Senarai 60 laman web kerja dari rumah → Panduan lengkap + Template resume

*PERINGATAN LEMBUT: Perkongsian-perkongsian definitif dan lengkap yang dipaparkan dalam artikel dibawah adalah dalam bentuk esei panjang, yang mana mengambil kurang dari 15 minit untuk dihabiskan. Pun begitu kami hanya mahu mereka yang betul-betul mempunyai semangat kental untuk meneroka kerja dari rumah sahaja membacanya. Pembaca diharap dapat menghadamnya sebagai informasi lalu meneruskan usaha masing-masing dengan jayanya.


Noktahkan isu gaji kecil, kerja takde flesibiliti dan kos sara hidup yang makin meningkat sekarang, dengan meneroka kerja dari rumah, samada WFH atau pun dimana-mana sahaja lokasi (remote).

Kos sara hidup makin naik, tapi gaji tidak. Itu realiti berat yang kita sedang hadapi kan?

Samada anda perasan atau tidak, keadaan ekonomi sekarang cukup menekan. Terutamanya bagi rakyat marhaen, seperti kita, kerja dah cukup lama tapi tiada kenaikan gaji atau kenaikan yang sedikit sahaja, tidak selari dengan kos sara hidup semasa.

Sampaikan ramai yang terpaksa buat dua kerja.

Sudahlah seharian dari pagi ke petang kerja di pejabat. Malam sambung pula kerja lain. Ada yang jual burger ada yang buat Grab dan sebagainya.

Awal-awal boleh lagi, namun apabila sudah lama dan tidak sempat nak seimbangkan dos-dos hidup, maka mulalah kita merasa:

  • Tiada work-life balance, semuanya soal tentang duit-duit, kerja-kerja.
  • Penat melampau (burnout) dan motivasi kerja mula hilang.
  • Akibat kurang rehat, badan selalu mudah jatuh sakit-sakit.
  • Keluarga mula rasa terabai kerna terlalu sibuk dengan kerja.
  • Rasa hilang punca semangat, hidup rasa tidak bertujuan.
  • Kesihatan mental turut terjejas, dalaman rasa kosong.
Ada ke cara untuk ubah situasi yang menekan ini?

Setiap masalah, ada penawarnya, cuma mahu tidak mahu sahaja untuk mencari dan mengamalkannya. Misalnya, meneroka peluang kerja dari rumah (WFH) yang lebih fleksibel. Kerja dari rumah atau work from home (WFH) meraih populariti semasa era pandemik. Mula menjadi trend yang popular dikalangan pekerja dan majikan. Kedua-dua pihak mendapat manfaat daripada cara bekerja yang baru ini. Ianya situasi menang-menang

Majikan dapat jimat kos utiliti dan sewaan pejabat. Tidak wajib ada office kerna staf sudah bekerja dari rumah. Pekerja dapat menikmati fleksibiliti.

Tapi macam mana nak mulakan kerja remote ini?

Mengambil tanggungjawab sosial dalam membantu rakyat Malaysia mendapat peluang kerja dari rumah (WFH), kami kongsikan panduan definitif dan lengkap berdasarkan pengalaman bekerja korporat sepanjang 15 tahun (termasuk era pandemik).

Topik-topik yang akan dikupas:

1. 10 Sektor Utama Pekerjaan Dari Rumah (WFH)

Bantu anda kenal pasti skill yang tepat perlu ada sebelum terjun ke dalam dunia kerja dari rumah (WFH).

2. Jenis-jenis Kerja Dari Rumah (WFH)

  • Tidak semua kerja remote itu 100% WFH.
  • Kenal jenis-jenis kerja remote apa yang sesuai dengan peribadi & situasi yang anda ada.

3. Perbezaan Antara Freelance Dan Bekerja Dari Rumah (WFH)

  • Lihat persamaan antara kedua-dua posisi kerja ini.
  • Dan apa yang membezakan satu sama lain dari segi kontrak kerja.

4. 5 Contoh Posisi Kerja Dari Rumah (WFH)​

  • Tak tahu nak cari kerja WFH apa? Boleh mula cuba dalam salah satu daripada lima posisi kerja ini.
  • Senarai contoh kerja ini tidak perlukan sebarang kelayakan profesional seperti degree, untuk memohon.

5. Soft Transition​

  • Cara untuk bertukar daripada pekerjaan tradisional kepada remote dengan risiko paling rendah.
  • Perubahan yang drastik berkemungkinan besar boleh beri kesan negatif pada anda.

6. Cost Benefit Analysis​

  • Tak semua tawaran yang kita dapat perlu untuk kita terima bulat-bulat.
  • Kami sediakan anda 5 soalan untuk bantu anda buat pertimbangan dalam menerima mana-mana kerja remote.

7. LinkedIn Network​

  • Teknik dalam bina jaringan network dengan bakal majikan melalui LinkedIn.
  • Cara bagaimana ingin mohon posisi kerja dari rumah (WFH) di dalam LinkedIn.
  • Lengkap dengan contoh bergambar.

8. Online Virtual Interview Preparation

  • Langkah-langkah persediaan yang anda perlu lakukan sebelum online interview.
  • Senarai sepuluh SOALAN yang sering ditanya oleh majikan sebagai persediaan buat anda.

9. Unique Positioning Candidate

  • Cara jadi lebih unik berbanding calon-calon lain dengan teknik follow-up.
  • Lengkap dengan contoh template follow-up.

10. Senarai Laman Web Kerja Dari Rumah (WFH)​

  • Senarai 60 buah laman web untuk mencari kerja dari rumah (WFH) bagi syarikat tempatan dan juga antarabangsa.
  • Lengkap dengan huraian seperti platform berbayar atau percuma, syarikat tempatan atau antarabangsa dan sebagainya.
Introduksi 

Apabila memandang kembali beberapa purnama era pasca Covid-19, asumsi para majikan kepada budaya kerja remote job atau jarak jauh menjadi semakin norma. Ini logik mudah dengan prestasi kerja dari rumah di kala pandemik menjadi kayu ukur mantap bagi pekerja membuktikan bahawa mereka mampu mengelola dan dikelola dari jauh. Justeru, istilah ‘kerja dari rumah’,  ‘kerja dari jauh’ menjadi tidak janggal. Malah, melalui teknologi moden era pasca pandemik membuatkan lebih ramai pekerja semakin berani menawarkan diri untuk bekerja secara remote dan bertambah besar jumlah majikan mencari khidmat pekerja yang mampu beroperasi secara fleksibel.

Betapa epiknya apabila kita merujuk kepada Google Trends yang memaparkan carian dan tawaran remote job yang terus meningkat semenjak pandemik. Dan menurut satu kajian oleh laman Buffer, 99% pekerja, nyata mempunyai hasrat untuk bekerja secara jarak jauh, meskipun hasrat ini tidak muncul secara kerap. Kajian ini mendedahkan bahawa mereka yang tertarik dengan remote job adalah kerana mereka ingin menikmati kerja yang mempunyai jadual fleksibel dan memiliki masa yang lebih banyak bersama keluarga. 

Berdasarkan data dari Linkedin, pada Februari 2022, kerja jarak jauh menerima permohonan lebih 50% pemohon dari keseluruhan pemohon yang terdapat di LinkedIn meskipun jawatan kerja jarak jauh yang ditawarkan hanyalah 20% dari seluruh pekerjaan yang diiklankan di laman tersebut.  

Ibarat goreng pisang panas cheese, ia terus mendapat permintaan yang tinggi manakala tawaran pekerjaan yang disenaraikan tidak sama rata membuatkan pemohon pekerjaan secara jarak jauh ini agak sengit. Yang pastinya, remote job ini akan terus relevan dan berterusan sehingga tahun-tahun mendatang. 

Mengapa kerja jarak jauh menjadi pilihan?

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan laman Buffer pada tahun 2020, faktor utama yang menjadi pendorong untuk bekerja jarak jauh ialah kelebihan untuk memiliki jadual fleksibel dengan jumlah 32% diikuti pula fleksibiliti untuk bekerja di mana-mana dengan jumlah 26%. 

Seramai 21% responden pula memilih untuk bekerja secara jarak jauh kerana kelebihan untuk tidak berulang-alik manakala 11% responden memilih bekerja secara jarak jauh kerana keinginan untuk meluangkan waktu bersama keluarga. Sebanyak 7% responden pula memilih bekerja jarak jauh kerana ingin bekerja dari rumah dan akhir sekali dengan respon 3% bagi lain-lain faktor penyumbang.

Memetik dari artikel yang ditulis oleh Joy Burnford, seorang pemimpin dan pejuang ekualiti pekerja terkenal, “Fleksibiliti ialah terma khusus yang digunakan untuk menggambarkan posisi kerja yang memecah normalisasi struktur waktu kerja 9 pagi hingga 5 petang. Justeru, fleksibiliti memberikan seseorang pekerja kebebasan penuh mengenai bila waktu bekerja, bagaimana bekerja, dan di mana bekerja agar setiap pekerja dapat bekerja mengikut keselesaan masing-masing dan memastikan tugasan yang diamanahkan dapat disempurnakan.” 

Secara hipotesisnya, fleksibiliti sungguh menjadi faktor pemilihan utama dalam bekerja jarak jauh kerana pekerja dapat merasa bebas membuat pilihan dan melakukan keputusan ketika bekerja. Menurut Harvard Business Review, responden dari organisasi yang memberi kepercayaan tinggi kepada pekerjanya dilaporkan 50% lebih produktif berbanding dari organisasi yang mempunyai kurang keyakinan kepada pekerjanya, dalam konteks kerja jarak jauh.

10 Industri Yang Sinonim Dengan Pekerjaan Jarak Jauh

Kita ambil Amerika Syarikat sebagai referensi, kerana wujudnya jumlah besar syarikat multinasional yang kukuh beroperasi selain banyak menjadi penanda aras kepada syarikat-syarikat dan GLC di Malaysia. Berdasarkan data dari laman Linkedin, pada April 2022, industri IT di Amerika Syarikat terkehadapan dalam mempelopori kerja secara jarak jauh dengan jumlah 41.2%. Ia turut diikuti oleh industri pendidikan sebanyak 29%, pentadbiran dan servis sokongan 27.4%, servis profesional 26.5%, industri kewangan 20.2%, servis khidmat pelanggan 12.4%, kerajaan 11.8%, industri pembuatan 10.8%, industri seni 10.3% manakala industri hartanah sebanyak 7.2%. 

Definisi Remote Job (Kerja Dari Rumah)

Remote job ini boleh diertikan sebagai pekerjaan jarak jauh. Definisi yang lebih tepat ialah tindakan pekerja yang melakukan tugasan kerja dari lokasi yang berlainan selain premis kerja atau pejabat yang disediakan oleh majikan. 

Antara istilah yang sering digunakan di Malaysia adalah seperti “work from home” “WFH”. Pun begitu, work from home hanyalah salah satu pilihan daripada pelbagai kategori remote job yang ditawarkan. Analoginya mudah, jika diberikan fleksibiliti bekerja, bukan saja di rumah, anda malah boleh menyiapkan tugasan sambil menghirup kopi latte macchiato di Starbucks. Bak kata orang putih, freedom has never tasted so delicious.

Jenis-jenis pekerjaan jarak jauh

Operasi kerja secara jarak jauh sebenarnya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Pokoknya, tanya dahulu diri anda, apakah kategori kerja jarak jauh yang anda hajatkan, agar ia memudahkan anda untuk membuat pilihan yang tepat. 

  • Kerja jarak jauh sepenuh masa (Fully remote) – Kerja jarak jauh secara sepenuh masa atau ‘fully remote’ ini bermakna anda boleh lakukan pekerjaan atau tugasan di mana saja anda berada. Andai kontang idea kerja, anda boleh berkolaborasi dengan rakan sekerja jarak jauh lain. Pandai-pandailah.
  • Kerja jarak jauh secara hibrid (Hybrid remote) – Kerja secara hibrid bermakna anda sekejap masuk pejabat dan sekejap anda boleh lakukan tugas di mana sahaja lokasi yang anda inginkan. Maknanya, anda tidak begitu terikat dengan tempat kerja atau pejabat. Pun begitu, ada sedikit limitasi, anda perlu juga hadir ke pejabat untuk menghadiri acara fizikal seperti mesyuarat, diskusi berkumpulan, acara atau event sebagainya. 
  • Kerja jarak jauh berjadual fleksibel (Flexible remote) – Bererti, anda diberikan pilihan untuk masuk pejabat atau tidak. Pekerjaan jarak jauh bagi kategori ini biasanya tidak mementingkan pada waktu atau di mana anda melaksanakan tugasan, asalkan anda dapat siapkan kerja pada waktu yang ditetapkan. 

Persoalan yang tinggal, terpulang kepada kesesuaian anda. Bereksperimentasilah dengan masa dan lokasi, agar dapat anda bangkitkan kualiti kerja jarak jauh anda di samping memantap dan menambah keyakinan boss dan senior anda.

Adakah pekerja yang bekerja jarak jauh (remote worker) sama dengan istilah pekerja bebas (freelancer) ? 

Kecelaruan yang seterusnya adalah perbezaan terma remote worker dan freelancer.

Ini silogism mudah. Yang pertama-tama, pekerja yang bekerja secara jarak jauh merupakan pekerja yang terikat dengan sesuatu syarikat dan lazimnya bekerja secara sepenuh masa ataupun kontrak. Manakala pekerja bebas (freelancer) pula akan tamat kontrak kerja dengan syarikat tertentu setelah tamatnya tugasan atau projek yang diberikan.

Perihal sama antara kedua-dua jawatan ini adalah ketidakhadiran ke pejabat asalkan tugasan kerja dapat disiapkan. 

5 contoh pekerjaan yang boleh dilakukan secara jarak jauh

Antara persoalan dan kecelaruan yang sering didengari adalah sama ada pekerjaan remote ini hanya terbuka bagi industri popular seperti industri teknologi, kewangan dan media sahaja? Tidak semestinya. Berikut kami senaraikan contoh pekerjaan yang boleh dilakukan secara jarak jauh:

  1. Pengurus Perniagaan e-Dagang (e-Commerce)

Adakah anda pernah menguruskan kedai dalam talian (seperti Shopee dan Lazada) dan menjual produk kepada pelanggan? Jika pernah, maka anda boleh pertimbangkan diri untuk menjadi pengurus e-Dagang. Ramai usahawan yang membuka perniagaan e-Dagang namun tiada masa untuk menguruskannya. 

  1. Penulis Bebas (Freelance Writer)

Jika anda seorang yang suka menulis dan pandai bermain emosi dengan kata-kata, apa kata anda bermula sebagai penulis bebas. Anda boleh menjadi penulis bebas bagi press release (siaran media), artikel blog, newsletter, artikel majalah dan sebagainya. 

Kebiasaannya penulis dibayar mengikut perkataan atau mengikut jam, dan tidak semestinya memerlukan segulung ijazah untuk bermula. Ia boleh dipelajari melalui online training dan konsistensi amalan menulis.

Apa yang penting anda menyediakan portfolio hasil kerja anda agar bakal majikan dapat melihat hasil kerja anda. 

  1. Pentranskripsi

Anda boleh menaip dengan pantas? Mungkin ada sesuai untuk transkrip dan menjadi pentranskripsi. Tugas ini memerlukan anda untuk mendengar fail audio dan menaip apa yang anda dengar. Mudah sahaja bukan? 

Jangan bimbang, pekerjaan ini tidak perlu kemahiran tinggi, kerna anda juga boleh bermula tanpa pengalaman. Yang lebih menarik, anda boleh melakukannya mengikut kesesuaian masa anda sendiri. 

  1. Pembantu Maya (Virtual Assistant)

Pembantu maya sememangnya semakin mendapat permintaan. Hal ini kerna terdapat banyak tugasan mikro atau kecil yang tidak mampu diuruskan sepenuhnya oleh pekerja tahap atas. Jadi, ia diserahkan kepada pembantu. 

Antara contoh perkara yang dilakukan oleh pembantu maya ini ialah seperti pengurus media sosial (menyediakan konten), pereka grafik atau pemasaran digital, tanpa perlu berada di pejabat. 

Pun begitu, ada juga pembantu maya yang berperanan secara fizikal untuk mengurus dan menghadiri appointment, melakukan panggilan telefon, menyusun jadual perjalanan kembara majikan dan menguruskan e-mel. Tugas-tugas ini tertakluk kepada permintaan majikan. 

  1. Petugas Entri Data/Memasukkan Data (Data entry)

Pekerjaan entri data ini sebenarnya sudah lama wujud sejak hatta sebelum bermulanya internet di mana petugas entri data ini biasanya memasukkan data atau informasi daripada bentuk salinan keras (hard-copy) seperti kertas ke dalam aplikasi.  

Biasanya syarikat akan mengupah pekerja bebas untuk memasukkan data kerana pekerjaan ini memerlukan penelitian yang tinggi dan yang menariknya pekerjaan ini juga tidak memerlukan kemahiran yang tinggi. Asalkan anda mahir menggunakan aplikasi yang digunakan seperti Microsoft Excel, G-Suite dan sebagainya. 

Tidak semua pekerjaan yang ditawarkan secara remote ini memerlukan diploma atau ijazah. Banyak pekerjaan secara jarak jauh yang anda boleh lakukan dengan kemahiran yang anda miliki. Apa-apa pun, yang paling penting adalah ilmu, pengalaman, disiplin dan persistensi yang tinggi.

Panduan Memohon Jawatan Kerja Remote Job

Bagi anda yang belum pernah bekerja secara remote, pasti ada perasaan ragu-ragu kerana belum adanya pengalaman. Mujur ada kami, yang berbekalkan kemantapan pengalaman kerja sejak 2011 dengan syarikat multinasional besar F&B (QSR Brands (M) Holdings Bhd) dan syarikat media perdana (Utusan Melayu dan Media Prima Berhad) dua entiti industri yang berbeza, harapnya dapat menyokong anda dalam pencarian kerja yang diidamkan bagi pengunjuran kerjaya yang mantap. Untuk dilihat lebih menyerlah dan meyakinkan, mari ikuti dan amalkan panduan dan pengalaman ikhlas dari kami di bawah: 

  1. Fokus ‘satu’ variasi terlebih dahulu

Pernahkah anda berada dalam situasi di mana anda sedang mencari pekerjaan secara jarak jauh, namun termaklum yang anda tidak menepati banyak kelayakan jawatan tersebut. 

Tentunya ada sedikit kebimbangan bagaimana teknik untuk mengolah resume agar anda dilihat sebagai calon yang berkelayakan dan berkemampuan untuk kerja secara jarak jauh. 

Contohnya: Azman merupakan seorang pengurus projek yang telah lama menguruskan projek di syarikat kejuruteraan seni bina sebelum ini. Namun begitu, beliau memutuskan untuk kembali pulang ke kampung halaman agar dapat lebih dekat bersama ibu bapa dan memutuskan untuk bekerja secara jarak jauh. Beliau juga berharap untuk dapat bekerja dalam dalam industri baharu sama ada dalam bidang jualan, sumber manusia dan khidmat pelanggan. 

Cuba anda perhati. Ketiga-tiga perubahan yang mahu Azman lakukan ada dalam kerjayanya iaitu profesion, kerja jarak jauh dan industri baharu. Dari sisi resume dan pengalaman beliau mungkin layak. Terkadang waktu kita terlebih yakin. Persoalannya, bolehkah beliau mengubah ketiga-tiga variasi secara serentak? 

Tentunya Azman mampu melakukan perubahan-perubahan tersebut jika beliau berjaya mendapat pekerjaan yang diinginkan. Pun begitu, sebagai langkah selamat, sebaiknya kita memilih satu sahaja perubahan ketika dalam transisi kerjaya dalam satu-satu masa. 

Misalnya begini, Azman masih bekerja sebagai pengurus projek serta masih berada dalam bidang kejuruteraan seni bina. Namun, untuk pekerjaan baharu ini, beliau mahu fokuskan fleksibiliti dan membolehkan beliau bekerja di mana-mana. 

Dengan melakukan satu perubahan pada satu-satu masa, kita juga dapat menyesuaikan terlebih dahulu dengan perubahan pekerjaan serta dapat meminimumkan risiko seperti tidak dapat beradaptasi dengan situasi pekerjaan baharu.  

  1. Pertimbangkan sebaik-sebaiknya mengapa anda mahu bekerja secara jauh 

Sebelum melakukan perubahan kerjaya, anda perlu fikir secara kritis adakah keputusan bekerja secara jarak jauh ini keputusan yang tepat? Ini kerna, boleh jadi kita hanya tergoda dengan manfaat semata-mata tanpa melihat sisi kekurangan yang lain. 

Bagi yang memilih kerja secara jarak jauh ini, ia mungkin disebabkan jumlah tawaran gaji yang tinggi selari dengan impian mereka. Walau apapun, anda perlu pastikan agar kerja yang dipilih ini dapat menepati matlamat kerjaya, impian serta gaya hidup anda. 

Antara soalan yang boleh menjadi pertimbangan sebelum memilih kerja secara jarak jauh: 

  1. Adakah anda ingin mengelak dari memandu atau menunggang kenderaan ke tempat kerja?
  2. Adakah anda ingin berpindah ke kawasan pinggir atau luar bandar?
  3. Adakah anda hendak menukar haluan kerjaya atau industri? 
  4. Adakah anda tidak berminat untuk pergi ke pejabat setiap hari?
  5. Adakah anda hendak mengelakkan berjumpa rakan sekerja yang membuatkan anda tidak selesa ketika di pejabat? 

Persoalan-persoalan ini akan memberi anda ruang berfikir samada adakah anda layak atau tidak bekerja secara jarak jauh. Terdapat banyak faktor lain yang menjadikan ramai pekerja memilih untuk bekerja secara jarak jauh. 

Namun, anda juga perlu mempertimbangkan kekurangan kerja secara remote misalnya anda tiada tempat untuk bersosial atau bergelak-tawa bersama rakan-rakan sekerja. 

  1. Mulakan pencarian kerja jarak jauh

Jangan mudah teruja. Setelah anda memutuskan untuk kerja secara remote, makanya kini anda perlu mulakan operasi mencari. Ramai yang berminat untuk kerja jarak jauh, namun buntu untuk mencari ‘lubuk pekerjaan’ yang menyediakan tawaran. Takkan anda mahu apply satu hingga ke tiga tempat saja bukan? Sebenar-benarnya sangat banyak laman pekerjaan yang menawarkan pekerjaan secara jarak jauh antaranya:

  1. Flexjob – Sebuah laman laman web dengan kadar caj yang agak kecil yang memberi anda akses untuk memilih banyak tawaran kerja jarak jauh. 
  1. Just Remote – Sebuah laman web yang menawarkan pekerjaan jarak jauh atau secara maya yang anda tidak akan dapati di laman web lain.  
  1. Angel List – Laman yang menyenaraikan banyak kerja startup, yang mesra kerja jarak jauh dan mudah dilakukan carian di bahagian tapisan carian (search filter

Untuk lebih cakna, ambil penerangan yang lebih terperinci, anda boleh tatal (scroll) ke bawah untuk maklumat lanjut lebih dari 50 laman web kerja jarak jauh.

  1. Gunakan LinkedIn untuk meluaskan jaringan anda!

Networking jika diterjemahkan dalam bahasa melayu akan berbunyi ‘rangkaian’. Namun, jika kita definisi geraknya membawa maksud ‘berinteraksi, bersosial dan melibatkan diri dengan orang ramai untuk faedah bersama’. Dengan adanya teknologi serba-mudah, ianya boleh dilakukan sesiapa sahaja hatta dari rumah pun. Sebahagian darinya adalah seperti saling bertukar informasi dan idea dengan orang yang berlatarbelakangkan dari profesion yang sama atau memiliki minat yang khusus dalam suasana sosial yang tidak formal. Nah! Panjang bukan definisinya, kami kira anda cuma perlu fokus pada definisi geraknya, seperti yang di highlightkan di atas.

Golongan profesional menggunakan networking untuk menambah kenalan, menggali peluang pekerjaan dalam bidang mereka, serta tempat untuk berkongsi dan mendapatkan informasi terbaru sama ada yang berkaitan dengan industri mahupun tidak . 

Sehingga hari ini, networking tetap menjadi medium paling ampuh untuk kita mendapatkan pekerjaan baik secara jarak jauh ataupun tidak. Jika anda dilihat sebagai golongan yang layak untuk menggalas tanggungjawab, maka anda tentunya berpotensi untuk dipilih sebagai calon pekerja. Pun begitu, ada sesetengah marhaen yang mengistilahkan ia sebagai kabel. Namun bagi kami ia lebih kepada ‘internal referral’ yang menumpukan kualiti dari sekadar ‘connection’ biasa. 

Melalui kaedah bukan virtual, anda boleh hadiri pelbagai event atau aktiviti yang berkaitan dengan industri anda, di mana segala bagai kemaskini event dan program boleh ada dapati dengan mengikuti laman seperti Eventbrite, Facebook Event, Meetup dan laman sosial Twitter. Secara virtual pula, teknik yang terbaik adalah menggunakan LinkedIn sebagai rangkaian untuk bernetworking dan memohon kerja jarak jauh. Kita ambil Maybank sebagai contoh sasaran anda:

  • Taip Maybank atau posisi pekerjaan yang anda ingin pohon.
  • Klik syarikat bagi pekerjaan yang anda ingin mohon di LinkedIn, dan pergi ke halaman (page) syarikat.
  • Seterusnya, pergi ke bahagian ‘people (orang)’. 
  • Teliti mereka-mereka yang bekerja untuk Maybank dan perhatikan siapakah connection (orang yang telah menjadi rakan anda) di LinkedIn anda yang juga mempunyai hubungan dengan pekerja tersebut. Atau anda juga boleh mencari recruiter atau HR mereka.
  • Jika jawapannya ada, lihat siapa ‘connection’ itu dan hantar mesej kepada ‘connection’ di ruang mesej. 
  • Contoh mesej (Bahasa Malaysia, sebolehnya dalam Bahasa Inggeris untuk lebih menunjukkan kefasihan anda) yang anda boleh hantar atau olahkan mengikut kesesuaian anda: “Salam sejahtera dan hai Puan Ruhainies, saya lihat profil LinkedIn Puan telah berhubung dengan Encik Azman yang merupakan seorang Senior Accountant di Maybank. Saya berminat dengan jawatan yang sedang diiklankan di Maybank dan amat teruja untuk berhubung dengan En Azman secara lebih dekat. Bolehkah Puan menghubungkan saya dengan En Azman mengenai perkara ini? Jasa Puan amat saya hargai. Terima kasih.”
  • Setelah menghantar mesej, anda mungkin akan menerima respons positif atau sebaliknya. Bagi yang memberi respons positif, mereka akan terus berkongsi orang dalam (internal referral) yang boleh anda rujuk di syarikat yang anda sasar bagi pekerjaan tersebut. Jika anda berpeluang untuk berhubung dengan orang dalam tersebut, anda berpotensi besar untuk mendapatkan pekerjaan yang anda sasarkan itu.   
  • Namun begitu, sesetengah orang mungkin ingin lebih berjaga-jaga. Mereka akan berhubung dengan anda terlebih dahulu sama ada secara telefon, e-mel, mesej atau video untuk menyelidik latar belakang anda demi memastikan profil LinkedIn anda sahih dan berkelayakan. 
  1. Tekankan terma ‘kerja jarak jauh’ atau ‘remote’ dalam resume dan cover letter anda

Pastikan anda menyatakan secara terang-terangan akan perkataan ‘jarak jauh’ atau ‘remote’ dalam resume dan cover letter anda.

Meskipun pekerjaan anda sebelum ini bukanlah dilakukan secara remote, pastinya ada tugasan yang terkadang pernah anda buat yang boleh dikaitkan dengan pekerjaan jarak jauh ini. 

Misalnya: 

  • Kita bawakan situasi di mana anda merupakan pengurus kepada team anda, dan mereka semua tidak berada di pejabat ketika anda menguruskan projek, ini membuktikan anda berpengalaman menguruskan anak buah dan projek secara jarak jauh. Jadi, nyatakan pengalaman ini dalam resume.
  • Anda berkhidmat dalam industri jualan iklan media. Anda berunding dan melayani pelanggan melalui telefon dan Google Meet tanpa bersemuka secara fizikal. Ini boleh dikira sebagai pengalaman secara jarak jauh yang boleh anda highlight dalam resume

Semua ini antara contoh kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan kerja jarak jauh yang anda boleh kongsikan dalam resume anda. Jika diperhati betul-betul, sebenarnya banyak tugasan dan aktiviti yang kita lakukan selama ini adalah secara jarak jauh, lebih-lebih lagi di era pra-media sosial. 

  1. Lakukan persediaan teknikal terperinci sebelum temuduga 

Bayangkan anda menerima tawaran temuduga untuk kerja remote dengan syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat dengan gaji USD? Sudah tentu ada mahukan persediaan yang mantap.

Kerja jarak jauh merupakan kerjaya yang memerlukan komunikasi yang efektif dan berkesan. Tindakan yang anda tunjukkan semasa temuduga merupakan gambaran awal mengenai perihal diri anda tatkala berhadapan dengan penemuduga. 

Untuk memastikan anda seorang yang layak diberikan kepercayaan, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan bagi melancarkan perjalanan temuduga, sekaligus menunjukkan gambaran imej pekerja cemerlang.

  1. Pastikan posisi anda sewaktu temuduga dalam keadaan yang terbaik

Sebelum anda menjalankan sesi temuduga pastikan anda sudah mempersiapkan tempat temuduga anda. Walaupun berlokasi sekadar di bilik tidur kucing anda, titikberatkan perkara yang terlihat kecil seperti pencahayaan kamera di tempat duduk anda yang akan membantu dalam membentuk kejelasan imej.

Selain itu pastikan latar belakang kamera anda berlatarbelakangkan keadaan sekeliling yang kemas dan tersusun agar memberi gambaran bahawa anda seorang pekerja yang organized

  1. Uji bahagian teknikaliti gajet dan aplikasi 

Sebelum memulakan temuduga, uji dan lakukan terlebih dahulu pemeriksaan dalam beberapa perkara seperti bateri telefon atau komputer. Selain itu uji penggunaan aplikasi mesyuarat video yang akan digunakan agar tidaklah nampak terlalu kekok dan asing dengan penggunaan aplikasi tersebut. Hal ini juga kerana sesetengah aplikasi kerap mempunyai versi update terkini, jadi pastikan ia dikemaskini.

Yang paling penting anda juga perlu memastikan kamera dan suara berada dalam keadaan yang membuatkan anda selesa tatkala berkomunikasi ketika temuduga dijalankan. 

  1. Pakai pakaian yang kemas dan segak

Meskipun anda memohon kerja secara jarak jauh dan anda tidak perlu bersemuka dengan para penemuduga, itu tidak bermakna anda perlu mengambil lewa terhadap temuduga tersebut.

Persiapkan diri anda dengan pakaian yang sesuai bergaya, warna yang membuatkan anda kelihatan segar dan bersemangat. Pakai wangi-wangian untuk lebih menaikkan mood anda. 

Persiapan diri yang rapi juga akan menonjolkan keyakinan anda bahkan turut memberikan keyakinan kepada para penemuduga untuk memilih anda sebagai pekerja berdasarkan impresi penampilan yang memikat.

  1. Bersedia dengan jawapan mengenai persoalan pekerjaan jarak jauh

Majikan yang merekrut pekerja remote tentu akan menyaring secara terperinci calon yang berkelayakan bagi posisi jarak jauh. Justeru, ada kemungkinan mereka akan bertanyakan soalan yang boleh anda jangkakan. 

Berikut merupakan 10 pertanyaan yang sering ditanya oleh para majikan dan boleh anda lakukan persiapan awal:

  1. Adakah anda pernah mempunyai pengalaman bekerja secara jarak jauh sebelum ini?
  1. Apakah cabaran yang anda alami sepanjang bekerja secara jarak jauh? 
  1. Anda lebih cenderung bekerja di mana? 
  1. Bagaimana jadual harian anda? 
  1. Adakah anda pernah bekerja dengan rakan sekerja yang juga turut bekerja secara jarak jauh? Bagaimana anda dan rakan sekerja bekerjasama?
  1. Apakah medium/platform yang anda gunakan untuk berhubung dengan rakan sekerja anda semasa bekerja secara jarak jauh? 
  1. Apakah perkara yang paling utama yang anda tekankan untuk menjayakan projek atau kerja apabila bekerja secara jarak jauh ini? 
  1. Kongsikan pengalaman anda yang pernah berhadapan konflik dengan rakan sekerja yang lain? Bagaimana anda menyelesaikannya? 
  1. Bagaimana anda memberi tumpuan untuk bekerja semasa bekerja di rumah? 

Soalan ini mungkin nampak ringkas, namun anda memerlukan kecaknaan yang penuh tatkala menjawabnya. 

  1. Bersedia dengan soalan untuk ditanyakan kepada majikan

Satu perihal yang perlu juga anda fokus, di mana semasa temuduga bukan hanya bakal majikan yang boleh bertanyakan soalan kepada anda, tetapi anda juga boleh bersedia dengan soalan untuk ditanyakan. Namun ingat, soalan dan mempersoalkan adalah dua perkara berbeza.  

Kenapa bertanyakan soalan ini penting? Kerna ia menunjukkan anda bersungguh-sungguh cuba memahami dan memberi komitmen dalam pekerjaan yang bakal anda laksanakan secara jarak jauh ini. 

Selain itu, bertanya juga menunjukkan anda seorang pekerja yang proaktif dan berfikir secara kritis. 

Beberapa contoh soalan yang boleh ditanyakan adalah seperti:

  1. Bagaimanakah penilaian kerja diukur di syarikat ini? 
  2. Apakah contoh kursus dan latihan/upskill yang akan diberikan kepada pekerja baharu? 
  3. Apakah alat atau aplikasi yang pihak syarikat gunakan untuk memastikan komunikasi di syarikat berjalan secara efektif? 
  1. Hantar nota ucapan terima kasih kepada para penemuduga 

Antara teknik yang sering digunapakai oleh ramai pemohon yang berjaya untuk mendapatkan pekerjaan yang disasarkan ialah dengan menghantar nota ‘follow up’ terima kasih kepada pihak perekrut dan penemuduga yang telah berhubung dengan anda. 

Contoh ucapan yang boleh anda inspirasikan: 

Assalamualaikum,

Saya Nabil Fikri bin Azman ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Puan kerana peluang yang diberikan untuk temuduga bagi jawatan [PENGURUS PEMASARAN] di [SYARIKAT OASIS MEDIA CORPORATION].

Sesi temuduga tadi memberikan saya banyak pengetahuan dan informasi terutama mengenai skop kerja jawatan ini. Meskipun ia mencabar, namun saya teruja untuk membawa pengalaman yang saya ada untuk disumbangkan kepada syarikat Puan. 

Saya sedia untuk dihubungi pada bila-bila masa. Terima kasih sekali lagi atas kesudian pihak Syarikat Oasis Media Corporation untuk menemuduga saya. 

Yang Ikhlas, 

[Nabil Fikri bin Azman]

Senarai Laman Web Remote Job

Setelah siapnya resume dan cover letter, kini masa untuk anda memulakan ops pencarian kerja, dan pastinya soalan lazim yang sering ditanya adalah tempat di mana untuk bermula mencari kerja? Terdapat banyak laman web remote job yang sedang mencari orang yang berbakat atau talented seperti anda, persoalan yang tinggal mahu tidak mahu sahaja. Mari kita lihat apa laman web yang boleh anda cuba: 

  1. Flex Jobs – https://www.flexjobs.com/ 

Flexjobs mempunyai lebih daripada 50 kategori pekerjaan yang memaparkan kerja secara online atau secara jarak jauh dan mengikut tangga kerjaya. Ia termasuklah projek untuk pekerja bebas (freelance projects), kerja-kerja separuh masa atau sepenuh masa secara jarak jauh. 

Apa yang menarik, setiap pekerjaan telah disaring sebaiknya sebelum diiklankan, jadi anda tidak perlu khuatir mengenai iklan kerja yang scam atau palsu. 

  1. Just Remote – https://justremote.co/

Just Remote menyediakan maklumat yang mudah diakses dan memudahkan anda membuat pencarian melalui penyenaraian kategori kerja yang telah disusun rapi.

Setiap iklan kerja yang dipaparkan turut disertakan maklumat syarikat dan kriteria yang diperlukan bagi pemohon. 

Platform ini dibina khas untuk mereka yang berminat untuk meneroka peluang kerja jarak jauh di seantero dunia, tanpa memfokuskan spesifik lokasi ataupun negara. Mereka juga menyediakan khidmat Power Search di mana pemohon boleh melanggan senarai kerja jarak jauh mengikut pilihan peribadi atau keutamaan anda dan ianya tidak dipaparkan secara umum, dengan bayaran sebanyak USD12 sebulan. 

  1. We Work Remotely – https://weworkremotely.com/

Pelawat laman We Work Remotely telah mencecah 4.5 juta dan meletakkan mereka sebagai komuniti terbesar yang menawarkan senarai pekerjaan secara jarak jauh. Tidak seperti mana laman-laman web lain, We Work Remotely ini sering digunakan oleh syarikat-syarikat besar seperti Google, Amazon, Facebook, Github dan syarikat-syarikat multinasional lain. 

Laman ini menyediakan antaramuka (user interface) yang cukup ringkas dan mudah diakses sekaligus menjadikan pencarian kerja lebih efisien. 

Tambahan pula, laman web ini turut menyediakan banyak rujukan pekerjaan jarak jauh yang anda boleh rujuk. 

  1. Remote.co – https://remote.co/

Remote.co diasaskan oleh Sara Sutton, yang juga pengasas dan CEO kepada Flexjobs tadi. Tidak seperti Flexjobs, Remote.co memberi penekanan khusus kepada pekerjaan jarak jauh. Laman ini juga memudahkan anda untuk melakukan pencarian kerja yang ditawarkan mengikut kategori. Anda juga boleh menyaring pemilihan kerja anda mengikut tahap kerjaya anda, tangga gaji dan posisi tetap atau kontrak. 

  1. Dynamite Jobs – https://dynamitejobs.com/

Dikenali sebagai laman web yang paling memenuhi keinginan dikalangan para pencari kerja dan syarikat yang seangkatan dengannya, Dynamite Jobs memastikan 100% pekerjaan yang ditawarkan adalah pekerjaan secara jarak jauh dan mematuhi syarat mereka. 

Laman yang dibangunkan pada 2017 ini ditubuhkan bagi memenuhi hasrat pengasas syarikat (diawalnya startup) yang ingin mengembangkan lagi pasukan pekerja yang bekerja secara jarak jauh ini. Laman ini memperolehi testimoni yang positif, baik dari pihak majikan mahupun pekerja. 

Setiap minggu lebih dari 100+ pekerjaan yang berkualiti akan ditambah ke platform ini dan anda boleh membuat carian mengikut tapisan dan fungsi yang disediakan. Pemohon kerja boleh mendaftar secara percuma bagi menyertai program penempatan pekerjaan. Notifikasi terbaru dari industri pilihan juga akan sentiasa diberikan, serta peluang kerap untuk berhubung dengan majikan yang berpotensi.

  1. Working Nomads – https://www.workingnomads.com/jobs

Working Nomads merupakan laman web yang diasas dan diusahakan oleh satu pasangan digital nomads semasa mereka sedang travel dan bekerja secara jarak jauh. Laman ini menyenaraikan jawatan kerja jarak jauh yang banyak wujud di bidang IT. Kebanyakan kerja jarak jauh yang ditawarkan merupakan dalam bidang pembangunan web. 

Pun begitu, terdapat juga jawatan di posisi lain ditawarkan, antaranya pemasaran, pengurusan, jualan dan rekabentuk (design). Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, anda boleh melanggan emel mereka agar tidak terlepas informasi terkini lagi penting.

  1. Remotive – https://remotive.com/

Remotive merupakan laman yang menyiarkan tawaran kerja kosong jarak jauh dan langganan newsletter senarai kerja mungkin sama seperti platform lain. 

Namun apa yang unik mengenai Remotive, laman ini turut menyediakan ruang komuniti di mana pemohon boleh berdiskusi antara satu sama lain yang mana penyertaannya juga adalah percuma.

Cuma, sedikit perkara yang anda perlu tahu, laman Remotive sangat ‘cerewet’ dalam memilih iklan kerja jarak jauh untuk disiarkan. Ini menunjukkan kualiti mereka . Laman ini juga turut berkongsi lokasi-lokasi pekerjaan yang ditawarkan agar lebih memudahkan pengguna untuk mencari kerja mengikut lokasi yang diidamkan. 

  1. Remote OK – https://remoteok.com/

Remote OK merupakan antara laman web kerja jarak jauh yang mantap. Laman ini akan tag atau tandakan semua penyenaraian kerja kosong dengan label khusus agar memudahkan pengguna untuk melakukan pencarian kerja. Anda juga boleh saring terlebih dahulu maklumat yang dipaparkan, seperti jenis pekerjaan dan tahap pengalaman. Kalau anda nak tahu, laman ini mempunyai pilihan ‘non tech’ agar anda yang bukan dari bidang teknologi boleh turut serta mencari pekerjaan yang sesuai. 

  1. Skip The Drive – https://www.skipthedrive.com/

Skip The Drive ni melalui namanya sahaja kita boleh tahu boleh halatujunya. Laman web kerja jarak jauh memudahkan pengguna untuk mencari kerja kosong jarak jauh secara dalam talian. 

Terdapat 31 kategori yang disediakan bahkan mereka juga turut menyediakan aplikasi untuk memeriksa kemantapan resume anda. 

  1. Jobpresso – https://jobspresso.co/

Jobpresso merupakan sebuah laman pekerjaan jarak jauh yang mendapat sokongan dari banyak syarikat startup mahupun yang terkenal seperti WordPress, Zapier dan Trello. Laman ini memaparkan pekerjaan secara jarak jauh dalam bidang tech, khidmat pelanggan, pemasaran dan pelbagai lagi. 

Kebanyakan pekerjaan yang ditawarkan berlokasi di Amerika Syarikat, yang tentunya dengan gaji USD, akan tetapi tiada limitasi, terdapat banyak juga jawatan yang memberi peluang untuk anda bekerja dari mana-mana lokasi. Anda juga boleh memaparkan resume anda di profil peribadi di laman tersebut bagi mendapat perhatian para majikan. 

  1. EuropeRemotely – https://euremotejobs.com/ 

Sesuai dengan namanya, EuropeRemotely menyediakan senarai pekerjaan jarak jauh yang berpusat di Eropah. Laman web ini memaparkan peluang pekerjaan dalam bidang pengaturcaraan (programming), rekabentuk (design), jualan dan pemasaran, serta khidmat pelanggan. Meskipun laman ini hanya menghadkan kepada pekerjaan dan lokasi yang terpilih sahaja, namun bagi anda yang berminat untuk bekerja dalam zon waktu Eropah, dengan gaji EU barangkali, apa salahnya mencuba.

  1. Hubstaff Talent – https://talent.hubstaff.com/

Laman web ini telah membina satu jenama yang kukuh dimana sering dilihat bekerjasama dengan syarikat-syarikat berkualiti yang menawarkan pekerjaan yang kompetitif dari konteks gaji dan budaya kerja. Seumpama LinkedIn, anda perlu membina satu profil, dan mendapat kemudian akses akan diberi bagi senarai pekerjaan baharu, yang sentiasa dikemaskini. 

  1. Authentic Jobs – https://authenticjobs.com/

Authentic Jobs dapat meyakinkan anda bahawa mereka merupakan laman web yang terpaling ke hadapan bagi pereka (designer), pembangun perisian (software developer) dan pengkarya kreatif profesional. Laman ini telah wujud sejak 2005 lagi dan telah dimanfaatkan oleh syarikat besar seperti Apple, Facebook, New York Times dan Tesla. Namun tidak semua pekerjaan kosong yang ditawarkan di laman web ini merupakan pekerjaan jarak jauh semata-mata. Jadi, bagi anda yang hendak mencari kerja di laman web ini, pastikan anda memasukkan kata kunci “remote” dalam kotak carian. 

  1. Dice – https://www.dice.com/

Dice membantu untuk menghubungkan anda dengan bakal majikan dan profesional IT lain. Anda boleh melakukan carian dengan menulis jawatan kerja, kata kunci pilihan, syarikat dan paling penting, jika mahu bekerja secara remote – carian lokasi. Anda juga boleh mendaftar untuk memuat naik resume anda, mengakses maklumat gaji dan pendapatan, dan seterusnya mencari pekerjaan.

  1. AngelList Wellfound – https://wellfound.com/ 

Wellfound merupakan salah satu laman web untuk mencari kerja kosong jarak jauh dalam sektor startup. Malah, Uber, Facebook, Stripe dan Postmates semuanya menggunakan laman ini untuk mencari pekerja. Laman ini menawarkan banyak peluang pekerjaan jarak jauh – anda hanya perlu taip “remote only” di bahagian carian dan tapisan. 

Antara kelebihan laman web ini ialah anda boleh bersifat terbuka mengenai keutamaan yang ingin anda tekankan dalam pekerjaan serta ketelusan gaji (setiap pekerjaan yang diiklankan pasti akan dinyatakan jumlah gaji).

  1. Stack Overflow – https://stackoverflow.com/

Stack Overflow merupakan platform popular yang sering digunakan bagi pembangun perisian berdiskusi sesama sendiri. Yang menariknya, selain berdiskusi, ia juga menawarkan jawatan kosong, cuma ianya terhad kepada industri teknologi khususnya, pembangun perisian. Laman web kerja ini bebas daripada spam dan tawaran kerja palsu. Anda juga perlu menggunakan kata kunci ‘remote’ untuk melihat senarai pekerjaan jarak jauh. 

  1. Gun.io – https://gun.io/

Gun.io berhasrat untuk menghubungkan pembangun perisian (software developer) berkemahiran tinggi dengan klien yang berprofil jitu yang boleh menghargai hasil kerja. 

Klien yang hendak menggunakan laman web ini akan diperiksa dahulu dan pihak Gun.io memastikan klien yang dipilih adalah klien yang berhasrat menawarkan projek jangka masa panjang bersama para pekerja bebas (freelancer). Laman ini akan memudahkan anda untuk membangunkan profil di mana pemohon boleh memaparkan pencapaian, perkenalan diri melalui video dan menunjukkan portfolio atau hasil kerja. Yang membezakan laman ini dari yang lain ialah anda dapat melihat kadar rating klien terhadap profil anda. Caj bagi platform ini adalah mengikut kadar caj yang anda tentukan untuk servis anda. 

  1. Dribbble – https://dribbble.com/shots

Dribbble membantu para pekerja bebas (freelancer) pereka grafik untuk mempersembahkan hasil portfolio hasil kerja mereka agar lebih menonjol sekaligus mudah untuk mendapatkan projek berskala tinggi. Laman web ini sesuai bagi anda yang bekerja sebagai pereka ilustrasi, pereka UX, pereka produk atau pereka laman web. 

  1. PowerToFLy – https://powertofly.com/

PowerToFly merupakan satu laman web yang unik di mana ia memfokuskan dalam pembangunan para pencari kerja wanita dalam industri teknologi. Anda perlu pastikan anda meletakkan kata kunci ‘remote’ untuk mencari kerja jarak jauh. Sesudah mendaftar nanti, anda akan melalui sedikit proses untuk dipadankan dengan majikan yang berpotensi. 

  1. Indeed- https://malaysia.indeed.com/

Indeed akan menyenaraikan data pekerjaan kosong di internet dan seluruh dunia, menjadikan ia satu laman web yang kerap dikunjungi di bahagian enjin carian. Kebelakangan ini, penyenaraian kerja jarak jauh semakin bertambah. Sehhingga ini lebih dari 2,000 jenis pekerjaan jarak jauh yang ditawarkan. Yang paling mustahak, pastikan anda masukkan kata kunci ‘remote’ semasa melakukan carian.

  1. Freelancer Map – https://www.freelancermap.com/

Freelancer Map telah membantu ribuan pengunjung yang berada dalam bidang IT untuk mencari kerja jarak jauh dan kerja bebas (freelancing). Laman ini mencapai capaian global yang mana syarikat yang membuat pengiklanan kerja rata-ratanya datang melalui syarikat di Amerika Syarikat, Australia dan Czech. 

  1. Upwork – https://www.upwork.com/

Upwork merupakan satu laman web yang besar yang sering digunakan oleh syarikat seperti Dropbox, Airbnb dan Microsoft untuk mencari pekerja bebas (freelance) dan melalui kontrak. Laman ini mempunyai banyak kategori yang boleh anda teliti termasuklah bidang kejuruteraan, seni bina, jualan & pemasaran dan juga khidmat pelanggan. Yang paling utama, anda perlu bina satu profil yang mantap serta paparkan hasil kerja terlebih dahulu sebelum mencari kerja. 

  1. Fiverr – https://www.fiverr.com/

Fiverr merupakan satu laman pekerja bebas (freelancer) besar di mana anda boleh mencari ratusan jenis pekerjaan. Laman ini memberi fokus kepada “gig” – iaitu kerja dengan tugasan mikro dan penyediaan pantas misalnya suntingan audio rakaman dan transkripsi video. Laman ini sememangnya laman yang agak mudah untuk anda gunakan untuk carian kerja. Ada juga klien yang menawarkan kerja sebanyak minimum RM25 ringgit, namun terdapat banyak juga klien yang sudi menawarkan kerja yang lebih lumayan bayarannya berdasarkan peluang yang ada. Anda boleh gunakan Fiverr untuk membina portfolio hasil kerja anda.

  1. Freelancer.com – https://www.freelancer.com/

Freelancer.com mengumumkan bahawa laman web mereka sebagai “terbesar dalam kategori pekerja bebas di dunia”. Ini berikutan kerana laman ini telah menghubungkan beribu majikan dan pekerja dari seluruh dunia. Anda boleh layari pekerjaan yang ditawarkan tanpa perlu membina profil, namun perlu anda memiliki akaun jika hendak menerima projek yang ditawarkan. 

  1. Idealist- https://www.idealist.org/en

Idealist mungkin tidak mengehadkan kepada kerja jarak jauh semata, namun ia turut menampilkan pekerjaan kerja berkualiti secara jarak jauh mahupun dekat dari seluruh dunia (pastikan anda meletakkan kata kunci ‘remote’ di bahagian carian). Di laman web ini juga, terdapat organisasi seperti NGO atau mana-mana organisasi yang ingin melakukan program berinisiatifkan CSR menjadikan portal ini lebih banyak penyertaan berbanding laman lain. 

  1. The Muse- https://www.themuse.com/

Dengan ruang antaramuka (user interface) yang tersusun dan ringkas pastinya memberikan keselesaan kepada mana-mana pencari kerja yang mengunjunginya. Apa yang membuatkan laman The Muse ini unik berbanding laman web lain ialah mereka mempunyai akses coaching dalam talian secara bersemuka, kursus dalam talian yang boleh membantu anda berhadapan dengan cabaran seperti bernegosiasi rundingan harga dengan bakal majikan atau klien.

  1. SolidGigs – https://solidgigs.com/

Namapun ‘gigs’ jadi, laman web ini memberi penekanan kepada pekerjaan berteraskan kontrak serta ‘gig-style remote job’. Solid Gigs menawarkan pengguna dua caj perkhidmatan iaitu langganan secara mingguan atau bulanan. 

Yang paling mengujakan ialah, langganan bulanan juga akan turut memberikan anda akses tambahan iaitu akses menyertai kursus-kursus dalam talian yang dianjurkan, temubual, template, skrip dan sokongan lain untuk memudahkan anda mendapatkan lebih banyak kerja, berunding dan melakukan pembentangan kepada klien sekaligus meningkatkan keupayaan kerja anda. 

  1. Toptal – https://www.toptal.com/

Tumpuan utama Toptal adalah untuk menawarkan kepada pekerja yang berbakat kepada syarikat besar seperti Shopify, Thumbtack, Priceline, USC dan lain-lain. 

Rangkaian berasaskan aplikasi mereka ini direka untuk hanya menerima pekerja yang betul-betul hebat dalam pelbagai bidang termasuklah pembangun perisian bebas, pereka bentuk, pakar kewangan, pengurus produk dan pengurus projek. Jika permohonan bekerja anda diluluskan di laman ini, anda berpeluang untuk mendapat akses dengan pekerjaan yang bergaji lumayan serta syarikat yang mempunyai reputasi tinggi. 

  1. Outsourcely – https://www.outsourcely.com/

Outsourcely ialah platform yang padan benar bagi anda yang berminat untuk mencari kerja jauh sepenuh masa. Dengan mencipta profil di platform ini, anda akan meletakkan diri anda di tempat yang strategik serta berpeluang untuk menawarkan diri anda kepada syarikat yang ingin mencari pekerja yang berminat untuk bekerja secara jarak jauh dalam jangka masa panjang, bukan hanya berasaskan projek ataupun gig.

  1. Workew – https://workew.com/

Workew ialah laman web kerja jarak jauh yang umum yang mudah ditapis dan dilayari. 

Anda boleh menanda (bookmark) pekerjaan jarak jauh yang anda minati, malah anda juga boleh mendaftar supaya mudah untuk mendapat notifikasi Twitter sekiranya ada kerja kosong jarak jauh yang baharu diiklankan. Paling penting, laman web ini adalah percuma.

  1. Remote4me- https://remote4me.com/

Remote4me adalah laman web aggregator yang lebih menumpukan kepada bidang teknologi dan banyak menawarkan pekerjaan seperti kepada pembangun perisian dan jurutera. Pun begitu, terdapat juga pekerjaan yang ditawarkan kepada bidang bukan teknologi seperti dalam bidang jualan, sumber manusia dan penulisan. 

  1. Himalayas- https://himalayas.app/

Portal Himalayas ini akan memberikan anda pengalaman carian kerja jarak jauh dengan lancar, pantas dan cekap. 

Dengan kelebihan ciri  ‘zon masa’ yang disediakan, menjadikan senarai kerja jauh lebih tersusun dengan sistematik tanpa mengira lokasi anda. 

Perkara yang paling menarik tentang laman ini ialah profil syarikat majikan yang dipaparkan memudahkan pemohon untuk memahami budaya, misi, dan faedah yang disediakan kepada pekerja, agar dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat dan memenuhi kriteria carian anda. 

  1. Lensa – https://lensa.com/

Seperti mana-mana laman enjin carian pekerjaan lain, Lensa menyediakan gambaran keseluruhan syarikat dan profil dalam senarai mereka. 

Apa yang membezakan Lensa ialah proses penapisannya. Anda hanya perlu memasukkan kata kunci “remote” semasa membuat carian bagi mendapatkan senarai pilihan pekerjaan yang selari dengan nilai syarikat seperti keseimbangan kehidupan – kerja (work life balance), professional growth, pengiktirafan dan sokongan.

  1. Contena – https://www.contena.co/

Laman Contena menduduki tempat teratas dalam carta pilihan senarai laman kerja jarak jauh yang memberi penekanan kepada penulisan dan penyuntingan. Ini kerana mereka sudah banyak membantu penulis, editor dan pengurus kandungan (content manager) untuk mencari pekerjaan yang membolehkan mereka menulis dari mana-mana sahaja secara sepenuh masa atau separuh masa. 

Antara contoh iklan pekerjaan yang diiklankan baru-baru ini ialah seperti copywriter dengan jumlah gaji USD6,000 sebulan di syarikat pembangunan aplikasi, iklan penulisan sukan, pekerjaan menulis kandungan berkaitan fotografi dan beribu-ribu lagi yang merangkumi pelbagai industri serta dengan syarikat yang bereputasi tinggi. 

  1. Textbroker – https://www.textbroker.com/

Textbroker ialah laman web yang agak menakjubkan untuk penulis yang mengidamkan pekerjaan jarak jauh berdasarkan fleksibiliti masa. 

Selepas memuat naik  artikel pendek, penulisan anda akan dinilai pada skala 2 hingga 4 bintang. Jangan khuatir, jika tidak berpuas hati, anda boleh meningkatkan rating anda dari semasa ke semasa. 

Bermula dari situ, anda akan layak untuk mengambil pekerjaan yang dibayar setiap perkataan. Pembayaran dibuat setiap minggu melalui PayPal. 

  1. Freelance Writing – https://www.freelancewriting.com/

Laman web Freelance Writing ini telah wujud sejak tahun 1997 lagi. Bagi anda yang telah memulakan blog sendiri, atau mungkin kepakaran anda ialah menulis kandungan, meningkatkan trafik ke blog, menulis siaran akhbar (press release) atau penerangan produk, anda akan dapati banyak pekerjaan yang serasi dengan anda di sini. 

Selain itu, Freelance Writing juga sering mengadakan peraduan penulisan untuk membantu meningkatkan kualiti penulisan dan meningkatkan usaha anda untuk menjana wang.

  1. Axiom Law- https://www.axiomlaw.com/

Jangan ingat bahawa pekerjaan jauh terhad kepada industri teknologi sahaja. 

Axiom Law menunjukkan bahawa masa depan dalam kerjaya undang-undang juga wujud secara jarak jauh, dan mereka telah mencipta platform yang menarik untuk memadankan peguam berbakat dengan syarikat inovatif yang ingin melantik pasukan undang-undang moden secara jarak jauh. 

Untuk menjadi ahli rangkaian Axiom, anda akan menjalani proses pemeriksaan menyeluruh melalui beberapa siri temu duga. 

  1. Hitmarker – https://hitmarker.net/

Adakah anda mempunyai keghairahan dengan sektor e-sukan dan gaming?

Jadi, Hitmarker adalah laman web kerja jarak jauh yang khas untuk anda. Jawatan dibahagikan mengikut tahap Junior, Intermediate dan Senior, dan  mengikut kontrak iaitu sepenuh masa, sambilan, bebas dan sukarelawan. 

Sebahagian besar penyenaraian yang terdapat di laman ini adalah untuk tahap pemula (entry-level), menjadikan laman ini sebagai permulaan yang hebat untuk anda jejakkan kaki ke dalam pekerjaan secara jarak jauh dalam industri yang anda gemari.

  1. Travel Massive- https://www.travelmassive.com/

Travel Massive ialah laman web kerja jarak jauh yang memberi tumpuan kepada industri pelancongan. Jika anda menaruh minat untuk melancong, ingin meneroka dunia, anda boleh pertimbangkan untuk meneroka laman web Travel Massive ini untuk mencari pekerjaan ‘remote’ yang sepadan dengan kembara anda.

Paling penting anda perlu letakkan kata kunci ‘remote’ dalam enjin carian agar ia dapat menyenaraikan semua pekerjaan yang berkaitan jarak jauh. 

  1. TranslatorsCafe- https://www.translatorscafe.com/cafe/

TranslatorsCafe merupakan platform kerja jarak jauh yang aktif, sentiasa dikemaskini dengan senarai yang tertumpu kepada bidang linguistik dan terjemahan. 

Pendaftaran adalah percuma dan anda akan mendapat akses segera kepada senarai kerja jarak jauh seperti terjemahan, interpretasi, sari kata, transkripsi dan kerja alih suara. 

Jika anda seorang editor yang mencari kerja kosong jarak jauh berasaskan bahasa, ini adalah platform yang ideal untuk anda.

  1. Glassdoor- https://www.glassdoor.com/

Seperti Indeed, SimplyHired dan ZipRecruiter, platform ini mengumpulkan semua  pekerjaan jarak jauh dari internet dan menghimpunkannya ke dalam satu pangkalan data yang mudah dicari. 

Anda hanya perlu taip terma ‘remote job’ ke dalam enjin carian dan anda akan mempunyai akses segera kepada beribu-ribu peluang kerja jarak jauh yang boleh anda mohon serta-merta.

  1. Foundit- https://www.foundit.my/

Sebut sahaja mengenai laman cari kerja, antara yang sering jadi sebutan ialah Foundit yang sebelum ini lebih dikenali sebagai Monster. 

Sebagai salah satu laman terawal pekerjaan di internet, Foundit masih lagi  berkembang dan kukuh menawarkan senarai kerja jarak jauh yang semakin mendapat permintaan. 

Anda akan dapati beribu-ribu pekerjaan jarak jauh yang diiklankan dalam pelbagai bidang. Yang penting muat naik dahulu resume anda untuk memastikan majikan dapat melihat kredibiliti anda.

  1. 99designs – https://99designs.com/ 

Tidak jauh bezanya dair laman Upwork dan Fiverr, 99designs ialah komuniti dalam talian di mana pereka grafik dan ilustrasi boleh mempamerkan hasil kerja mereka, berhubung dengan bakal klien dan bersaing untuk mendapatkan projek dan kerja terutamanya. Namun begitu, hanya pekerjaan tertentu sahaja datang sekali-sekala daripada projek ini. 

Kategori reka bentuk terdiri daripada reka bentuk laman web, business card, menginovasikan atau membaikpulih jenama bisnes, menjadikan laman web ini hab yang hebat untuk pelbagai kategori designer! Namun terdapat sedikit bayaran dikenakan bagi anda yang ingin menyertai.

  1. All Remote – https://allremote.jobs/

All Remote pastinya syurga carian kerja kosong bagi anda yang ingin mencari kerja jarak jauh. Sebagaimana nama yang tertera, semua pekerjaan yang ditawarkan adalah secara jarak jauh bahkan semua pekerja All Remote juga beroperasi secara jarak jauh.

Laman yang berpusat di Singapura ini menawarkan kerja jarak di seluruh dunia dan antara syarikat yang pernah menggunakan khidmat mereka ialah Zenius, Gojek Tech, Akselaran, nama-nama yang tidak asing dalam dunia startup di Asia. Sejumlah besar pekerjaan yang ditawarkan dalam bidang teknologi seperti pengaturcara (programmer), pereka web, pencipta perisian dan bidang lain selain teknologi juga ada disenaraikan seperti editorial, pengurus projek dan pengurusan sumber manusia. 

Bagi anda yang ingin meneroka kerja luar negara tapi tetap kekal berada di Malaysia, nah laman web ini untuk anda. Bak kata orang putih Stay local, Work global. 

  1. Simplyhired – https://www.simplyhired.com/search?q=100%25+telecommute&l=remote

Simplyhired merupakan platform pengiklanan kerja berbentuk enjin carian yang  berada di bawah kelolaan Indeed dan berpusat di Amerika Syarikat. Simplyhired juga menyediakan tapisan (filter) seperti purata gaji, waktu bekerja termasuklah pilihan untuk bekerja secara jarak jauh dan tarikh mula bekerja. Selain itu, butiran syarikat juga turut disediakan dengan lengkap dan memudahkan anda untuk membuat pilihan syarikat yang anda gemari. 

Sebaik sahaja akaun didaftarkan, anda perlu memuat naik resume berdasarkan platform resume yang disediakan oleh pihak Simplyhired. Setelah memilih syarikat yang anda inginkan, anda boleh terus memohon kerja yang tersedia. Jangan bimbang permohonan kerja adalah percuma.

  1. Maukerja – https://www.maukerja.my/

Sebagai warganegara bermastautin di Malaysia, tentunya Maukerja tidak lagi asing bagi anda. Maukerja merupakan laman pengiklanan kerja yang cukup aktif di negara-negara di Asia dan pernah mendapat anugerah pengiktirafan Portal Kerja Terbaik Asia 2018 dengan lebih 4 juta pengguna. Jika anda masuk anda akan dapati laman ini cukup bermaklumat kerana ia turut mempunyai forum perbincangan, video tips, panduan mengenai kerjaya, serta profil syarikat yang anda boleh lawati. 

Banyak syarikat tempatan di Malaysia dan antarabangsa yang menggunakan aplikasi Maukerja bagi mencari bakat-bakat baharu yang berkelayakan. Bagi anda yang berminat anda boleh terus memohon di laman web ini. Selain memohon secara manual, terdapat juga pilihan di mana anda boleh memuat naik resume anda, dan mereka akan mengesyorkan anda kepada majikan yang bersesuaian. Jika ada pihak majikan berminat, mereka akan menghubungi anda. 

  1. Hiredly – https://my.hiredly.com/

Hiredly merupakan laman web kerja di Malaysia yang mana sebelum ini dikenali sebagai WOBB yang diasaskan oleh Derek Toh, kini merupakan CEO Hiredly. Banyak syarikat tempatan dan antarabangsa seperti Oppo, Heriot Watt University, Hong Leong Bank, Lalamove menggunakan Hiredly.

Di Hiredly, pelbagai jenis pekerjaan ditawarkan dalam pelbagai bidang seperti industri kreatif, khidmat pelanggan, jurutera, sumber manusia bahkan undang-undang juga turut ada. Anda boleh mencari pekerjaan mengikut pengalaman, jenis pekerjaan, lokasi dan jenis syarikat. Syarikat yang mengiklankan pekerjaan juga turut berkongsi ‘benefits’ yang anda akan perolehi sebagai pekerja. 

Malah, terdapat juga syarikat yang mengiklankan tawaran latihan industri kepada para pelajar. Jadi, jika anda sedang mencari kerja kosong secara jarak jauh di Malaysia, jangan lupa skrol laman web Hiredly ini, dengan kata kunci carian “remote”.

  1. JobsDB – https://sg.jobsdb.com/Malaysia-jobs

Berminat untuk bekerja dengan syarikat dari Singapura tapi tetap berada di Malaysia? Disini, syarikat-syarikat dari Singapura banyak mengiklankan kerja bagi mencari bakat-bakat berkelayakan dari Malaysia dalam pelbagai industri termasuklah media, kejuruteraan, kesihatan, perakaunan dan sebagainya. 

Banyak manfaat yang ditawarkan termasuklah peluang untuk anda travel ke Singapore secara percuma.

  1. Jobstreet – https://www.jobstreet.com.my/

Jobstreet merupakan laman web carian kerja yang tidak terpisah di kalangan pencari kerja. Banyak pekerjaan yang boleh anda pilih mengikut industri seperti industri perhotelan, pengaturcaraan (programming), kesihatan, pendidikan dan pelbagai lagi. Terdapat juga kategori khas dan carian untuk kerja jarak jauh.

Yang menariknya, di Jobstreet anda juga boleh melihat profil syarikat yang mana terdapat rating serta review yang diberikan oleh bekas pekerja syarikat tersebut. Jadinya anda boleh membuat penilaian yang teliti sebelum memilih syarikat yang ingin dipohon. Selain itu, terdapat juga ruang nasihat kerjaya di mana anda boleh mendapatkan artikel-artikel berkaitan kerjaya dan boleh bertanyakan soalan kepada pihak JobStreet. 

  1. Jobstore – https://www.jobstore.com/my

Jobstore merupakan laman carian kerja yang sangat mesra pengguna dan mudah diakses. Terdapat pilihan ‘remote’ bagi anda yang ingin mencari kerja jarak jauh. Namun begitu, anda tidak dapat melihat jumlah gaji yang ditawarkan bagi pekerjaan yang diiklankan selagi anda belum mendaftar.

Jobstore juga sentiasa mengemaskini pekerjaan-pekerjaan terbaru dan sehingga kini sebanyak 9,825 pekerjaan telah diiklankan. Apa yang menarik, laman ini menyediakan profil syarikat bagi memudahkan anda untuk membuat penilaian tentang syarikat yang anda ingin mohon. Anda juga boleh muat naik aplikasi Jobstore ini di telefon bimbit agar boleh diakses dengan lebih pantas. 

  1. Ricebowl – https://www.ricebowl.my/

Demi semangkuk nasi, Ricebowl boleh anda gunakan untuk carian kerja kosong di Malaysia. Selain daripada industri-industri biasa yang ditawarkan, Ricebowl juga turut membuka peluang pekerjaan dalam bidang alam sekitar, pertanian, sukan pelancongan, perlombongan, kajian pembangunan, research & development dan banyak lagi yang anda jarang ditemui di laman web carian kerja tempatan yang lain. 

Antara kemudahan yang terdapat di laman web ini ialah Pemeriksa ATS (ATS Checker) bagi menilai resume anda, juga forum dan blog yang anda boleh dapatkan informasi, tips dan panduan kerjaya.

  1.  LinkedIn – https://www.linkedin.com/

LinkedIn merupakan antara laman web pekerjaan yang terkenal dalam bentuk media sosial yang memudahkan anda untuk berhubung dengan bakal majikan serta rakan rangkaian anda khususnya bagi mereka yang terlibat dalam bidang profesional. Ramai golongan profesional suka membuat perkongsian di LinkedIn mengenai data dan informasi terbaharu dalam bidang mereka.  

Berdasarkan laporan LinkedIn, 7 juta rakyat Malaysia telah berdaftar dengan LinkedIn iaitu mewakili 20.5% populasi penduduk negara ini. LinkedIn menawarkan pekerjaan dalam pelbagai sektor dan bidang serta turut menyediakan kursus-kursus percuma dan berbayar bagi membantu para pemohon kerja untuk menonjolkan kredibiliti mereka. 

Dengan profil LinkedIn yang dimiliki, anda perlu gunakan sebaiknya untuk menarik bakal-bakal majikan yang berpotensi. Anda boleh kongsikan portfolio, pengalaman, resume anda dan banyak lagi secara kreatif. Bakal majikan suka melihat profil pemohon yang proaktif dan positif, jadi pastikan anda permantap dan manfaatkan profil akaun LinkedIn anda dengan sebaiknya.

  1. Talent – https://my.talent.com/en/

Laman web carian kerja yang bukan asing lagi di seantero dunia termasuklah pencarian kerja secara jarak jauh. Laman yang diasaskan oleh Lucas Martínez, Maxime Droux dan Benjamin Philion kini telah berkembang di 75 buah negara dengan 30 juta kerja kosong yang telah berjaya diiklankan. 

Laman ini mempunyai keunikan tersendiri di mana ia menawarkan kemudahan untuk membuat perbandingan gaji, pengiraan cukai secara interaktif serta pecahan gaji kepada skala yang lebih kepada jam. Semua kemudahan yang ditawarkan ini pastinya akan membantu anda untuk lebih cekap dan mahir dalam membuat penilaian gaji sebelum memohon dan menerima tawaran kerja. 

  1. Randstad – https://www.randstad.com.my/

Randstad merupakan sebuah laman web pekerjaan yang profesional dan telah mendapat anugerah Agensi Perekrutan Terbaik di Malaysia oleh APAC Insider di Anugerah Bisnes Asia Tenggara 2022.

Laman ini memberi fokus terhadap beberapa industri terpilih iaitu kewangan, kejuruteraan, sumber manusia, pembinaan, jualan dan pemasaran. 

Bukan sahaja menyediakan kemudahan ciri carian kerja, mereka turut menawarkan servis konsultasi dan menyediakan akses laporan pekerjaan yang anda boleh rujuk untuk mendapatkan informasi tambahan. 

  1. Jora – https://my.jora.com/

Jora merupakan laman web cari kerja kosong percuma yang anda boleh terokai dan telah beroperasi di 25 negara umpamanya Australia, New Zealand, Thailand, Bangladesh dan India. Laman ini akan memaparkan banyak tawaran kerja kosong dari pelbagai laman cari kerja yang lain. Jadi anda boleh terus pohon di laman ini.

Menariknya portal kerja ini percuma bagi pemohon tanpa perlu memuat naik resume. Anda hanya perlu mengisi butiran yang diminta bagi melengkapkan profil anda. 

Pastikan sebelum memohon kerja, anda meletakkan kata kunci ‘remote’ bagi memudahkan carian kerja jarak jauh. Jika anda tidak ingin terlepas sebarang tawaran kerja, jangan lupa langgan emel portal Jora agar segera mendapat notifikasi terkini.

  1. Fastjobs – https://www.fastjobs.my/

Jika anda ingin mendapatkan pekerjaan secara lincah dan pantas, inilah laman yang anda perlu layari. 

Fastjobs merupakan laman web yang menghubungkan pekerja dan majikan yang berpotensi dengan pantas. Berdasarkan kajian mereka, 85% majikan memberi respons dalam masa seminggu, ini bermakna bagi anda yang begitu tidak sabar untuk mengetahui keputusan permohonan kerja, portal ini dicipta khas untuk anda. 

Fastjobs juga turut mendapat anugerah aplikasi mudah alih yang anda boleh muat turun di aplikasi Google Play dan Apple Store. Anda juga boleh mempersiapkan resume ringkas di laman ini, jadi usah bimbang jika anda belum memiliki resume. Selain itu, Fastjobs menghubungkan anda dengan bakal majikan melalui Whatsapp, jadi anda akan berpeluang untuk berkomunikasi dengan majikan secara text message

  1. MYFutureJobs – https://candidates.myfuturejobs.gov.my/

Portal Pekerjaan Nasional Malaysia ini adalah inisiatif oleh Pihak Kementerian Sumber Manusia untuk membantu pencari kerja dan majikan serta memanfaatkan perkhidmatan sumber manusia negara yang merangkumi penempatan pekerjaan, kaunseling kerjaya, kaunseling mendalam bagi golongan yang mengalami kesulitan, bantuan mobiliti, bantuan kewangan untuk kehilangan pekerjaan dan program pasaran buruh aktif. 

Bukan itu sahaja, laman portal MYfuturejobs turut dilengkapi dengan pelbagai informasi yang boleh dirujuk seperti dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), sistem insurans pekerjaan serta blog dan artikel bermanfaat mengenai kerjaya. MYFutureJobs ini percuma untuk diakses bagi pemohon kerja dan majikan. 

  1. Jobgether – https://jobgether.com/

Jobgether merupakan portal kerja yang diasaskan sewaktu zaman Covid-19, bagi mewujudkan pekerjaan fleksibel dari konteks lokasi, waktu dan jenis pekerjaan iaitu sama ada secara kontrak, tetap, dan jarak jauh. 

Pemohon kerja yang berminat boleh mendaftar secara percuma, pun begitu, bagi mereka yang ingin mendapatkan akses premium, perlulah mendaftar akaun premium terlebih dahulu bagi mendapat akses tambahan seperti maklumat syarikat yang terperinci dan keterlihatan profil yang tinggi di enjin carian. 

  1.  Swifty – https://swifty.my/

Swifty merupakan laman pekerjaan yang berteraskan aplikasi mudah alih dan banyak menawarkan pekerjaan bebas (freelance) termasuklah pekerjaan yang boleh dilakukan secara jarak jauh. Sejumlah besar syarikat tempatan telah menggunakan aplikasi ini termasuklah SAYS, Mstar, HotFM, MAGIC, Astro Awani, MDEC, Hermo dan pelbagai syarikat ternama lain lagi. 

Namun begitu, anda terlebih dahulu perlu memuat turun aplikasi ini di Google Play atau Apple Store. Seterusnya, mendaftar akaun, kemudian mencari pekerjaan yang anda idamkan. Terdapat kotak sembang (Chatbox) untuk anda berkomunikasi dengan klien atau bakal majikan. 

Jika anda belum biasa menggunakan laman kerja jarak luar negara, anda boleh memanfaatkan laman kerja tempatan ini sebelum melangkah jauh bekerja dengan syarikat luar negara.

  1. Scikey – https://www.scikey.ai/jobs/jobs-by-job-type/remote-jobs 

Scikey boleh dikatakan antara laman web carian kerja sohor kini dan semakin mendapat sambutan di kalangan syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa. Selain dari industri teknologi, turut ditawarkan juga peluang pekerjaan dalam bidang seperti industri kreatif, pendidikan, perakaunan, pengurusan perniagaan dan pelbagai kategori penting lain lagi.

Antara syarikat tempatan dan antarabangsa yang menyenaraikan jawatan kosong di laman web ini ialah Maybank, AIA, DHL, Cargill, Carsome dan Vodafone.

Bukan itu sahaja, laman ini juga turut dilengkapi dengan pelbagai informasi yang boleh dirujuk untuk mendapat pelbagai informasi dan manfaat mengenai kerjaya.

Rumusan

Kami kira realiti remote job ini menjadikan pekerjaan mampu dilakukan di mana sahaja tanpa sempadan. Besar jumlahnya peluang pekerjaan remote yang boleh anda terokai. Tanpa perlu merentasi sempadan anda boleh ceburi apa sahaja bidang yang diidamkan, semuanya berada dihujung jari.

Jadi, look alive! Gunakan kesempatan masa yang ada untuk memulakan ops pencarian kerja remote. Selari dengan ungkapan dari Ramli Sarip “Jangan fikir lama-lama, nanti lama-lama, dia diambil orang” konsekuen dari tiadanya tindakan amat merugikan anda. Peluang-peluang jawatan kosong yang dipaparkan di laman-laman web tersebut berlalu begitu sahaja. 

Jadi, bertindak sekarang, mulakan langkah pertama berdasarkan panduan dan kesemua laman web yang kami kongsikan. Doa kami semoga usaha anda diberkati dan terus maju-jaya dalam apa sahaja kerjaya yang anda ceburi. 

Sekian. Terima kasih.

PS: Bonus percuma untuk anda kerana menunjukkan semangat dan komitmen mantap membaca sehingga penghujung artikel muaturun 10 template resume berprestasti tinggi disini.

PSS: Masih setia membaca? Kami kongsikan lagi, panduan cara mencari kerja di LinkedIn, melalui “Teknik Outreach LinkedInmuaturun percuma disini.

PSSS: Masih lagi belum berganjak? Kami salute dengan semangat anda, jadi, kami beri lagi teknik follow up efektif selepas temuduga, muaturun percuma disini.

Share via
Copy link
Powered by Social Snap