Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai CV Dan Resume?

“CV tu apa ya?”  Resume tu macam mana pulak? Pening lah ~  Soalan ini  pasti sering bermain di fikiran setiap calon

Jangan bimbang! Admin akan menerangkan kepada anda dengan jelas apa itu CV. Bukan sekadar fungsinya sahaja namun admin akan membuat perbandingan antara CV dengan resume. Jadi nanti anda boleh buat sendiri penilaian adakah CV ini satu keperluan untuk anda atau tidak.

Curriculum Vitae

Curriculum Vitae, lebih dikenali dengan perkataan ringkasnya iaitu CV (istilah dalam bahasa latin yang membawa maksud kursus hidup/ life courses).

Tidak seperti resume, yang hanya menyenaraikan pengalaman kerja, juga hanya terdapat sedikit huraian mengenai kemahiran dan pendidikan anda, CV pula dokumen yang jauh lebih komprehensif. 

CV merupakan dokumen yang akan menerangkan sesuatu maklumat dengan terperinci — misalnya seperti pencapaian, anugerah, penghargaan dan penerbitan, terutamanya perkara-perkara yang menjadi perhatian universiti untuk mereka mengambil tenaga pengajar bagi institusi mereka

Berbeza dengan resume, yang mana panjang maksimumnya hanyalah dua halaman, panjang halaman CV boleh mencecah 2, 6, atau 12 halaman — bergantung kepada pencapaian profesional anda.

Siapa yang lebih sesuai menggunakan CV?

Seperti yang dinyatakan secara ringkas di atas, CV lebih popular dalam kalangan ahli akademik kerana pelajar siswazah perlu menerbitkan karya mereka sepanjang tempoh pasca siswazah mereka.

Walaupun tidak diragukan lagi nilai gred dan skor ujian bagi penuntut institusi pendidikan tinggi, namun pihak majikan juga ingin melihat secara ringkas di mana jurnal calon diterbitkan. 

Siapa lagi yang menggunakan CV selain ahli akademik? 

Anda benar, ahli akademik bukan satu-satunya pekerjaan yang perlu menulis CV. Penggunaan CV ini juga bergantung kepada negara, syarikat, dan bidang yang anda mohon.

Di luar negara seperti negara eropah iaitu UK, Ireland, dan New Zealand, mereka lebih mengutamakan CV. CV digunakan dalam semua konteks dan resume tidak digunakan sama sekali.

Kalau anda bercadang untuk memohon kerja di luar negara, anda perlu periksa dahulu negara dan syarikat tersebut mahukan resume atau CV.

Apa perbezaan antara CV dan resume?

Jawapan ringkas: Kadar panjang halaman. 

Jawapan panjang: Perbezaan CV dan resume ialah CV  bukan dokumen yang perlu disesuaikan mengikut jawatan yang dimohon.

Sebaliknya, CV adalah “ringkasan keseluruhan secara terperinci mengenai pencapaian hidup anda, terutama yang paling relevan dengan bidang akademik. 

CV hanya akan berubah apabila pencapaian anda bertambah — Misalnya apabila anda ada menerbitkan hasil kajian ilmiah, atau karya kreatif, atau anda ada menerima anugerah akademik—

Manakala resume boleh dan perlu diubah sentiasa mengikut kesesuaian jawatan, pangkat dan organisasi yang dimohon. 

Tetapi, bagaimana untuk tahu CV atau resume yang perlu digunakan untuk memohon pekerjaan ? 

Jika anda masih keliru untuk menggunakan CV atau resume, biasanya deskripsi atau iklan jawatan itu ada menyatakan jenis dokumen yang mereka mahukan. 

Jadi perlu tak buat CV ?

Seperti yang telah kami beritahu, ia bergantung kepada jenis pekerjaan dan bidang yang diceburi. Ia juga bergantung sebanyak mana pengalaman anda bekerja.

Jika anda hendak bekerja di peringkat bawahan (entry level), cukup sekadar anda sediakan resume. Jika anda hendak memohon jawatan dalam bidang akademik, mungkin anda boleh pertimbangkan. 

Kami harap, anda faham dan jelas akan perbezaan antara resume dan CV. Jadi selepas ini, jika anda keliru sama ada untuk hantar CV atau Resume, maka anda cek dahulu iklan jawatan tersebut.

Share via
Copy link
Powered by Social Snap