Adakah Perlu Untuk Memuatnaik Resume di LinkedIn?

Sesetengah orang mungkin merasakan bahawa tindakan memuat naik resume di LinkedIn adalah perkara yang sia-sia kerana LinkedIn sendiri boleh diibaratkan sebagai ‘resume dalam talian’

Meskipun begitu, resume dan LinkedIn anda tetap 2 perkara yang berbeza. kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan namun saling melengkapi antara satu sama lain dan kedua-dua instrumen ini ada tujuannya yang tersendiri. 

Resume yang diletakkan di LinkedIn selalunya ditujukan kepada hanya seorang atau beberapa majikan tertentu manakala, profil LinkedIn boleh dilihat secara umum dan boleh dilihat oleh mana-mana pengrekrut dan bakal majikan. Profil LinkedIn bersifat umum dan tidak memberi tumpuan terhadap mana mana majikan.

Selain itu, Resume adalah dokumen yang mudah untuk disebarkan oleh pengrekrut  melalui emel atau perisian clouds.

Sekiranya mereka tertarik dengan anda, mereka boleh terus menghantar resume dalam format PDF anda kepada bos mereka atau menyimpan resume anda dalam telefon bimbit untuk rujukan akan datang. 

Profil LinkedIn adalah sebuah laman web dan mempunyai kesukaran teknikal untuk dipertontokan. Tambahan lagi, tidak semua situasi sesuai untuk menghantar pautan laman web.

Untuk lebih mudah, pengrekrut yang mencari bakal pekerja lebih memilih untuk menghantar ‘resume’ dalam format PDF melalui emel kepada bos mereka berbanding dari menghantar pautan LinkedIn. Resume yang di muat naik di LinkedIn memberi signal yang jelas bahawa anda sedang mencari pekerjaan. 

Terdapat  2 langkah utama untuk memuat naik ‘resume’ anda di dalam LinkedIn:

  1. Muat naik resume sebagai media  tambahan. Ini adalah mudah. Pergi ke profil anda, kemudian klik  ‘tambah di bahagian profil’ dan pilih ‘media’.
  2. Gunakan fungsi ‘LinkedIn Easy Apply’ di dalam pencarian kerja yang bersepadu. 

Semoga panduan ini dapat membantu anda meningkatkan kredibiliti anda mendapat pekerjaan!

Share via
Copy link
Powered by Social Snap