5 Tips Menulis Summary (Rumusan) di LinkedIn Agar Profil Anda Lebih Menyerlah

Apabila anda sedang mencari kerja, anda perlu menulis banyak perkara seperti resume, cover letter, dan sebagainya. Jadi bukan satu perkara yang pelik jika anda terlepas pandang untuk menulis summary di LinkedIn. 

Nanti dulu, kenapa menulis summary sangat penting? 

LinkedIn Profil anda merupakan perkara pertama yang akan keluar apabila pihak perekrut membuat carian di Google.

LinkedIn menjadi tempat bagi perekrut untuk membuat pilihan bagi menilai kapasiti profesional peringkat permulaan dan penilaian pertama bermula dengan menilai summary anda. 

Jika summary anda dapat meyakinkan pihak perekrut, mereka akan semakin berminat dengan anda. 

Jadi, jom kita lihat lebih lanjut tips menulis summary LinkedIn :

  1. Kekalkan peribadi anda

Benar, LinkedIn merupakan platform dalam talian yang dicipta untuk tujuan profesional. Tetapi pihak majikan dan perekrut bukan mahukan profil atau resume untuk mengisi jawatan kosong

Mereka mencari manusia. Manusia sebenar, lelaki atau perempuan yang kaya idea dan kesungguhan.

Jadi, salah satu tips penting untuk menulis summary adalah anda perlu menunujukkan gaya peribadi anda.

Ceritakan kepada pembaca apa yang anda lakukan, kenapa anda melakukannya, apa prinsip anda dan sebagainya.

Dedahkan karakter diri anda, kerana itulah yang menjadikan anda berbeza dengan rakan-rakan anda yang lain. 

  1. Tunjukkan nilai anda

Apabila anda ingin berbicara mengenai kerja anda sekarang, karier anda kejayaan anda atau apa-apa perkara lain sekalipun, jangan hanya sekadar bercerita tentang apa yang anda lakukan. Tunjukkan juga kepada pembaca akan nilai anda. 

Anda tidak perlu menceritakan semua kemahiran anda, tetapi ceritakan bagaimana anda memanfaatkan kemahiran tersebut. Tunjukkan kepada mereka apa pencapaian anda secara spesifik. 

  1. Pastikan ada jarak di setiap perenggan

Summary LinkedIn anda boleh mencecah 2000 patah perkataan. Ia merupakan satu jumlah yang agak panjang dan boleh membantutkan keinginan pembaca untuk membaca summary anda. 

Kami sarankan anda untuk pecahkan summary anda kepada beberapa bahagian. Jarakkan setiap perenggan untuk asingkan bahagian pengenalan, nilai, kekuatan, pencapaian serta perkara-perkara menarik yang lain yang ingin diceritakan.

Meskipun perkara ini mudah sahaja untuk dilakukan, tetapi ramai yang terlupa untuk melakukannya. Percayalah tips ini akan menjadikan summary anda lebih seronok untuk dibaca!

  1.  Tarikh perhatian pembaca bermula dari ayat pertama

Setiap perkataan summary anda akan diambil perhatian, tetapi ayat pertama lah yang akan memberi impak.

Apabila 250-300 patah perkataan pertama yang dibaca oleh pembaca kelihatan menarik, maka para pembaca tidak ragu-ragu lagi untuk klik “see more”. 

Bagi mereka yang menggunakan telefon pintar pula, mereka dapat melihat ayat summary yang lebih pendek iaitu sekitar 20-25 patah perkataan sahaja pada permulaan.

Sebab itu ayat pertama sudah perlu menarik perhatian pembaca terutama bakal pihak majikan dan perekrut. Jangan bazirkan ruang ini untuk memperkenalkan diri anda dengan ringkas, dan terus ceritakan isi penting yang hendak disampaikan. 

  1. Gunakan kata kunci 

Menggunakan kata kunci adalah perkara yang lebih utama. LinkedIn boleh diibaratkan sebagai enjin carian.

Ia akan mengimbas kandungan profil untuk menunjukkan keputusan yang relevan, jadi anda perlu pastikan agar profil anda boleh ditemui. 

Cuba imbas deskripsi kerja yang anda suka, dan cuba lihat perkataan yang digunakam untuk menggambarkan kriteria tersebut. 

Masukkan perkataan yang sama (atau mungkin nama pekerjaan atau jawatan) di summary profil anda agar bertambahnya carian yang dapat menemui profil anda. 

Lebih mudah profil anda ditemui, maka lebih tinggi peluang anda untuk menarik perhatian pihak perekrut!

Share via
Copy link
Powered by Social Snap