4 Panduan Menulis Resume Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Dengar Sebelum ini!

Tahukah anda bahawa pihak perekrut hanya mengambil masa selama 6 minit untuk menilai resume anda? Tetapi ini tidak bermakna anda tidak perlu menulis resume sambil lewa. 

Adakah anda sudah ada sasaran kerja idaman anda? Untuk mencapai kerja idaman anda, resume anda yang terlebih dahulu akan dinilai – dan ini memerlukan anda untuk menulis cerita yang profesional dan nampak menarik. 

Betul, bukan senang untuk melakukannya dan bagaimanakah cara yang sesuai untuk anda menceritakan pengalaman anda, dalam bentuk menarik dan relevan? 

Claudia Telles, seorang jurulatih kerjaya telah berkongsi tips menulis resume yang pastinya akan membantu anda untuk menulis resume dengan baik dan dapat melepasi sistem tapisan resume yang digunakan oleh pihak majikan. 

Berikut adalah saranan daripada Claudia.

1. Tambahkan bahagian summary di resume dan sentuh serba sedikit mengenai jawatan yang dimohon

Contohnya : As a motivated and ambitious with [hard and/or soft skills], I’m ready to leverage my experience in [skills] for a [job title you’re applying for] role

Sebagai seorang yang bermotivasi dan bercita cita tinggi saya bersedia untuk mengembangkan pengalaman (kemahiran) saya untuk (jawatan yang anda mohon). 

2. Letakkan kedua-dua kemahiran iaitu soft skill dan hard skill di bahagian kemahiran 

Hard skill merupakan kemahiran yang anda boleh buktikan secara langsung. Contohnya, coding, mengurus bajet kewangan, membuat pengiklanan di Facebook etc. 

Manakala soft skill pula kemahiran yang sukar untuk ditunjukkan dan diukur. Contohnya : Semangat keusahawanan, sikap kerjasama, pengurusan dsb. 

Sesetengah piihak majikan mungkin tidak ada masa yang mencukupi untuk meneliti semua resume, jadi mereka akan menggunakan sistem perisian untuk menapis resume. 

Akhir sekali, elakkan menggunakan perkataan yang susah disebut atau jarang digunakan agar sistem perisian mudah mengesan kata kunci di resume anda. 

3. Nyatakan pencapaian tertinggi anda di bullet point pertama setiap tugas

Oleh kerana anda ada 6 saat untuk memberi persepsi yang bagus terhadap majikan jadi anda perlu ada strategi.


Isi pertama anda perlu terus menceritakan tentang pencapaian tertinggi anda di tempat kerja sebelum ini.

Agar pihak majikan kagum dengan perkongsian anda yang menarik sehingga mereka tertanya-tanya banyak perkara. 

Anda juga tidak perlu ceritakan semua tugas yang anda pernah lakukan. Cukup menceritakan sekitar 2-4 isi sahaja bagi setiap tugas. Dan berkongsi maklumat setakat yang diperlukan untuk menarik perhatian pihak majikan. 

Untuk mengenalpasti adakah isi yang anda tulis sesuai atau tidak, baca semula isi yang ditulis dan soal diri sendiri: “adakah isi ini relevan untuk ditulis?”

Apa yang penting, setiap penerangan perlu spesifik dan padat. 

Contoh jawapan biasa : Hasil jualan meningkat setiap tahun.

Ia agak ringkas. Contoh di bawah adalah lebih baik.

Contoh jawapan bagus: Saya berjaya meningkatkan hasil jualan sebanyak 40% dalam tempoh 5 tahun dengan mengaplikasikan strategi pemasaran yang membolehkan saya mendapat banyak prospek. 

Untuk mengukuhkan jawapan, pastikan maklumat anda disertakan fakta penting dan nilai berbentuk angka. 

4. Pastikan resume anda selari dengan deskripsi kerja 

Gunakan aplikasi percuma seperti Jobscan untuk melihat sejauh mana resume anda sepadan dengan deskripsi kerja. 

Job scan akan mengesan dan memberitahu anda kata kunci yang anda tidak letak di dalam resume dan membantu anda untuk menjadi lebih kreatif ketika menulis resume. 


Pastikan anda mendapat lebih daripada 65% padanan kata kunci di job scan sebelum menghantar resume anda.

Share via
Copy link
Powered by Social Snap