Bagaimana Cara Untuk Berunding Gaji Dengan Majikan?

Pernah tak anda terfikir untuk naik gaji namun anda segan untuk bertanya?

Atau pernah tak anda alami situasi di mana anda mendapat tawaran kerja baru namun anda rasa serba salah untuk bertanyakan perihal gaji?  

Kebanyakan pekerja segan untuk bertanyakan tentang gaji. Tetapi jika anda tidak berani bersuara anda lah yang akan rugi kerana nilai gaji anda akan sentiasa statik. 

Memang betul, untuk bertanyakan hal gaji kepada pihak majikan bukan perkara yang mudah. 

Dan untuk memudahkan anda, admin telah menerangkan panduan negosiasi gaji di bawah yang mungkin dapat membantu anda berhadapan dengan pihak majikan. 

Bagaimanakah cara yang betul untuk merunding bayaran gaji ? 

Langkah pertama adalah anda perlu membuat sedikit kajian mengenai syarikat tersebut.

Kemudian, soal pada diri sendiri berapakah nilai kemahiran anda?

Berapakah pula nilai pekerja lain yang mempunyai kemahiran dan kelayakan yang sama seperti anda dibayar? 

Jika anda tidak pasti berapakah sepatutnya anda dibayar, tanya individu yang sama bidang seperti anda seperti kawan atau bekas majikan. 

Atau anda juga boleh merujuk laman mencari kerja seperti LinkedIn, atau pusat nasihat kerjaya juga untuk membuat kaji selidik mengenai nilai gaji yang setara dengan kelayakan anda. 

Tips : Antara cara untuk mengetahui berapakah gaji yang sesuai untuk anda dibayar adalah perhatikan di laman cari kerja jawatan yang sama seperti anda yang dibuka. Kebiasaannya nilai gaji akan diberitahu. 

Apabila anda ingin memohon kenaikan gaji, anda perlu yakin dengan nilai gaji yang anda sasarkan. Sebaiknya letak nilai gaji yang sederhana, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. 

Letakkan nilai gaji yang tinggi sedikit daripada nilai gaji yang kadarnya rendah bagi anda (namun masih boleh diterima), tetapi dalam masa yang sama masih dalam kadar yang berpatutan. 

Selain itu, hati-hati dalam meletakkan harga untuk nilai pekerjaan kerana bimbang ia melebihi purata nilai gaji yang sepatutnya untuk pekerjaan yang tersebut.

Rundingan gaji ini juga sebaiknya dilakukan secara berhadapan, bersuara atau melalui video.

Jika anda mendapat tawaran kerja melalui emel, maka anda juga boleh membuat rundingan tersebut melalui emel. 

Bolehkah pihak majikan tahu nilai gaji anda? 

Tahukah anda sebenarnya tindakan pihak majikan yang bertanyakan gaji semasa anda adalah ditentang di 18 negara? Hak gaji adalah hak anda, dan anda bebas untuk tidak menyatakannya. 

Ada kemungkinan jika pihak majikan tahu mengenai gaji lama anda, mereka berpotensi untuk menjadi berat sebelah.

Disebabkan itu, ia bukan satu perkara penting untuk mereka tahu nilai gaji di tempat lama anda. 

Kunci yang paling penting adalah pihak majikan perlu sedar bahawa kemahiran dan sumbangan anda dalam syarikat mereka lebih berharga berbanding nilai gaji di tempat kerja lama anda. 

Bilakah anda boleh berbincang urusan gaji anda? 

Meskipun anda sudah ada nilai gaji yang anda sasarkan dalam kepala anda, dengar dahulu tawaran gaji daripada pihak majikan. 

Proses dahulu maklumat yang diberikan, biarkan mereka tahu apakah industri anda dan pengalaman kerja anda. Dalam urusan merunding gaji, kesabaran adalah kunci utama.

1. Runding bayaran gaji setelah anda mendapat offer letter.

Jika nilai gaji yang mereka tawarkan di bawah paras standard, anda boleh menggunakan pengetahuan tentang bayaran gaji yang sesuai dengan kelayakan anda. Sebab itu, pertama sekali anda perlu dapatkan data nilai gaji yang betul. 

2. Jangan cerita mengenai kesusahan anda kerana covid-19 atau sebab-sebab lain.

Tetapi yakinkan akan nilai dan sumbangan anda kepada syarikat.

3. Teliti faedah yang diterima selain gaji pokok anda.

Jika faedah yang ditawarkan seperti insurans kesihatan, tanggungan tempat tinggal atau tanggungan makan dan minum adalah berbaloi, maka mungkin anda tidak perlu berunding harga gaji.

Ini sebabnya penting untuk berfikir dahulu sebelum anda membuat keputusan. Perhatikan keseluruhan pakej faedah terlebih dahulu. Barulah anda boleh menolak tawaran kerja. 

Bagaimana untuk meminta kenaikan gaji dalam posisi anda sekarang?

Sama sahaja caranya jika anda inginkan kenaikan gaji.

1. Anda perlu kaji lebih lanjut apakah yang dilakukan oleh pekerja lain yang sama industri seperti anda namun bayarannya lebih tinggi.

Kemudian kumpulkan segala pencapaian anda yang terkini dan apa sahaja maklumat lain yang berkaitan dengan pencapaian anda di tempat kerja.

2. Berdasarkan pencapaian anda, bentangkan kepada majikan kenapa anda menolak gaji tersebut.

Dan cadangkan nilai gaji sesuai dengan kelayakan anda. Namun, anda perlu maklum bahawa ada majikan yang bajetnya terhad. Jadi mereka hanya dapat memberi kenaikan gaji pada waktu-waktu tertentu dalam tempoh setahun. 

3. Elakkan menyentuh  mengenai jumlah gaji rakan sekerja yang lain. Apa yang anda perlu beri penekanan adalah nilai dan sumbangan yang anda bawa kepada syarikat.

Ingat, bagaimana anda melihat diri anda adalah bagaimana orang lain juga melihat anda. 

Sekiranya anda menunjukkan keyakinan serta ketegasan diri, ada potensi bahawa pihak majikan memandang anda dengan persepsi positif. 

Share via
Copy link
Powered by Social Snap