan di setiap sosial media.

Selain itu, LinkedIn juga akan menyelaraskan semua jawatan kerja yang sesuai berdasarkan headline yang anda tulis. Sebab itu, sangat penting untuk anda menulis headline yang bagus.

2. Pengalaman kerja

Seterusnya, senaraikan pengalaman kerja anda yang terdahulu di bahagian pengalaman kerja.

Kemudian, bahagikan tugas utama kepada beberapa pecahan serta huraikan lebih lanjut mengenai pencapaian yang anda pernah capai. 

Contohnya anda seorang Pegawai Perhubungan Awam.

Bahagikan tugas utama kepada beberapa pecahan seperti pengurusan media, kandungan media, pengurusan akaun dan sebagainya dan sertakan sekali pencapaian anda.

Dengan memecahkan tugas anda kepada bahagian kecil dan menceritakan pencapaian anda, bakal majikan dan perekrut dapat melihat bakat serta kerja yang sesuai dengan anda. 

3. Kemahiran

Akhir sekali, bahagian penting seterusnya merupakan bahagian kemahiran. Anda perlu memilih kemahiran yang benar-benar sesuai dan tepat dengan diri anda.

Anda boleh tambahkan sehingga 50 kemahiran, namun hanya 3 kemahiran pertama yang anda pilih sahaja akan muncul di profil anda. Jadi pilih kemahiran yang tepat. 

Lihat dari perspektif visual 

Media sosial merupakan saluran komunikasi secara visual dalam dunia digital, di mana pengguna juga lebih berorientasikan visual. Jadi kecenderungan pengguna-pengguna ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya. 

Pertama, anda perlu bina gambar latar belakang yang sesuai dengan personaliti diri anda.

Ini kerana setiap apa yang ada di resume anda, adalah ‘selling point’ diri anda dan kemahiran anda.

Buat foto latar belakang yang khas semata-mata untuk profil LinkedIn anda agar profil anda kelihatan lebih menonjol. 

Di samping itu juga, untuk menjadikan profil anda lebih meyakinkan, anda perlu meriahkan kandungan media di profil anda kerana pengguna visual kini semakin berminat dengan kandungan visual.

Contohnya anda boleh muat naik Pembentangan PowerPoint, gambar atau video yang membantu untuk mempromosi diri atau jenama peribadi anda. 

Bagi gambar foto profil pula, anda perlu menggunakan gambar yang profesional, bukan gambar swafoto, bukan gambar haiwan belaan atau pun perkara yang tidak berkaitan. 

Ikut dan berhubung dengan pengguna lain

Nilai LinkedIn anda akan bertambah apabila rangkaian dan pengikut anda bertambah. Dan jika lebih banyak rangkaian anda, lebih banyak peluang pihak perekrut menemui anda. 

Untuk menonjolkan kehadiran anda di LinkedIn, caranya hanyalah berinteraksi dengan pengguna lain.

Jika anda segan untuk menghantar jemputan untuk berkenalan, anda boleh selitkan nota melaui mesej.

Dalam nota tersebut, ceritakan siapa diri anda, bagaimana anda kenal mereka, dan kenapa anda ingin menjadi rangkaian mereka. 

Untuk menambah rangkaian, anda perlu konsisten, dan mempunyai strategi untuk berinteraksi dengan rangkaian anda. 

Antara perkara yang anda boleh berinteraksi dengan rangkaian anda adalah ucapkan tahniah sempena hari lahir, hari ulang tahun atau pekerjaan baru mereka.

Selain itu, jangan lupa tekan butang suka atau hantarkan mesej khas kepada mereka dengan ucapan tahniah. 

Ini kerana cara untuk terus mendapat perhatian dari pengguna LinkedIn lain adalah anda perlu pastikan hantaran (posting) anda sentiasa aktif.

Algorithm LinkedIn akan mengutamakan pengguna yang kandungannya aktif dan relevan terhadap pengguna mereka. 

Jadi tidak dapat tidak jika anda ingin profil anda menonjol serta nampak meyakinka, anda perlu jadi aktif dalam platform LinkedIn.

Anda boleh memberi perkongsian mengenai isu relevan dalam industri anda dan dalam masa yang sama tetap aktif berinteraksi dengan menyukai dan memberi komen di pos pengguna lain. 

Interaksi yang bernas dan bermanfaat akan menjadikan anda lebih terkehadapan.

Menyukai foto atau hantaran (posting) adalah satu tindakan yang baik, tetapi tidak begitu memberi impak. Impak yang lebih berkesan adalah memberi respons atau berkongsi hantaran (share post). 

Di LinkedIn, anda juga digalakkan untuk menyertai kumpulan LinkedIn.

Tahukah anda setiap pengguna sebenarnya boleh menyertai sehingga 50 Kumpulan LinkedIn? 

Dengan menyertai banyak kumpulan, semakin tinggi potensi anda untuk lebih menyerlah.  

Semasa menyertai kumpulan, anda akan diberi pilihan untuk memaparkan logo Kumpulan di profil anda atau tidak.

Anda juga ada pilihan untuk memilih mesej serta notifikasi yang anda hendak terima. Jadi, jangan bimbang, privasi anda tidak akan terganggu. 

Tips Tambahan: Anda boleh cuba nikmati 30 hari percuma menggunakan LinkedIn premium dan batalkan penyertaan anda selepas 30 hari. Manfaatkan 30 hari percuma ini untuk mengakses banyak perkara!

Share via
Copy link
Powered by Social Snap