8 Tips Dan Panduan Menulis Resume Terbaik

Resume sangat penting untuk mencari kerja, dan sejujurnya menghasilkan sebuah resume bukanlah satu perkara yang mudah. Sehingga kadang-kadang, anda tidak tahu dari mana anda perlu mulakan untuk menulis resume. 

Namun jangan bimbang, kami telah menyusun beberapa panduan resume yang terbaik dan pasti akan memudahkan anda untuk menulis resume kerja di samping membuatkan calon majikan anda kagum dengan anda. 

Dengan menulis resume yang baik, semoga anda dimudahkan untuk mendapat pekerjaan yang diinginkan. Sudah bersedia untuk mengemas kini resume? Jom..

1. Persembahan design resume

Pastikan anda tidak melebih-lebih menata rias resume anda sehingga kelihatan serabut. Resume yang sempurna cukup di tatarias menggunakan rekaan yang minimalis. Gunakan ruang mencukupi, pastikan jarak antara ayat sekurang-kurangnya 0.7 inci, dan saiz tulisan tidak kurang dari 11.

2. Kongsikan maklumat perhubungan

Tujuannya agar majikan mudah menghubungi anda apabila anda memberikan maklumat perhubungan. Sayang jika anda terpilih, namun tidak dihubungi kerana maklumat perhubungan tidak disertakan. Peluang anda akan terlepas begitu saja. 

3. Serlahkan kemahiran anda

Jangan membuat calon majikan terpaksa mencari maklumat yang paling utama pada resume anda. Sertakan jadual kemahiran insaniah (soft skill) dan kemahiran teknikal (hard skill) yang anda miliki.

Pastikan kemahiran tersebut diberi penekanan sehingga majikan sedar apakah kelayakan anda. Anda juga digalakkan menulis kemahiran ini berdasarkan kata kunci yang ada pada deskripsi pekerjaan.

4. Senaraikan pengalaman kerja anda

Untuk bahagian ini, anda harus senaraikan syarikat yang anda pernah bekerja, jawatan anda, tempoh bekerja, dan isi penting yang menceritakan pencapaian dan tanggungjawab anda dalam bentuk bullet point agar mudah dibaca oleh pihak majikan. 

5. Kongsikan data pencapaian Jika Ada

Jika anda mampu dan boleh gunakan data yang tepat, gunakan nilai data kerana ia lebih kukuh dan mudah meningkatkan keeprcayaan majikan terhadap anda -Data juga akan menunjukkan sejauh mana pencapaian yang telah anda lakukan. 

6. Sertakan pekerjaan lain jika ada

Jangan takut untuk berkongsi pekerjaan lain yang pada pandangan anda tidak ada kaitan langsung dengan jawatan yang anda mohon.

Tulis sahaja pengalaman pekerjaan yang ada terutama apabila pengalaman kerja anda masih kurang.

Pengalaman kerja yang berlainan bidang atau tidak berkaitan boleh digunakan untuk menceritakan kemahiran dan kualiti kerja anda. 

7. Kongsikan gred

Kebanyakan pekerjaan memerlukan sijil pengiktirafan contohnya sijil  Pendidikan. Jika perlu, maka letakkan sahaja dalam resume anda.

Untuk nilai CGPA, ia bergantung kepada anda sama ada untuk meletakkan ataupun tidak, namun ia agak berbaloi sebenarnya untuk diletakkan jika anda berjaya mencapai gred yang tinggi.

8. Pastikan padat dan Ringkas: Hadkan resume anda hingga 2 halaman yang paling banyak. 

Share via
Copy link
Powered by Social Snap