7 Panduan Bantu Anda Mudah Mencari Kerja di LinkedIn

Di LinkedIn setiap orang berpeluang mencari kerja. Tidak kiralah jika anda seorang graduan yang baru hendak mencari kerja pertama anda, atau seorang pekerja yang ingin menaik taraf kariernya, anda digalakkan untuk mengaktifkan LinkedIn kerana banyak peluang yang anda boleh nikmati di platform tersebut. 

Berikut adalah 7 panduan untuk mudah mencari kerja di LinkedIn yang anda boleh ikuti. 

1. Minta rekomendasi kerja daripada rangkaian anda

Di LinkedIn, sesiapa sahaja boleh mendakwa bahawa mereka mempunyai kemahiran profesional. Disebabkan inilah pihak perekrut dan HR lebih berhati-hati ketika memilih pekerja untuk mencari pekerja yang bekerlayakan bagi mengisi jawatan kosong.

Antara cara untuk anda meningkatkan peluang untuk mendapat kerja adalah mendapatkan rekomendasi dari rangkaian anda. Antaranya anda boleh meminta rakan sekerja dan bekas majikan untuk menulis rekomendasi kepada anda. 

Rekomendasi daripada rangkaian yang mempunyai kredibiliti akan lebih meyakinkan bakal pihak majikan yang berminat dengan anda untuk mengambil anda bekerja. 

2. Ikuti perkembangan terkini syarikat yang anda ingin bekerja

Jika anda sedang mencari kerja, anda pastinya sudah ada sasaran industri yang ingin diceburi. Bukan itu sahaja, anda juga boleh terus senaraikan syarikat idaman yang anda ingin bekerja. 

Berhubunglah dengan syarikat yang anda suka seperti mengikuti akaun profil mereka serta ambil tahu perkembangan syarikat mereka.

Anda akan segera mendapat informasi terbaru mengenai organisasi tersebut dan yang paling penting, anda juga akan segera tahu jika ada tawaran kerja baru dibuka. 

3. Gunakan kata kunci yang sesuai di tajuk utama (headline)

Apakah jenis kerja yang anda cari? Untuk lebih mudah mendapat kerja, memasukkan kata kunci yang relevan berkaitan industri dan pekerjaan di tajuk utama (headline) untuk mendapatkan perhatian bakal majikan. 

Jika anda tidak pasti apakah kata kunci yang sesuai digunakan, pergi ke ruang pengiklanan kerja yang memaparkan iklan pekerjaan tersebut. Beri perhatian.

Anda akan mendapati kata kunci spesifik yang digunakan melalui frasa yang digunakan berulang kali. Tujuannya agar profil anda dapat ditemui oleh pihak majikan yang mencari profil berdasarkan kata kunci tersebut. 

4. Lengkapkan profil anda

Setelah pihak majikan menemui profil yang mempunyai kata kunci yang mereka tulis, mereka akan memeriksa maklumat yang terdapat di profil tersebut. 

Sebab itu anda perlu lengkapkan profil anda agar pihak yang berminat dengan anda dapat mengetahui maklumat anda dengan lengkap seperti pengalaman kerja terdahulu, rangkaian anda serta matlamat anda. Dan paling penting, profil anda menunjukkan ketelitian anda. 

5. Raih banyak rangkaian baru

Jika anda ada 500 atau lebih rangkaian di LinkedIn, anda akan dilihat sebagai seorang yang berpengaruh. Jadi, untuk memeprcepatkan jumlah rangkaian, anda boleh tambahkan profil kawan, ahli keluarga, rakan sekerja dan lain-lain. 

Setelah anda mencapai jumlah rangkaian yang banyak, jangan sia-siakannya. Anda masih tetap perlu mengaktifkan profil anda seperti biasa. Kekalkan keaktifan profil dengan sentiasa berinteraksi dan memberi komen yang baik kepada rangkaian anda. 

6. Kongsi pandangan anda

Jika anda mempunyai ciri kepemimpinan, lebih tinggi potensi dan kebarangkalian anda untuk mendapat pekerjaan. Jadi, bagaimana caranya untuk anda menonjolkan ciri kepemimpinan ini?

Mudah sahaja. Tonjolkan diri anda. 

Kepimpinan anda boleh dilihat melalui penulisan anda. Anda boleh memberi pandangan, nasihat, atau apa-apa perkara yang berkaitan dalam industri.

Dalam masa yang sama anda juga dapat manfaatkan penulisan anda dengan meletakkannya di bahagian penerbitan. Tulis pos dan artikel, kemudian kongsikannya dengan rangkaian anda. 

7. Tulis rekomendasi

Di LinkedIn, perkara utama anda perlu aktif berhubung dengan rangkaian anda. Anda telah pun meminta rekomendasi daripada bekas rakan sekerja  alumni.

Apa kata anda lakukan perkara yang sama kepada rakan-rakan anda yang lain dengan menulis rekomendasi kepada mereka pula? 

Akhir sekali, jangan lupa manfaatkan LinkedIn sebaiknya. Amalkan ketujuh-tujuh tips ini di profil LinkedIn anda untuk menonjolkan diri anda! 

Share via
Copy link
Powered by Social Snap