Cara Buat Resume Dengan Mudah di Google Docs!

Bagi anda yang tiada pengalaman menulis resume sebelum ini, tentunya menulis resume buat pertama kalinya menjadi satu hal yang membingungkan.

Sekarang anda jangan bimbang sebab semuanya di hujung jari sahaja. Kita guna sahaja benda yang mudah, senang diakses, dan boleh dipercayai seperti Google untuk buat resume!

Eh, jap google?  Betul…Google Doc menawarkan solusi penyelesaian bagi anda yang sukar buat resume dengan menyediakan template resume, berserta contoh penyediaannya bagi anda yang tiada klu atau idea bagaimana untuk memulakan resume.

Yang paling best, proses nak buat resume jadi mudah sahaja sebab Google Doc merupakan sebahagian daripada sistem Google, jadi tentunya kita semua pasti dah biasa dan selesa menggunakan sistem google. Dan paling penting, kebanyakannya adalah percuma!

Bagaimana Caranya  Membuat Resume di Google Docs? 

Jom kita mulakannya dari awal.

Sebelum ini, bagaimana anda menggunakan Google Doc? Tentunya anda memerlukan Akaun Google untuk mengakses Goolge docs dan Google Template.

Jika anda sudah ada akaun Gmail, anda boleh sahaja gunakan akaun Gmail sedia ada anda. .

Namun jika anda belum ada akaun, anda boleh cipta akaun Google/Gmail terlebih dahulu.

Baik, setelah anda mempunyai akaun, and aboleh buat langkah seterusnya.

Kita akan pergi ke Google’s Doc Template Gallery dan kongsikan pada anda bagaimana nak buat resume dengan cara yang cepat dan senang! 

Sebagai contoh, Admin akan ambil Resume Jenis Serif. 

Anda boleh tengok contoh resume di bawah dalam bentuk “Lorem Ipsum”

Setiap perubahan dan penyuntingan yang anda lakukan di Google Doc ini, akan terus disimpan dalam Google Drive. Jadi anda boleh sahaja cari fail anda dalam Google Drive untuk membaikinya pada waktu akan datang!

Anda boleh lihat di resume ini terdapat komponen-komponen penting yang perlu diletakkan di resume iaitu : Maklumat untuk dihubungi, Pengalaman Kerja, Pendidikan dan Kemahiran. 

Perkara seperti Projek, Anugerah, dan Bahasa antara perkara “optional” yang anda boleh pilih untuk diletakkan atau tidak di resume bergantung pada kesesuaian situasi anda. 

Jadi bagi template yang sudah disediakan, anda hanya perlu padamkan contoh teks dan gantikan dengan info peribadi anda di resume. 

Contohnya: 

Jika anda rasa ada bahagian yang tidak sesuai dengan posisi anda atau penggunaan ayat yang tidak bertepatan, anda boleh sahaja padam bahagian tersebut. 

Google Doc Resume ni berfungsi sebagai  jadual, jika anda padam satu atau lebih bahagian, bahagian lain tidak akan terkesan. 

Contohnya Frank hanya ada satu pengalaman kerja dan satu bahagian pendidikan untuk diisi. Dia juga mempunyai beberapa kemahiran untuk diisi dan boleh berbicara dalam dua bahasa. 

Frank masukkan segala pengalamannya dalam Google Doc Resume dan beginilah hasil resumenya dalam Google Doc tersebut.

Yeayy! Resume dah nak siap!

Selepas anda berjaya melengkapkan segala maklumat di dalam resume, anda boleh muat turun resume anda.

Cari Butang “Download” di bahagian “File”   —> Download : 

Sebelum anda tergesa-gesa menghantar resume anda (ya lah sebab baru anda rasa mudah je kan buat resume sampai tak sabar nak hantar), periksa dahulu sama ada majikan anda meletakkan spesifik format fail resume. 

Jika tidak, biasanya admin lebih syorkan anda untuk muat turun dalam versi “Dokumen PDF” untuk mengelakkan isu sistem penukaran format atau mana-mana perkara yang berkait berdasarkan ketidaksesuaian format.  

Kemudian cek Folder “Muat Turun” anda, dan nah anda akan dapati resume anda di situ! 

10 Template Percuma Resume Google Docs

Di bahagian ini, admin akan kongsikan template resume Google Docs yang terbaik dan percuma tanpa anda perlu membayar sesen pun. 

Mungkin anda pernah dengar ungkapan “mana ada benda yang percuma dekat dunia ni..” Nampaknya mereka tak pernah jumpa artikel ni lah tu.

Swiss Google Docs Resume Template

Untuk siapa: Individu yang mempunyai banyak pengalaman, menduduki jawatan senior, Bank

Pencipta: Google Docs

Pautan template: Templates Gallery

Swiss merupakan salah satu template Google Doc kegemaran admin disebabkan reka letaknya yang nampak ringkas. Resume ini bersesuaian bagi individu yang mempunyai banyak pengalaman, dan bukannya lepasan graduan yang baru sahaja tamat graduasi. Swiss adalah pilihan terbaik jika anda mempunyai pengalaman kerja yang banyak untuk dikongsikan kerana resume ini lebih menumpukan kepada kategori utama sahaja iaitu pengalaman, kemahiran dan pendidikan. Swiss mengekalkan elemen ringkas, tapi memberi personaliti ceria dalam reka letak resume ini. Ringkasnya, ia tampak profesional, dan tidak membosankan!

Serif Google Docs Resume Template

Untuk siapa: Komputer Saintis, Penganalisis Data, Jawatan Senior, Perbankan

Pencipta: Google Docs

Pautan template: Templates Gallery

Mungkin anda perasan sebenarnya template ini sudah gunakan sebagai contoh sebelum ini. Menggunakan warna hitam dan biru untuk menonjolkan aspek profesional, template ini menjadikan resume kita tampak kemas bagi first impression! Jika anda ada projek, pembentangan, dan anugerah yang dibanggakan, template ini memang untuk anda! 

Terdapat juga bahagian bahasa serta ruangan kolum yang dibahagikan kepada dua bahagian untuk anda melengkapkan maklumat anda. Resume ini akan lebih bertambah ideal jika anda merupakan pelajar komputer sains atau usahawan yang berpengalaman dalam bidang anda!

Traditional Elegance Google Docs Resume Template

Untuk siapa: Lepasan Graduan Baru Tamat Universiti

Pencipta: Hloom

Pautan template: Laman web Hloom

Adakah anda merupakan lepasan graduan yang baru sahaja tamat universiti tanpa pengalaman kerja yang banyak? Template Resume Google Doc ini adalah untuk anda! 

Reka letaknya sangat ringkas dan menekankan pendidikan berbanding pengalaman, jadi anda berpeluang untuk memberi penekanan terhadap kelas-kelas di kolej dan aktiviti kokurikulum. Resume ini turut memberi kebebasan di bahagian profil, untuk anda menulis objektif atau penerangan terhadap jawatan yang anda inginkan bagi melengkapkan lagi resume anda. 

Coral Google Docs Resume Template

Untuk siapa: Blogger Fesyen, Pempengaruh, Seni Kulinari, Industri Kreatif

Pencipta: Google Docs

Di mana boleh diambil: Template Gallery

Resume berbentuk satu kolum ini terbaik digunakan bagi anda yang berada dalam industri fesyen, pempengaruh, kulinari, seni atau industri kreatif. Warna jingga kemerahan yang digunakan serta tulisan berlingkar memberi sentuhan feminin, dan menambahkan lagi impak personaliti. Warna jingga semenangnya tidak sesuai bagi bisnes, sesuatu yang serius dan jenis profesional. Meskipun template tersebut kelihatan ringkas, perubahan tulisan dan warna menjadikan resume lebih ceria dilihat. Ia merupakan padanan yang cantik jika anda mempunyai pengalaman dan kemahiran, meskipun kurang dari sudut latar belakang pendidikan. 

Spearmint Google Docs Resume Template

Untuk siapa: Jurutera Industri, Ahli Profesional dalam industri tenaga dan kelestarian

Pencipta: Google Docs

Pautan template: Template Gallery

Sekali pandang, template Spearmint seakan-akan Coral kerana konsepnya reka letaknya yang berbentuk satu kolum serta mrmpunyai kandungan kategori yang sama. Walaubagaimanapun, penggunaan warna hijau yang digunakan memberi nilai estetika serta memberi nilai yang berbeza. Resume ini cun digunakan  bagi ahli industri atau individu yang terlibat dalam bidang kelestarian atau bisnes hijau. Template ini secara dasarnya tidaklah terlalu kreatif, kerana ia lebih memberi penekanan terhadap aspek kemahiran dan sesuai digunakan bagi mereka yang hendak menukar perjalanan karier. 

Modern Writer Google Docs Resume Template

Untuk siapa: Copywriter, Penyunting, Penulis Skrip, Pustakawan

Pencipta: Google Docs

Pautan template: Template Gallery

Template unik yang diberi nama “Modern Writer” ini direka untuk satu sebab sahaja.  Ia direka khas untuk para penulis moden. Resume ini merupakan resume yang tepat untuk anda jika fokus utama resume anda adalah untuk memberi penekanan terhadap kemahiran penulisan atau jika anda ingin memohon pekerjaan yang berkait dengan penulisan dan buku. 

Misalnya seperti Copywriter, Penulis Kandungan, Penyunting, Pustakawan, Penulis Skrin, dan sebagainya. Jika anda memohon jawatan bagi pekerjaan melibatkan bisnes, terus terang resume ini langsung tidak sesuai untuk anda!

Blue Side Google Docs Resume Template

Untuk siapa:  Ahli Profesional Pengurusan dan pemasaran 

Pencipta: Hloom

Pautan template: Laman web Hloom

Template ini bermain warna hitam dan biru, yang sebenanrya menaikserikan template ini. Apa yang menarik dan berbeza tentang template ini adalah bagaimana tahun disenaraikan, yang mana ia seakan CV namun kadar panjangnya pula seakan resume. Template dua tona ini memberi impak profesional terutama bagi individu profesional yang mempunyai banyak pengalaman kerja untuk disenaraikan. Template ini pasti akan memberi anda kejayaan. 

All the Information Google Docs Resume Template

Untuk siapa:  Ahli Profesional Yang Ingin Menukar Karier

Pencipta: Hloom

Pautan template: Laman web Hloom

Nah! Jika anda ada perancangan untuk bertukar karier, maka resume template ini resume yang sangat sesuai untuk anda pilih setelah sekian lama anda berada di laluan profesional. Dalam kes ini, anda memerlukan sebuah resume yang akan memberi fokus terhadap kemahiran terhebat anda serta memberi penekanan terhadap objektif karier anda dalam bidang profesional. 

Jika anda ada banyak kerja yang berkualiti berbanding kuantiti untuk disenaraikan, serta inginkan ruang ekstra untuk menerangkan betapa bernilainya posisi anda dalam setiap organisasi yang anda sertau, maka resume All the Information ini memang untuk anda senaraikan segala maklumat yang anda!

Goldfish Bowl Google Docs Resume Template

Untuk siapa:  Individu yang banyak pencapaian

Pencipta: Hloom

Pautan template: Laman web Hloom

Goldfish Bowl ini template khas untuk mereka yang banyak pencapaiannya. Dalam resume ini, aspek pendidikan tidak diberi penekanan kerana ia ditenggelamkan oleh pengalaman kerja, anugerah, sijil dan kemahiran. Seperti resume All the Information, ia sesuai jika sumbangan anda dalam pekerjaan sudah tidak boleh disenaraikan dalam bentuk bullet points. Ringkasnya, Resume Template Golden Fish ini akan menyampaikan maklumat anda dalam bentuk yang tepat!

Border Design Google Docs Resume Template

Untuk siapa: Pelajar Sekolah Menengah dan Lepasan Kolej

Pencipta: Techie’s Guide

Pautan template: Laman web ini

Adakah anda lepasan sekolah tinggi atau lepasan kolej yang mempunyai banyak pengalaman kesukarelawanan namun kurang pengalaman kerja industri? Jadi resume ini khas untuk anda. Resume ini ditampilkan dalam bentuk ceria, mempunyai personaliti tersendiri, dan ada pelbagai pautan media sosial agar majikan dapat membuat pencarian maklumat dengan segera. 

Share via
Copy link
Powered by Social Snap