9 Perkara Yang Perlu Diambil Cakna Semasa Temuduga Dalam Talian!

Anda mungkin sudah biasa dengan teknikaliti video kerana setelah berlakunya pandemik, berhubung dalam talian adalah satu keperluan.

Meskipun begitu, apabila sesi temuduga dijalankan dalam talian ia masih lagi menjadi satu perkara yang mendebarkan sehingga kadang-kadang kita terlepas pandang banyak perkara.

Jadi, untuk memudahkan anda, admin telah senaraikan 10 perkara yang perlu anda perlu ambil perhatian semasa sesi temuduga dijalankan, iaitu : 

1. Membuat persediaan seperti sesi temuduga diadakan secara berhadapan

Meskipun sesi temuduga anda diadakan melalui Skype atau mana-mana platform lain, tidak bermaksud temuduga tersebut berlaku secara tidak formal.

Anda tetap perlu untuk mempersiapkan diri sebagai mana anda menghadiri sesi temuduga biasa.

Ini termasuklah persediaan sebelum temuduga iaitu membuat kajian mengenai syarikat dan jawatan pekerjaan.

Selain itu, anda juga perlu bersedia jika ditanya akan soalan umum, atau bersedia jika anda diminta untuk menanyakan soalan kepada panel penemuduga.  

Setiap penemudga mencari calon yang bersemangat dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kerja mereka.

2. Berpakaian mengikut kesesuaian

Meskipun anda berada di rumah yang mana suasananya tidak formal,  tidak bermakna anda tidak perlu berpakaian formal.

Anda tetap perlu memakai pakaian yang formal, sopan dan kemas sebagaimana temuduga secara berhadapan diadakan.

3. Bersedia beberapa minit awal sebelum sesi temuduga dimulakan

Sebelum temuduga dijalankan, pastikan anda sudah berada di hadapan komputer siap-siap dan masuk ke dalam platform yang digunakan seperti Zoom, Google Meet atau Skype lebih awal.

Selain itu, jika anda ada fail yang perlu ditayangkan di skrin maka anda boleh letakkannya di satu sudut yang mudah diklik.

Dengan bersedia lebih awal, anda juga dapat membetulkan kedudukan anda dalam posisi yang terbaik serta lebih tenang.

4. Posisi anda dengan kamera

Jika temuduga diadakan secara fizikal, anda pasti perlu menjaga jarak dengan pihak penemuduga. Jarak kerusi dengan pihak penemuduga biasanya adalah sejauh 3 inci. 

Begitu juga apabila anda menjalani sesi temuduga secara maya. Anda perlu pastikan bahawa jarak anda dengan kamera adalah seimbang iaitu tidak terlalu dekat dan jauh.

Untuk lebih baik, pastikan anda ruang kosong di skrin di atas kepala anda dan bahu serta dada anda boleh dilihat dengan baik di skrin. 

5. Jaga hubungan mata (eye contact) dengan pihak penemuduga 

Pernah tak anda bercakap dengan seseorang di mana mereka memerhatikan anda seluruh badan? Adakah anda akan rasa selesa dengan mereka? Sudah tentu tidak. 

Meskipun anda tidak dapat melakukan eye contact secara langsung dengan pihak penemuduga, tetapi anda masih boleh menunjukkan anda sedang memberi perhatian kepada mereka.

Caranya adalah dengan melihat wajah mereka yang sedang bercakap. Ia sudah cukup menunjukkan bahawa anda mendengar dan memberi tumpuan terhadap apa yang dibicarakan. 

6. Beri Perhatian bagaimana anda bercakap

Setiap orang pasti berfikir, bagaimanakah keadaan mereka semasa sesi temuuduga secara video dijalankan terutama di bahagian wajah.

Namun, tidak ramai yang ambil perhatian bagaimana percakapan atau suara mereka. 

Semasa sesi latihan, perhatikan kelajuan anda bercakap, bagaimana anda berhenti bersuara, dan bagaimana nada suara anda.

Tanya pandangan orang lain ketika anda sedang berlatih agar mereka boleh memberi kritikan membina atau pandangan yang bernas.

Dan jangan lupa tunjukkan ‘keterujaan’ anda melalui nada suara anda kerana pihak penemudga tidak dapat melihat bahasa tubuh anda. 

7. Memberi ruang kepada orang lain untuk berinteraksi

Melalui temuduga secara video, jika anda segera memberi respons dan memotong percakapan orang lain ia menunjukkan imej yang kurang sopan walaupun  berlaku secara tidak sengaja.

Sebaiknya semasa orang lain sedang bercakap, kita berdiam diri dan memberi tumpuan terhadap apa yang mereka bicarakan.

8. Gunakan wajah anda untuk menunjukkan anda sedang berinteraksi

Komunikasi non verbal adalah penting dalam sebarang perbualan.

Terutamanya dalam sesi temuduga video,  kita perlu lebih banyak menggunakan isyarat non verbal seperti eye contact, bahasa tubuh dan sebagainya. 

Melalui temuduga dalam talian, anda perlu bergantung kepada ekspresi wajah untuk melihat interaksi antara satu sama lain.

Elakkan bersifat statik sehingga menyebabkan pihak penemuduga tertanya-tanya adakah anda masih lagi mengikuti sesi temuduga ini. 

Jika perlu, anda boleh menyebut “mm-hm” atau “baik”, serta mengangguk atau senyum semasa berinteraksi.

Cara ini adalah respons yang baik kepada penemuduga.

9. Bagi signal jika anda sudah habis bercakap

Dengan memberi signal, anda akan memudahkan orang lain untuk bercakap. Terdapat 3 untuk memberi signal secara visual iaitu:

1. Menganggukkan kepala setelah selesai bercakap.

2. Membuat kesimpulan setelah selesai memberi pendapat.

3. Dan menanyakan soalan kepada pihak penemuduga.

Jika anda diam dalam tempoh waktu yang lama, pihak penemuduga tertanya-tanya adakah anda sudah habis bercakap.

Dan dalam masa yang sama ia juga menimbulkan situasi kekok antara satu sama lain.

Akhir sekali, jangan lupa untuk ambil cakna semua perkara ini sebelum temuduga!

Share via
Copy link
Powered by Social Snap