9 Tips Yang Dapat Menaikkan Jenama Profil LinkedIn anda

Akibat dari situasi pandemik Covid-19, golongan profesional memilih LinkedIn sebagai platform utama untuk mencari kerja. LinkedIn sememanganya merupakan platform profesional yang anda perlu manfaatkan sepenuhnya. 

Langkah pertama untuk berhubung dengan rangkaian adalah anda perlu mempunyai profil yang kukuh dan dipercayai. Ikuti tips di bawah untuk menaikkan profil LinkedIn anda. 

1. Pilih foto profil yang profesional

Pastikan pakaian yang digunakan di dalam gambar nampak profesional, anda memandang tepat dalam gambar dan pencahayaan di dalam gambar juga baik. Agar foto anda nampak menyerlah dan meyakinkan.

2. Gunakan summary untuk menceritakan perihal diri anda.

Summary adalah ruang peribadi yang khusus untuk anda. Jadi anda sepatutnya menggunakan ruang ini untuk menjadi diri sendiri dan gunaka ruang ini untuk berkongsi sisi perspektif unik anda.

Mulakan penulisan summary anda dengan pengenalan ringkas seperti “Selamat datang”! dan mengakhirinya dengan “Seronok dapat berhubung dengan anda”! supaya pengguna lain seronok untuk berinteraksi dengan anda. 

Anda juga boleh kongsikan minat anda, sama ada ia merupakan kerja yang anda sedang lakukan sekarang atau projek, dan ceritakan kenapa anda menyukainya. 

Di bahagian ini, beri penekanan tentang keunikan anda dan apa yang anda boleh tawarkan untuk pekerjaan baru anda

3. Sertakan resume anda

Resume anda boleh dimuat naik di bahagian “featured section”. Resume anda penting untuk diletakkan agar pihak majikan dapat melihat pengalaman yang anda anda serta berkongsi resume anda jika perlu. 

4. Lengkapkan kemahiran anda 

Kemahiran merupakan kriteria penting yang dilihat oleh perekrut untuk melihat apa kemahiran yang anda tawarkan dan adakah kemahiran tersebut diperlukan mereka. 

5. Minta pengesahan dan rekomendasi dari rangkaian anda

Meminta pengesahan sebenarnya hanya memerlukan beberapa langkah mudah sahaja, namun tidak ramai pengguna yang melakukannya. 

Anda boleh meminta pengesahan dengan individu yang anda pernah bekerja dan meminta mereka untuk mengesahkan kemahiran dan pengalaman anda di profil.

Ia bertujuan untuk menambah kredibiliti anda terutamanya jika bekas majikan ataupun penyelia anda mengesahkan apa yang anda tulis di LinkedIn. 

6. Aktifkan interaksi dengan rangkaian anda

Jangan tunggu orang lain untuk berinteraksi dengan anda, tetapi anda yang perlu mulakan terlebih dahulu.

Jika anda menyertai program yang diadakan secara maya, tambah rakan-rakan anda di LinkedIn selepas tamat program tersebut dan hantar mesej kepada mereka menyatakan bahawa anda teruja untuk berhubung dengan mereka. 

7. Sertai kumpulan yang berkaitan dengan pekerjaan atau perkara yang anda minat

Anda boleh menyertai kumpulan alumni universiti anda untuk berhubung dengan rakan-rakan yang sama bidang dengan anda.

Selain itu, anda juga boleh masuki niche kumpulan yang anda minat dan mempunyai minat yang sama dengan anda. 

Dengan cara ini, ia akan memudahkan anda untuk belajar lebih mendalam mengenai karier anda dalam industri yang diceburi dan belajar bagaimana untuk mencapai hala tuju karier dengan individu yang sama bidang dengan anda. 

8. Kongsikan pengalaman

Jika anda tidak biasa menulis, mungkin pada mulanya anda akan rasa segan. Untuk mengatasi rasa tidak selesa tersebut, anda boleh kongsikan untuk menulis apa yang anda minat atau pengalaman anda. 

Mungkin pengalaman anda yang berkait dengan pekerjaan baru yang anda rasa teruja untuk memulakannya, kupasan isu semasa, atau TEDTalk yang anda rasa bermanfaat. 

Jangan fikir terlalu rumit, jadilah diri sendiri namun dalam masa yang sama kekalkan profesionaliti anda. 

9. Interaksi dengan hantaran (posting) rangkaian anda

Untuk berinteraksi dengan rangkaian anda, adalah semudah dengan mengucapkan tahniah apabila mereka tamat bergraduasi atau apabila mereka mendapat pekerjaan baru.

Tindakan anda ini menunjukkan anda aktif dan ingin terus berhubung dengan rangkaian anda. 

Akhir sekali, semoga tips ringkas ini dapat membantu anda untuk menaikkan profil LinkedIn anda dan memudahkan anda untuk berhubung dengan bakal majikan anda.

LinkedIn merupakan tempat di mana anda berpeluang menunjukkan sisi diri anda yang resume tidak boleh kongsikan, seperti personaliti atau pengalaman anda. 

Apabila anda mula membina profil anda, jangan lupa untuk berinteraksi dengan rakan atau rangkaian yang anda tidak kenal serta memohon kerja kosong yang dipaparkan.

LinkedIn mempunyai banyak manfaat dan anda yang perlu bijak menggunakannya!

Share via
Copy link
Powered by Social Snap