3 Panduan Menjawab Soalan “Ceritakan Tentang Diri Anda” Semasa Temuduga

Soalan “ceritakan tentang diri anda” adalah soalan yang popular dan sering ditanya oleh majikan.

Jika anda pernah menjalani sesi temuduga, ada kemungkinan anda pun pernah mengalaminya. Meskipun soalan ini nampak ringkas, namun untuk menjawabnya agak sukar. 

Bagaimanakah cara untuk menjawab soalan ini?

Jika anda tahu bagaimana cara untuk menjawab soalan ini, anda berpeluang ‘menjual’ diri dengan baik iaitu dengan menceritakan pengalaman, kelayakan, dan pendidikan. 

Untuk menjawab soalan ini, anda bahagikan kepada 3 bahagian. Setiap bahagian perlu beri penekanan terhadap kelayakan anda, dan menyatakan kenapa anda calon terbaik bagi jawatan ini.

3 bahagian yang anda perlu fokuskan adalah : 

  1. Pendidikan anda
  2. Pengalaman kerja
  3. Matlamat masa panjang 

Ceritakan latar belakang pendidikan anda

Mulakan bercerita tentang diri anda dengan memberikan pengenalan ringkas mengenai latar belakang anda. Fokuskan terhadap tugasan kerja atau projek yang anda selesaikan mempunyai perkaitan dengan jawatan tersebut. 

Ingat bahawa pihak penemuduga hanya mencari maklumat yang memberi penekanan mengenai kelayakan anda untuk jawatan tersebut. 

Apa yang anda perlu elakkan semasa berbicara adalah usah berbicara bahawa pendidikan anda adalah impian yang anda impikan sejak kecil lagi.

Pihak penemuduga hanya akan menganggap jawapan sentimental anda sekadar mengarut dan tidak berfokus serta tidak relevan. 

Huraikan pengalaman kerja anda terdahulu

Bahagian seterusnya adalah bahagian yang penting iaitu anda perlu menceritakan tentang pengalaman kerja. Jika anda ada pengalaman kerja, maka ini akan lebih memudahkan anda. 

Ceritakan dengan jelas bagaimana anda memulakan kerjaya anda, dan bagaimana anda berjaya ke tahap ini. Fokuskan tentang progres anda di lapangan, dan apakah pencapaian anda semasa kerja. 

Apabila bercakap tentang pengalaman kerja, anda perlu ambil perhatian perkara ini:

  • Gunakan anekdot untuk menunjukkan minat anda
  • Ceritakan pencapaian anda untuk membuktikan kemahiran anda untuk berjaya di tempat kerja
  • Lakukan kaji selidik mengenai organisasi yang anda sedang temuduga, dan gunakan jawapan anda untuk beri penenkana  bagaimana pengalaman anda dapat menjadikan anda mampu mengatasi halangan yang mendatang

Selain itu, elakkan berbicara tentang semua pekerjaan yang anda pernah lakukan. Hanya nyatakan kerja yang relevan dengan kriteria yang diperlukan jawatan tersebut. 

Terangkan bagaimana kerja anda mampu memenuhi matlamat jangka panjang anda 

Akhiri jawapan anda dengan menyatakan bagaimana jawatan yang anda sedang mohon ini memenuhi matlamat jangka panjang anda. 

Apabila bercakap tentang matlamat, fokuskan bagaimana syarikat dapat memberi manfaat kepada anda jika anda berjaya mendapat kerja di organisasi tersebut, bukan bagaimana pekerjaan tersebut dapat memberi manfaat kepada anda semata-mata. 

Ini kerana pihak majikan ingin tahu bagaimana anda dapat menolong mereka mencapai impian mereka dan kenapa anda berharga untuk dilaburkan. Dengan menunjukkan matlamat jangka panjang anda yang selari dengan keperluan syarikat, adalah satu cara yang dapat meyakinkan pihak majikan. 

Contoh jawapan yang baik 

Sejak dahulu lagi, saya bercita-cita untuk menjadi seorang pustakawan. Saya juga pernah menjadi sukarelawan di perpustakaan sekolah semasa sekolah menengah.

Sepanjang menjadi sukarelawan, saya dapat belajar banyak perkara seperti menguruskan bahan dan perpustakaan, serta menggunakan sistem perisian pustaka iaitu sistem perisian Ziggi.

Di kolej, saya mengambil jurusan pendidikan kerana saya tahu matlamat saya untuk bekerja sebagai pustakawan sekolah, dan saya tahu bahawa tahap pendidikan sarjana muda ini akan memberikan saya pengetahuan untuk bekerja dengan pelajar di Sekolah dan menguruskan kelas. 

Saya juga pernah bekerja sebagai pembantu pustakawan di kolej, yang mana mengajar saya untuk berhadapan dengan pengguna pustaka.

Sejak bekerja, saya juga turut menjadi sukarelawan di perpustakaan awam yang memberi saya peluang untuk membangunkan sebuah sistem baru yang lebih efisien untuk menguruskan katalog buku, sistem pinjaman serta pemulangan buku.

Saya yakin sistem ini juga dapat dimanfaatkan di tempat saya bekerja, yang mana dapat mengurangkan kos sistem di kolej. 

Pengalaman bekerja sebagai pustakawan, telah menunjukkan peluang bagaimana saya dapat mencapai cita-cita saya untuk membawa perubahan sebagai seorang pustakawan sekolah.

Saya dapat menggunakan pengetahuan yang saya miliki untuk menguruskan perpustakaan dengan lebih efisien dan mengurangkan kos di samping dapat membantu menyediakan ruang yang selesa kepada pelajar. 

Share via
Copy link
Powered by Social Snap